Informasi PELANCARAN SALURAN KHAS TV PENDIDIKAN MELALUI DIDIKTV KPM

PELANCARAN SALURAN KHAS TV PENDIDIKAN MELALUI DIDIKTV KPM

714

SISTEM PEMBELAJARAN ERA BARU MELALUI KACA TV KINI MENDAPAT SALURAN KHAS

KPM memperkenalkan saluran khas televisyen yang berunsur pendidikan ini khusus bertujuan bagi memperbaharui sistem pembelajaran melalui tv yang dikenali sebagai DidikTV KPM.

DidikTV KPM oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bertujuan bagi memudahkan proses pembelajaran komunikasi sehala yang dapat difokuskan pada satu saluran, mengikut waktu dan jam yang ditetapkan.

Ia juga salah satu medium efektif yang dapat memberi fokus terhadap anak-anak murid yang ingin mengulangkaji pelajaran walaupun hanya berada di rumah.

KPM dalam usaha berterusan mencari inisiatif bagi meningkatkan akses pendidikan lancar demi mencapai mutu pembelajaran yang berkualiti bagi setiap anak murid di seluruh negara.

Pelancaran DidikTV KPM

Saluran bermula pada 17 Februari 2021 dan program akan bersiaran di jam 7.00 pagi hingga 12 tengah malam, pada setiap hari.

YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut menyempurnakan majlis pelancaran khas ini pada hari pertama siaran di jam 8.00 pagi.

Buat pertama kalinya KPM memperkenalkan saluran khas tv pendidikan dengan pengisian penuh mengikut waktu pada setiap hari.

DidikTV KPM boleh ditonton menerusi saluran:

  • 107 di MYTV
  • 147 di ASTRO
  • ntv7 di TV UNIFI
  • Set TV Digital Bersepadu (iDTV). Kepada yang
    menggunakan antena, carian saluran DidikTV boleh dibuat menerusi
    penalaan automatik
Membantu Meringankan Beban Ibu Bapa Yang Mengajar Anak-Anak Di Rumah

Ibu bapa kini dapat menarik nafas lega setelah adanya program-program pembelajaran dikaca tv seperti ini.

Tambahan pula apabila sudah wujudnya saluran khas buat sesi pembelajaran di rumah ini, ternyata dapat memberi kemudahan bagi setiap ibu bapa.

Dapat menambah cara serta idea untuk mendidik anak-anak bagi sesi pembelajaran di rumah.

Ia juga membantu mengurangkan beban ibu bapa yang bekerja di siang hari dan sambung mengajar anak-anak apabila sudah habis waktu bekerja.

Berikut adalah sedikit perkongsian daripada,

Mohd Ridzuan Mohd Yusof, seorang jurukimpal yang berumur 40 tahun, berkata bahawa dia sangat bersyukur dengan adanya saluran khas DidikTV KPM ini kerana dapat membantu menyelesaikan masalah sesi pembelajaran di rumah terutamanya bagi mereka yang tinggal di kawasan pedalaman.

Sambungnya lagi, “Diharap dengan adanya DidikTV KPM dapat membantu anak saya yang berusia tujuh dan 10 tahun itu untuk lebih fokus dalam pembelajaran mereka”.

“Malah, penggunaan pembelajaran secara visual, iaitu grafik dan animasi di DidikTV KPM sudah pastinya dapat menarik lagi minat murid untuk belajar,” katanya.

Menurutnya, dia juga berharap supaya DidikTV KPM ini dapat diteruskan pada masa akan datang walaupun pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini sudah berakhir.

Sebelum itu, KPM juga telah menyediakan beberapa program tv pendidikan melalui:

  • TV Okey RTM
  • Tutor TV ASTRO
  • DidikTV@ntv7

Boleh rujuk di post kami sebelum ini mengenai Slot Program TV Pendidikan Di Saluran Tutor TV, Astro.

Dapatkan “Kenyataan Media Saluran Khusus TV Pendidikan Melalui DidikTv Kementerian Pendidikan Malaysia” disini

Disini, admin ingin tampilkan Kenyataan Media Mengenai Saluran Khusus TV Pendidikan Melalui DidikTV KPM.

Format dokumen ini adalah dalam bentuk ‘PDF’

Keistimewaan Saluran Khas DidikTV KPM Kepada Anak-Anak

DidikTV KPM menerbitkan siaran khusus yang berintikan kurikulum dan kokurikulum selaras KPM.

Saluran ini juga bakal menyiarkan berita mengenai isu dunia pendidikan, program hiburan yang berkaitan dengan pembelajaran serta perkongsian kandungan yang dihasilkan oleh murid sendiri bagi meningkatkan daya pemikiran.

Selain itu, program berunsur antarabangsa juga bakal turut disiarkan dan semestinya bersesuaian dengan setiap peringkat umur.

DidikTV KPM juga merupakan salah satu platform yang dapat memperkasakan lagi budaya
ilmu, menerapkan nilai-nilai murni bagi setiap individu dan mewujudkan masyarakat berinformasi pada masa sekarang dan akan datang.