Latihan Latihan Bahasa Melayu Tahun 1= Unit: Kebersihan dan Kesihatan, Muka Surat 5&6

Latihan Bahasa Melayu Tahun 1= Unit: Kebersihan dan Kesihatan, Muka Surat 5&6

928

Latihan BM Tahun 1 kebersihan Ms 5&6

Latihan Bahasa Melayu Tahun 1= Unit: Kebersihan dan Kesihatan, Muka Surat 5&6 mengajar murid untuk memahami konsep kebersihan dan kesihatan dalam kehidupan kanak-kanak. Konsep asas seperti kebersihan diri sendiri, pemakanan sihat dan lain-lain diperkenalkan kepada murid-murid pada tahap awal pendidikan mereka.

Latihan ini menyentuh beberapa standard kandungan seperti membaca, memahami dan menaakul bahan untuk mendapatkan idea tersurat. Selain itu, latihan ini meliputi standard kandungan memahami, mengenal pasti dan menggunakan kata hubungan mengikut konteks.

Kaedah Mengajar Kebersihan Kepada Kanak-kanak

Berdasarkan konsep latihan ini, standard kandungan pembelajaran diimplikasikan ke dalam situasi kehidupan seharian. Tujuan ini adalah bagi mendidik kanak-kanak tentang kebersihan dan kesihatan. Dalam mendidik kanak-kanak untuk memahami konsep kebersihan, ibu bapa boleh menerapkan kaedah seperti:

  1. Tetapkan peraturan. Ibu bapa boleh melaksanakan peraturan asas seperti membasuh tangan sebelum dan selepas makan dengan menggunakan sabun, menutup mulut semasa batuk atau bersin dan mandi tiga kali seharian.
  2. Ibu bapa menjadi contoh. Ibu bapa adalah contoh kepada anak-anak, jadi ibu bapa perlulah mengamalkan amalan kebersihan seperti membasuh tangan sebelum dan selepas makan, sentiasa memastikan kawasan rumah.
  3. Didik melalui buku. Bacakan buku cerita yang berkisarkan tentang kebersihan seperti akibat tidak menjaga kebersihan atau mengenai seorang budak yang pengotor. Masukkan unsur hibukan semasa bercerita bagi menarik minat si kecil.
  4. Bekalkan anak-anak dengan sapu tangan. Sentiasa berpesan kepada anak untuk mengelap tangan dan mulut selepas makan menggunakan sapu tangan dan letakkan ke dalam poket pakaian mereka. Hal ini akan dapat mengajar kanak-kanak untuk terbiasa dengan rutin harian ini.

Dapatkan “Latihan Bahasa Melayu Tahun 1= Unit: Kebersihan dan Kesihatan, Muka Surat 5&6” di sini


Di sini, kami akan kongsikan bahan pendidikan di dalam pautan yang disediakan. Ibu bapa dan guru boleh menggunakan bahan ini sebagai latihan tambahan di sekolah dan di rumah.

LATIHAN BAHASA MELAYU TAHUN 1 - KEBERSIHAN DAN KESIHATAN, MUKA SURAT 5

LATIHAN BAHASA MELAYU TAHUN 1 - KEBERSIHAN DAN KESIHATAN, MUKA SURAT 6

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : LATIHAN BAHASA MELAYU TAHUN 1 – KEBERSIHAN DAN KESIHATAN, MUKA SURAT 5&6

Selain daripada perkongsian bahan ini, kami juga ada berkongsi bahan pendidikan yang lain seperti:

  • Latihan Bahasa Melayu Tahun 1 Tema Masyarakat Muhibbah 
  • Praktis Bahasa Inggeris Tema At School Tahun 1
  • Praktis Operasi Asas Tambah Tolak Matematik Tahun 1

Diharapkan dengan perkongsian Latihan Bahasa Melayu Unit Kebersihan dan Kesihatan Tahun 1 ini bermanfaat kepada para guru dan ibu bapa.

Layari laman web rasmi Sistem Guru Online untuk mendapatkan bahan pendidikan dan informasi terkini.