Tips Panduan Penulisan Karangan Bahasa Inggeris SPM

Panduan Penulisan Karangan Bahasa Inggeris SPM

2069

panduan penulisan karangan bahasa inggeris spm

Panduan Penulisan Karangan Bahasa Inggeris SPM ini memberikan panduan asas bagi para pelajar khususnya bagi pelajar yang bakal menghadapi SPM berkenaan dengan cara penulisan karangan mengikut format kertas soalan yang betul.

Selain daripada Bahasa Melayu, Bahasa inggeris turut menjadi keutamaan bagi pelajar dalam memastikan keputusan SPM para pelajar kekal cemerlang.

Tips Kuasai Bahasa Inggeris SPM

  1. Belajar dan tambah kosa kata. Bagi meluaskan perbendaharaan dan kosa kata bahasa inggeris, para pelajar boleh mendengar lagu atau menonton filem berbahasa inggeris dan kumpulkan perkataan-perkataan yang asing atau jarang didengari. Lalu, cari maksud bagi setiap perkataan. Melalui cara ini, pelajar akan dapat memperoleh perkataan baharu dengan cepat dan dapat membantu di dalam proses penulisan karangan.
  2. Lakukan latihan dengan kerap. Ini adalah antara salah satu cara bagi mendapatkan rentak atau bagi membiasakan diri dengan konsep penulisan kertas bahasa inggeris SPM ini.
  3. Kuasai bahagian komsas. Soalan pada bahagian komsas merupakan satu bonus bagi pelajar kerana jawapan telah tersedia di dalam bahagian tersebut. Lakukan soalan daripada tahun-tahun lepas untuk mendapatkan kefahaman yang lebih mendalam untuk bahagian komsas tersebut.
  4. Praktis untuk bercakap dalam bahasa inggeris. Apabila pelajar mahir dalam percakapan, sudah pasti pelajar juga akan dapat menulis. Perkara ini akan dapat membantu pelajar semasa proses penulisan karangan.
  5. Kuatkan Tatabahasa (Grammar). Tatabahasa ini adalah salah satu perkara penting dalam bahasa inggeris kerana pemeriksa mementingkan penggunaan tatabahasa dengan betul. Rujuk guru-guru untuk mendapatkan panduan dan berkumpul dengan rakan-rakan untuk mengadakan sesi perbincangan.

Dapatkan “Panduan Penulisan Karangan Bahasa Inggeris SPM” di sini


Bahan ini dikongsikan kepada para guru yang sedang melakukan persediaan bagi membantu para pelajar menghadapi peperiksaan SPM. Sila muat turun berdasarkan pautan yang telah disediakan di bawah.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : PANDUAN PENULISAN KARANGAN BAHASA INGGERIS SPM

Diharapkan agar perkongsian mengenai Panduan Penulisan Karangan Bahasa Inggeris SPM ini memberikan manfaat kepada para guru dan ibu bapa serta memberikan penerangan yang jelas kepada pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan penting ini.

Sebelum ini, kami juga pernah berkongsi berkenaan dengan beberapa bahan pendidikan lain seperti :

Untuk mendapatkan informasi terkini mengenai bahan pendidikan, bantuan kerajaan, jawatan kosong kerajaan, sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online untuk mengakses maklumat yang lebih terperinci.