Nota Koleksi Lembar Bahasa Melayu dan Tatabahasa

Koleksi Lembar Bahasa Melayu dan Tatabahasa

918

Koleksi Lembar Bahasa Melayu dan Tatabahasa

Koleksi Lembar Bahasa Melayu dan tatabahasa ini adalah sebagai perkongsian tentang lembar bahasa melayu dan tatabahasa. Melalui perkongsian ini, para guru dan pelajar dapat mengetahui kesalahan tatabahasa dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

Dalam sistem pendidikan negara, Bahasa Melayu (BM) adalah merupakan mata pelajaran wajib lulus di dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Bahasa Melayu adalah bahasa pengantaraan utama di negara ini dan merupakan bahasa rasmi di dalam urusan kerajaan. Pendidikan Bahasa Melayu di peringkat sekolah rendah, sekolah menengah dan peringkat universiti adalah amat penting kepada para pelajar.

Justeru, penekanan dari segi ejaan, tatabahasa, pengimbuhan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu amatlah penting. Tujuan utama pendidikan Bahasa Melayu adalah bagi memastikan pelajar dapat memahami maksud dan fungsi setiap perkataan sekali gus menggunakannya dalam komunikasi harian dengan tepat dan lancar.

Tatabahasa dalam Pendidikan Bahasa Melayu

Sistem pendidikan di negara ini adalah berdasarkan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KSSM) yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Penerapan dan penekanan bagi tatabahasa merupakan perkara asas dalam sistem bahasa KSSR dan KSSM.

Kementerian telah menetapkan bahawa Bahasa Melayu adalah mata pelajaran wajib lulus di dalam peperiksaan SPM. Namun begitu, menurut KPM berlaku sedikit kemerosotan prestasi murid dalam Bahasa Melayu berdasarkan keputusan SPM mereka. Antara sebab utama ialah kesalahan dari segi tatabahasa, ejaan, morfologi dan sintaksis.

Oleh itu, bagi memantapkan dan meningkatkan tatabahasa pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, kami kongsikan formula tatabahasa seperti di bawah. Sebelum ini, kami ada kongsikan Contoh Ujian Diagnostik Bahasa Melayu Tahun 6, Latihan Tambahan Bahasa Melayu Tahun 1, Contoh Ujian Mac Bahasa Melayu Tahun 6 dan pelbagai lagi bahan pendidikan untuk kegunaan para guru.

Dapatkan “Koleksi Lembar BM dan Formula Tatabahasa” di sini

Kami kongsikan disini koleksi lembar Bahasa Melayu dan formula tatabahasa bagi rujukan para guru dan juga murid untuk memantapkan lagi penguasaan dalam Bahasa Melayu.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download :

Kepentingan Tatabahasa dalam Penulisan

Kesalahan ejaan, tatabahasa dan penggunaan perkataan bukanlah perkara baru di dalam pendidikan Bahasa Melayu. Namun, sebagai warganegara Malaysia, kita haruslah memperbaiki kesalahan dan memartabatkan Bahasa Melayu ini. Oleh itu, penggunaan yang betul dan penguasaan tatabahasa dalam Bahasa Melayu amat penting dan perlu dididik sejak peringkat awal lagi.

  • Pemilihan dan penggunaan tatabahasa yang betul meningkatkan kualiti penulisan
  • Memudahkan sesuatu perkara di dalam pekerjaan yang melibatkan bidang penulisan
  • Memupuk sifat bertanggungjawab dalam memartabatkan bahasa ibunda
  • Penggunaan bahasa yang betul memudahkan pelajar memahami bahasa melayu
  • Mengelakkan berlakunya kekeliruan dan salah faham kepada individu yang membaca

Manfaat kita bersama

Dengan perkongsian bermanfaat berkaitan tentang Lembar Bahasa Melayu dan Formula Tatabahasa, diharapkan dapat membantu pelajar dan guru membaiki dan memahami serta menguasai mata pelajaran Bahasa Melayu. Oleh itu, menggunaan tatabahasa yang betul dapat meningkatkan prestasi pelajar serta memartabatkan Bahasa Melayu.