Latihan Prasekolah: Aktiviti Pagar Sesat Muka Surat 25-27 ini dapat membantu perkembangan minda kanak-kanak. Perkembangan kanak-kanak merujuk kepada perubahan biologi (fizikal), psikologi (bahasa dan pemikiran) serta emosi yang berlaku pada manusia yang bermula daripada kelahiran sehingga mencecah usia remaja.
Perkembangan minda kanak-kanak prasekolah dipengaruhi oleh faktor geneti, peristiwa semasa fasa pranatal serta faktor persekitaran dan kemampuan belajar kanak-kanak.
Perkara Penting dalam Perkembangan Minda Kanak-kanak
Beberapa kemahiran yang dikuasai oleh kanak-kanak merangkumi perkembangan mereka termasuklah:
- Kemahiran kognitif – Keupayaan menyelesaikan masalah dalam sesuatu proses pembelajaran.
- Interaksi sosial dan kawalan emosi – Proses interaksi dengan orang lain dan menguasai kawalan diri.
- Bahasa dan pertuturan – Memahami dan menggunakan bahasa, berkomunikasi dan membaca.
- Kemahiran fizikal – Penggunaan fizikal badan seperti kemahiran motor halus (jari) serta kemahiran motor kasar (seluruh badan).
- Kesedaran sensori – Pendedahan berkenaan dengan maklumat deria yang sedang digunakan.
Dapatkan “Latihan Prasekolah: Aktiviti Pagar Sesat Muka Surat 25-27” di sini
Semasa melakukan latihan yang disediakan di bawah, kanak-kanak dapat melatih penggunaan motor halus mereka iaitu penggunaan jari serta minda mereka. Para guru boleh memuat turun latihan ini di dalam pautan yang telah disediakan.
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’
Download : LATIHAN PRASEKOLAH – AKTIVITI PAGAR SESAT MS 25-27
Selain daripada pembelajaran yang berasaskan permainan di atas, pemakanan juga adalah antara faktor utama dalam menggalakkan perkembangan minda kanak-kanak.
Nutrisi adalah faktor penting dalam pertumbuhan kerana ia melibatkan semua yang diperlukan oleh tubuh untuk membina dan membaiki diri kanak-kanak berasalkan makanan yang dimakan. Diet yang seimbang mempunyai vitamin, mineral, protein, karbohidrat dan lemak. Nutrisi-nutrisi tersebut adalah penting untuk perkembangan otak dan tubuh.
Keluarga juga memainkan peranan yang penting dalam perkembangan kanak-kanak kerana ia menentukan cara perkembangan mereka secara psikologi dan sosial.
Pertumbuhan yang positif dapat dilihat apabila keluarga meluangkan masa, tenaga dan kasih sayang dalam perkembangan kanak-kanak seperti membaca buku bersama-sama, bermain dan melakukan perbualan bersama mereka.
Latihan-latihan seperti aktiviti pagar sesat yang dikongsikan ini juga boleh dijadikan sebagai aktiviti bersama keluarga. Ibu bapa boleh memantau cara anak-anak mereka melaksanakan aktiviti seharian.
Semoga dengan perkongsian Latihan untuk Prasekolah : Aktiviti pagar sesat ini dapat memberikan manfaatkan kepada ibu bapa dan guru-guru.
Para guru dan ibu bapa juga boleh mendapatkan latihan-latihan lain seperti:
- Latihan Prasekolah: Aktiviti Pagar Sesat Muka Surat 18&19
- Aktiviti Pagar Sesat bagi Murid Prasekolah Muka Surat 20 dan 21
- Praktis Tambahan murid Prasekolah Muka Surat 22-24
Sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online untuk mendapatkan informasi terkini dan juga bahan-bahan pendidikan yang lain.