Buku Panduan & Pengurusan Templat Pelaporan PBD Tahun 5 SK dan SJK

Templat Pelaporan PBD Tahun 5 SK dan SJK

21234

Templat Pelaporan PBD Tahun 5 SK dan SJK

Templat Pelaporan Pentadbiran Bilik Darjah (PBD) Tahun 5 SK dan SJK adalah untuk kegunaan para guru dalam menyiapkan pelaporan pentaksiran bilik darjah. Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) amat penting dalam sistem pendidikan dimana ianya bertujuan untuk mengenal pasti tahap pencapaian murid di dalam bilik darjah.

Berdasarkan Dokumen Penjajaran Kurikulum (DSKP), PBD dulu dikenali sebagai Pentaksiran Sekolah. Tujuan utama pelaksanaan PBD adalah untuk menambah baik atau melakukan perubahan dalam pembelajaran murid melalui Penilaian Formatif. Penilaian formatif menjurus kepada Pentaksiran Untuk Pembelajaran dan Pentaksiran Sebagai Pembelajaran. Untuk mengenal pasti tahap pencapaian dan penguasaan murid pada tempoh masa tertentu, penilaian sumatif akan dilaksanakan. Pentaksiran Sumatif adalah Pentaksiran Tentang Pembelajaran.

Objektif Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)

Matlamat utama pelaksanaan PBD adalah berpusatkan kepada murid iaitu mendapatkan data tentang tahap pengetahuan dan pencapaian murid serta memberikan maklum balas terhadap kaedah pengajaran guru. Antara objektif PBD ialah:-

  • mengenal pasti tahap prestasi murid dalam tempoh tertentu
  • mengesan peningkatan pencapaian murid secara keseluruhan
  • mengetahui kelemahan dan kekuatan murid dalam pembelajaran secara berterusan
  • mengenal pasti tahap keberkesanan proses PdP guru
  • Guru dapat membuat penambahbaikan dan pengubahsuaian tentang kaedah pengajaran di dalam kelas
  • Mengambil tindakan susulan untuk meningkatkan tahap pencapaian murid

Sebelum ini kami ada kongsikan, Templat Pelaporan PBD Tahun 6 , Templat Pelaporan PBD Tahun 1 hingga Tahun 4 untuk kegunaan guru-guru.

Dapatkan “Templat Pelaporan PBD Tahun 5” di sini


Kami kongsikan disini templat pelaporan pentaksiran bilik darjah Tahun 5 bagi semua mata pelajaran untuk Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan. Guru-guru boleh membuat pengubahsuaian mengikut kesesuaian masing-masing.

Format dokumen ini adalah dalam ‘Excel’

Download : 

Ciri-ciri Utama PBD

  1. Penilaian akan ditentukan oleh guru
    • Guru kelas atau mata pelajaran akan menilai murid-murid sendiri
  2. Dilaksanakan secara sistematik dan tersusun
    • Guru akan merancang proses pengajaran dan pembelajaran, menentukan bahan bantu mengajar
    • Menjalankan proses PBD semasa di dalam kelas
    • Mengumpulkan data dan merekodkan maklumat
    • Menganalisis data yang diterima
    • Mengambil tindakan atau langkah susulan untuk memperbaiki kelemahan
  3. Penilaian formatif dan Sumatif
    • Penilaian akan dilaksanakan secara berterusan
    • Mengetahui tahap perkembangan, peningkatan dan pencapaian murid
    • Pelbagai kaedah penilaian seperti penulisan, pemerhatian dan lisan
  4. Dinilai secara individu
    • Penilaian akan dilaksanakan dan menekankan prestasi murid secara individu bukan secara berkumpulan

Perkongsian

Semoga guru-guru dapat menjadikan panduan artikel kami berkaitan Templat Pelaporan PBD Tahun 5 ini untuk menjalankan PBD kepada murid dan membuat pelaporan PBD. Untuk mendapat pelbagai info bahan pendidikan, bantuan kerajaan, boleh melayari laman sesawang kami di Sistem Guru Online.