Latihan Latihan Matematik Tahun 1 = Unit: Operasi Asas Tambah Tolak Muka Surat...

Latihan Matematik Tahun 1 = Unit: Operasi Asas Tambah Tolak Muka Surat 7&8

376

Operasi Asas Matematik Tahun 1 Ms 7&8

Latihan Matematik Tahun 1 = Unit: Operasi Asas Tambah Tolak Muka Surat 7&8. Mata pelajaran Matematik adalah antara mata pelajaran yang dianggap sukar bagi guru-guru ajar kepada golongan murid terutamanya kanak-kanak. Kemahiran mengira adalah perkara yang mencabar bagi kanak-kanak untuk kuasai.

Telah menjadi tanggungjawab bagi guru-guru membantu kanak-kanak dalam menguasai kemahiran mengira pada peringkat awal pendidikan mereka. Terdapat pelbagai kaedah yang boleh digunakan oleh para guru. Selain daripada warga pendidik, ibu bapa juga memegang tanggungjawab untuk memberikan tunjuk ajar kepada anak-anak di rumah.

Tips Mengajar Matematik Tahap Satu

Selain daripada memberikan latihan-latihan kepada kanak-kanak, kaitkan juga dengan perkara lain agar pembelajaran menjadi lebih interaktif dan efektif. Antara perkara yang boleh dilakukan ialah:

  1. Meminta anak-anak untuk membaca nombor plat kenderaan. Ketika menaiki kenderaan, ibu bapa boleh melakukan aktiviti ini untuk menghiburkan mereka. Pada masa yang sama, dapat membantu anak-anak untuk mengenalpasti abjad dan nombor dengan lebih pantas.
  2. Belajar untuk menyebut waktu. Gunakan jam analog mahupun digital untuk mengajar anak berkenaan dengan nombor. Pada peringkat awal, didik anak menggunakan jam digital kerana ianya mudah dengan paparan nombor yang jelas dan tukarkan kepada jam analog apabila telah mahir.
  3. Berikan arahan secara santai seperti meminta pertolongan anak-anak untuk mengambil sehelai tisu sambil menunjukkan satu jari. Lama kelamaan, mereka akan memahami maksud jari tersebut.

Dapatkan “Latihan Matematik Tahun 1, Tambah Tolak Muka Surat 7&8” di sini


Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : LATIHAN MATEMATIK TAHUN 1 OPERASI ASAS TAMBAH TOLAK MUKA SURAT 7&8

Kelebihan Menguasai Matematik 

Matematik adalah perkara yang penting dalam kehidupan seharian kita. Antaranya ialah:

  1. Matematik membantu kita mempunyai pemikiran analitis. Matematik memerlukan kita untuk mengumpulkan data, merobohkan asasnya dan memerhatikan hubungan yang menyelesaikan bahagiannya secara sistematik. Sekiranya matematik dikuasai dan penyelesaiannya dapat dicapai, minda akan menjadi bersedia dalam menyelesaikan apa-apa masalah kerana berupaya untuk mendapatkan logik yang terbaik, dan mengaitkan data yang diperoleh dan disimpulkan menjadi penyelesaian.
  2. Pemikiran analitik dapat mengembangkan kemampuan untuk menyelidik dan mengetahui kebenaran tentang dunia. Matematik dapat membantu kita membuat analisis yang jelas dan logik dengan mengambil kira data sebenar dan menyelesaikan masalah yang dihadapi.
  3. Matematik mampu mengembangkan kemampuan berfikir kerana bagi mencari jalan penyelesaiannya, kesuluruhan proses perlulah difikirkan secara koheren. Asas matematik yang diajarkan kepada kanak-kanak bertujuan untuk mengajar mereka untuk berfikir.

Latihan Operasi Asas Matematik ini juga adalah salah satu bentuk kaedah dalam membantu kanak-kanak untuk berfikir secara kritis. Operasi tambah dan tolak menjadi keperluan asas kepada kanak-kanak kerana operasi inilah yang akan mereka hadapi dan gunakan di dalam kehidupan seharian.

Sebelum ini, kami juga ada kongsikan berkenaan dengan bahan-bahan pendidikan seperti:

  • Latihan Sains Tahun 1, Unit 3 Muka Surat 5&6
  • Praktis Tambahan Bahasa Melayu Tahun 1= Unit: Masyarakat Muhibbah, Muka Surat 3&4
  • Aktiviti Bahasa Inggeris Tahun 1 Muka Surat 5&6 

Diharapkan dengan perkongsian Latihan Matematik Tahun 1 Operasi Asas Tambah Tolak ini dapat memberikan manfaat kepada para guru dalam mencari bahan pendidikan yang sejajar dengan PdP sekolah.

Sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online untuk mendapatkan koleksi bahan pendidikan lain dan informasi terkini.