Latihan Latihan Bahasa Melayu Tahun 1 = Unit: Masyarakat Muhibbah, Muka Surat 3&4

Latihan Bahasa Melayu Tahun 1 = Unit: Masyarakat Muhibbah, Muka Surat 3&4

624

 

Latihan Bahasa Melayu Tahun 1 Unit Masyarakat Muhibbah Ms 4&5

Latihan Bahasa Melayu Tahun 1= Unit: Masyarakat Muhibbah, Muka Surat 3&4. Kemahiran menyusun dan membina ayat adalah antara kemahiran yang ditekankan di dalam latihan ini. Pelajar tahap 1 merupakan fasa yang sesuai untuk melatih penggunaan dan pembinaan ayat.

Kemahiran menulis merupakan keupayaan murid menulis perkataan dan ayat dan mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul serta tulisan yang jelas, kemas dan cantik. Murid juga digalakkan menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan penulisan bahan berunsur pengetahuan dan penulisan imaginatif. Penguasaan kemahiran bahasa memerlukan kepelbagaian situasi dan konteks yang meliputi bentuk prosa, puisi dan grafik.

Teknik Permainan Bahasa Melayu Tahun 1

Permainan bahasa merupakan salah satu cara untuk mempelajari bahasa melalui teknik permainan. Penglibatan dalam permainan telah memberi peluang kepada murid untuk mendapatkan latihan intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat dianogstik.

Teknik ini juga sesuai untuk digunakan bagi semua peringkat pembelajaran bahasa seperti peringkat sekolah rendah dan menengah. Teknik ini juga merupakan strategi pengajaran yang sesuai digunakan pada pelbagai tahap pencapaian murid. Permainan bahasa bukanlah merupakan aktiviti tambahan untuk bergembira semata-mata, tetapi teknik ini juga digolongkan dalam pengajaran dan pembelajaran yang bertujuan untuk memberikan peluang kepada murid dalam mengaplikasikan kemahiran bahasa yang telah dipelajari di dalam bilik darjah.

Secara Berkumpulan

Bilangan ahli dalam sesuatu kumpulan adalah penting dalam menentukan kelancaran permainan.

Secara Berpasangan 

Aktiviti berpasangan merupakan satu bentuk gerak kerja yang efektif dalam melibatkan penyertaan murid. Apabila permainan bahasa ini dilakukan secara berpasangan, ianya akan memberikan lebih banyak peluang latihan mendengar dan bertutur. Guru lebih mudah untuk mengawal keadaan kelas apabila murid dilakukan secara berpasangan.

Secara Individu

Jika permainan bahasa dilakukan secara individu, permainan bahasa adalah lebih sesuai untuk aktiviti pengayaan. Cara ini biasanya dilakukan untuk murid yang pintar dan cerdas serta dapat menyiapkan sesuatu tugas dalam tempoh tertentu.

Apabila mengajar murid tentang bahasa, ianya bukanlah sesuatu yang mudah. Walaupun mengajar bahasa melayu, bahasa rasmi negara kita. Oleh itu, guru-guru perlulah memperbanyakkan kaedah dalam proses pengajaran agar dapat menyampaikan ilmu secara efektif kepada murid-murid.

Dapatkan “Latihan Bahasa Melayu Tahun 1= Unit: Masyarakat Muhibbah, Muka Surat 3&4” di sini


Sila muat turun di dalam pautan yang telah disediakan. Guru-guru digalakkan untuk menggunakan bahan tersebut di dalam kelas kerana latihan ini adalah sejajar dengan DSKP yang diperkenalkan oleh kerajaan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : LATIHAN BAHASA MELAYU TAHUN 1= UNIT SEMANGAT MUHIBBAH MUKA SURAT 3&4

Selain daripada para guru, ibu bapa juga boleh menggunakan bahan ini sebagai latihan tambahan kepada anak-anak mereka. Latihan ini juga dapat dimanfaatkan di rumah sebagai aktiviti yang berfaedah kepada kanak-kanak ketika cuti musim sekolah.

Sebelum ini, kami juga ada berkongsikan berkenaan dengan bahan-bahan pendidikan yang lain seperti bahan untuk murid tahun 1. Antaranya ialah:

  • Kuiz Online Pendidikan Islam bagi murid Tahun 1
  • Kuiz Online Bahasa Melayu Tahun 1
  • Latihan Bahasa Inggeris Tema: At School
  • Praktis Tambahan Operasi Asas Matematik Tahun 1
  • Aktiviti Sains Unit Benda Hidup dan Benda Bukan Hidup Pelajar Tahun 1

Diharapkan agar dengan berkongsian Latihan Bahasa Melayu Tema Semangat Muhibbah ini akan dapat memberikan faedah kepada warga pendidik serta ibu bapa.

Sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online untuk mendapatkan informasi terkini seperti berkenaan dengan bahan pendidikan.