Latihan Latihan Prasekolah: Aktiviti Pagar Sesat Muka Surat 22-24

Latihan Prasekolah: Aktiviti Pagar Sesat Muka Surat 22-24

405

Prasekolah: Aktiviti Pagar Sesat Ms 22-24

Latihan Prasekolah: Aktiviti Pagar Sesat Muka Surat 22-24 ini merupakan peringkat yang kedua dalam latihan yang pernah dikongsikan sebelum ini. Latihan ini bertujuan untuk meningkatkan aras pemikiran kanak-kanak khususnya untuk kanak-kanak prasekolah. Selain daripada prasekolah, pelajar tahun 1 juga boleh melakukan aktiviti ini.

Fitrah utama kanak-kanak adalah bermain, dan ianya menjadi tanggungjawab ibu bapa dan guru untuk mewujudkan kaedah pembelajaran yang sesuai bagi kanak-kanak. Latihan yang mempunyai nombor dan ayat yang panjang tidak akan dapat menarik minat pelajar dalam melaksanakan latihan tersebut. Pemilihan latihan yang sesuai seperti latihan yang mengandungi permainan, elemen kartun adalah aspek utama dalam menggalakkan kanak-kanak untuk belajar.

Permainan Pagar Sesat untuk Prasekolah

Aktiviti pagar sesat yang dikongsikan ini mempunyai elemen permainan, penggunaan elemen kartun dan berwarna-warni. Selain itu, permainan pagar sesat ini juga bertujuan untuk mendedahkan pelajar kepada sesuatu perkara. Misalnya, di dalam perkongsian sebelum ini mengajar kanak-kanak untuk mengenali alat tulis melalui aktiviti pagar sesat.

Dapatkan “Latihan Prasekolah Muka Surat 22-24” di sini


Di sini, kami akan berkongsikan bahan pendidikan untuk prasekolah di dalam pautan yang telah disediakan.

Latihan Prasekolah - Pagar Sesat ms 21

Latihan Prasekolah- Aktiviti Pagar Sesat Ms 22Latihan Prasekolah - Aktiviti Pagar Sesat Muka Surat 23Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : LATIHAN PRASEKOLAH – AKTIVITI PAGAR SESAT MUKA SURAT 22-24

Apabila melakukan permainan sambil belajar dapat mendatangkan pelbagai manfaat kepada kanak-kanak. Antaranya ialah:

  • Dapat membina kemahiran kognitif. Aspek kognitif adalah satu penekanan yang semakin penting untuk pembangunan kanak-kanak. Apabila kanak-kanak kurang diberikan pendedahan daripada aspek kognitif, ianya akan menyebabkan mereka kurang pendedahan dalam aspek pembelajaran. Aspek kognitif yang penting adalah seperti penyelesaian masalah (permainan blok, membina istana daripada pasir dan lain-lain).
  • Dapat membina kemahiran emosi. Dalam menjadi dewasa yang stabil, kanak-kanak perlu dididik tentang emosi yang stabil. Kanak-kanak perlu digalakkan untuk mengenalpasti perasaan orang lain, meluahkan perasaan sendiri supaya ketegangan dan tekanan dapat dielakkan.
  • Dapat membina kemahiran sosial. Kemahiran sosial dalam kalangan kanak-kanak dapat dibina melalui permainan sesama sendiri supaya mereka mengenal keperluan orang lain, bertolak ansur, bekerjasama dan membina nilai-nilai murni.

Sebelum ini, kami pernah berkongsi berkenaan dengan bahan pendidikan prasekolah. Antaranya ialah:

  • Praktis Tambahan untuk Murid Prasekolah Muka Surat 16&17
  • Aktiviti Pagar Sesat untuk Prasekolah Muka Surat 18&19
  • Latihan Prasekolah Aktiviti Pagar Sesat Muka Surat 20&21

Semoga dengan perkongsian Latihan Prasekolah Aktiviti Pagar Sesat ini akan dapat memberikan manfaat kepada para guru serta ibu bapa. Untuk mendapatkan bahan-bahan pendidikan yang selanjutnya, sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online.