Informasi NUTP Saran Buka PPV Khas untuk Murid Sekolah

NUTP Saran Buka PPV Khas untuk Murid Sekolah

137

NUTP Saran Buka PPV Khas untuk Murid Sekolah. Seperti ramai sedia maklum bahawa bekas Menteri Pendidikan Datuk Seri Radzi Jidin telah memaklumkan bahawa tarikh pembukaan sesi persekolahan akan dibuka pada 3 Oktober untuk negeri-negeri yang berada dalam Fasa Dua dan Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara.

Pihak Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) mencadangkan pihak kerajaan untuk membuka Pusat Pemberian Vaksin (PPV) khas untuk murid-murid sekolah yang berasingan dengan PPV umum.

Perkara ini dijelaskan oleh Setiausaha Agung NUTP iaitu Wang Heng Suan bahawa langkah dan usaha tersebut perlu diambil bagi mengurangkan risiko jangkitan wabak Covid-19 dalam kalangan pelajar sekolah.

“NUTP menyeru kepada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) agar mencadangkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) supaya menyediakan beberapa buah sekolah sebagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV) mengikut daerah atau zon bagi memudahkan para murid menerima suntikan vaksin Covid-19.”

Dalam kenyataan pihak NUTP semalam mengatakan bahawa “Langkah ini perlu diambil bagi memudahkan pengurusan murid sekolah untuk mendapatkan suntikan vaksin secara berperingkat serta mengenal pasti senarai murid yang belum menerima suntikan vaksin.”

Disamping itu, Setiausaha Agung NUTP juga berharap pihak berwajib dapat memastikan bahawa guru-guru diberikan keutamaan bagi menerikan suntikan vaksin yang lengkap kerana mereka tergolong dalam kumpulan barisan hadapan.

Selain itu, beliau juga berkata pihak NUTP menyarankan kerajaan supaya memastikan warga pekerja sekolah yang terdiri daripada petugas kantin, pembersihan sekolah dan juga pengawal keselamatan menerima suntikan vaksin yang lengkap sebelum sesi persekolahan dibuka pada Oktober nanti.

Berhubung dengan pembukaan sesi persekolahan kelak, beliau mengharapkan pihak KPM dapat mempertingkatkan prosedur operasi standard (SOP) bagi memastikan keselamatan semua warga sekolah dan masyarakat setempat terjamin dan mengelak penularan jangkitan Covid-19.

Sebelum ini, bekas Menteri Pendidikan Datuk Seri Radzi Jidin berkata negeri-negeri yang berada pada Fasa Satu PPN tidak dibenarkan membuka sesi persekolahan. Pembukaan sekolah hanya dibenarkan kepada negeri-negeri yang berada pada Fasa Dua dan Fasa Tiga sahaja.

Kami juga ada berkongsi tentang jawatan kosong Pegawai Sains C41(Pemakanan), jawatan kosong MySTEP Hospital Tunku Azizah dan banyak lagi.

Perkongsian

Perkongsian artikel berkenaan NUTP Saran Buka PPV Khas untuk Murid Sekolah ini diharapkan dapat menyebarkan berita kepada semua masyarakat. Bagi ibu bapa dan para guru diharapkan dapat melakukan langkah-langkah persediaan apabila pembukaan sesi persekolahan pada bulan Oktober kelak.

Untuk mengetahui pelbagai berita berkaitan pendidikan, jawatan kosong, sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online.