PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menjelaskan tarikh pembukaan semula sekolah secara bersemuka akan dibuat sekurang-kurangnya seminggu sebelum sekolah dibuka.
Itu jaminan diberikan Menteri Kanan (Pendidikan), Dr. Radzi Jidin berhubung pengoperasian sekolah sekiranya ada keputusan pembukaan semula sekolah secara bersemuka.
“Kami menerima banyak pertanyaan berkaitan status pembukaan semula sekolah bagi sesi bersemuka untuk murid bukan kelas peperiksaan,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Radzi berkata, pengoperasian itu penting bagi membolehkan guru, ibu bapa dan murid mendapat ruang yang cukup bagi membuat persediaan sewajarnya.
Beliau berkata, pengoperasian sekolah itu sudah dinyatakan dalam soalan lazim (FAQ) yang dikeluarkan oleh KPM pada 18 Januari lalu dan ketika ini KPM menangguhkan sesi persekolahan tahun 2021 susulan peningkatan kes positif Covid-19 di seluruh negara.-K! ONLINE
Sumber : https://www.kosmo.com.my/2021/01/31/tarikh-buka-sekolah-diumum-seminggu-sebelum/