Latihan Latihan Sains Tahun 1= Unit: Benda Hidup dan Benda Bukan Hidup Muka...

Latihan Sains Tahun 1= Unit: Benda Hidup dan Benda Bukan Hidup Muka Surat 5&6

3621

Sains Tahun 1 - Unit 3 Ms 5&6

Latihan Sains Tahun 1= Unit: Benda Hidup dan Benda Bukan Hidup Muka Surat 5&6. Unit ini mengajar kanak-kanak untuk mengenali ciri-ciri benda hidup dan benda bukan hidup dengan lebih dalam lagi.

Benda hidup adalah seperti manusia, kucing dan pokok. Benda hidup adalah benda yang mengalami proses kehidupan serta memerlukan makanan, minuman, tempat perlindungan dan udara untuk kekal hidup.

Benda hidup memerlukan tempat tinggal untuk berlindung, sama seperti manusia yang memerlukan rumah untuk berlindung daripada panas hujan dan bahaya luar. Jika kita lihat kepada pokok dan haiwan, mereka juga mempunyai tempat perlindungan atau habitat tersendiri untuk memastikan mereka terselamat daripada ancaman seperti perubahan cuaca, serangan haiwan liar dan sebagainya.

Manakala benda bukan hidup adalah seperti komputer, tayar, meja dan lain-lain. Benda bukan hidup tidak menjalani proses kehidupan seperti membesar, membiak, makan dan minum. Benda hidup tidak memerlukan makanan untuk menghasilkan tenaga serta tidak memerlukan tempat perlindungan untuk melindungi diri daripada bahaya.

Di dalam perkongsian ini, latihan yang disediakan adalah berfokuskan kepada mengenali habitat semula jadi benda-benda hidup. Latihan ini juga bertujuan untuk memahirkan pelajar tahun 1 dalam mengenali serta memahami keperluan asas benda hidup.

Dapatkan “Latihan Sains Tahun 1= Unit: Benda Hidup dan Benda Bukan Hidup Muka Surat 5&6” di sini


Latihan ini boleh dicetak dan dijadikan sebagai latihan tambahan di sekolah ataupun di rumah. Ibu bapa dan guru boleh muat turun bahan ini di dalam pautan yang telah disediakan.

SAINS TAHUN 1, UNIT 3 MUKA SURAT 5

SAINS TAHUN 1, UNIT 3 MUKA SURAT 6Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : LATIHAN SAINS TAHUN 1 = UNIT 3: BENDA HIDUP DAN BENDA BUKAN HIDUP MUKA SURAT 5&6

Latihan Subjek Sains Tahun 1

Sebelum ini, kami pernah berkongsi berkenaan dengan bahan pendidikan tahun 1 terutamanya tentang mata pelajaran Sains. Antara bahan yang pernah dikongsikan adalah:

  • Latihan Sains Tahun 1= Unit: Benda Hidup dan Benda Bukan Hidup Muka Surat 1
  • Praktis Tambahan Mata Pelajaran Sains Bagi murid Tahun 1 Muka Surat 2 dan 3
  • Aktiviti Tambahan Latihan Subjek Sains Tahun 1: Unit Benda Hidup dan Benda Bukan Hidup Muka Surat 4

Diharapkan dengan perkongsian berkenaan dengan bahan Latihan Sains Tahun 1 Unit Benda Hidup dan Benda Bukan Hidup ini akan dapat memberikan manfaat kepada para guru dan juga ibu bapa.

Sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online untuk mendapatkan informasi berguna serta bahan-bahan pendidikan yang lain.