Informasi Penarikan balik keluaran telur, KPDNHEP nasihat pengguna elakkan pembelian panik

Penarikan balik keluaran telur, KPDNHEP nasihat pengguna elakkan pembelian panik

121

Isu Penarikan balik pengeluaran telur

Penarikan balik keluaran telur, KPDNHEP nasihat pengguna elakkan pembelian panik. Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sedang melakukan siasatan berkenaan dengan kesan penarikan balik pengeluaran telur negara ini.

Di dalam kenyataan yang sama, KPDNHEP juga mengatakan bahawa fokus utama pihak KPDNHEP pada masa ini ialah bagi memantau rapi kedudukan bekalan telur di dalam pasaran negara berkaitan dengan isu penemuan bakteria itu. Setiap pemantauan bekalan yang dilakukan akan dipertingkatkan pada setiap rantaian pengedaran dan pembekalan telur untuk mengesan kawasan yang bakal terjejas keberadaan bekalan telur.

Selain itu, KPDNHEP juga mengadakan sesi libat urus bersama pemain industri dan pengeluar ayam di dalam negara untuk bersiap sedia sekiranya berlaku sebarang risiko gangguan bekalan telur dalam negara.

Keracunan Makanan Oleh Bakteria Samonella

Keracunan makanan oleh bakteria ini kebiasaannya berpunca daripada pencemaran silang daripada makanan dan daging mentah kepada makanan yang telah dimasak semasa penyediaan atau penyimpanan. Bakteria ini juga boleh berpunca daripada pencemaran silang oleh pengendali makanan daripada haiwan.

Makanan yang biasanya dikaitkan dengan bakteria ini adalah seperti daging ayam, atau produk yang berasaskan ayam. Bakteria ini juga boleh didapati daripada telur, susu dan juga hasil tenusu seperti keju, krim, kastard dan susu mentah.

Antara tanda-tanda jangkitan bakteri ini adalah seperti berikut:

  • Demam
  • Cirit birit
  • Sakit perut
  • Muntah
  • Loya

Layari laman web rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia untuk maklumat lanjut berkenaan dengan bakteria ini.

Pihak berkuasa Singapura melakukan langkah berhati-hati susulan dakwaan penemuan bakteria Somanella Enteritidis (SE) pada pengeluaran telur di negara tersebut.

Singapura juga telah mengarahkan empat pengimport untuk menarik balik pengeluaran dari pasaran telur yang dihasilkan dari sebuah syarikat di Malaysia sebagai langkah berjaga-jaga. Menurut kenyataan yang dikeluarkan di laman sesawang Agensi Makanan Singapura (SFA), “Arahan menarik balik itu sedang giat berjalan. Ladang itu juga digantung dan SFA akan hanya menarik balik penggantungan apabila ladang yang terkesan telah menyelesaikan isu pencemaran Samonella Enteritidis (SE) tersebut”.

Samonella Enteritidis ini boleh dihapuskan dengan proses pemanasan, dan telur boleh dimakan dengan selamat jika dimasak dengan betul. Kata pihak SFA, simptom yang bakal dialami seseorang individu apabila terkena jangkitan ini ialah cirit-birit, sakit perut, demam, mabuk dan muntah-muntah.

Sehubungan dengan isu ini, pihak Kementerian Pengeluaran Dalam Negeri Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengingatkan peniaga agar tidak mengambil kesempatan dengan menaikkan harga telur dan jika mereka didapati berbuat demikian, mereka boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 14(1) Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.

“Peniaga boleh dikenakan denda sehingga RM500,00 sekiranya suatu perbadanan atau syarikat dan bagi bukan perbadanan atau individu, mereka boleh dikenakan denda hingga RM100,00 atau dipenjarakan hingga tiga tahun atau kedua-duanya sekiranya sabit kesalahan.”

Pengguna yang mempunyai maklumat berkenaan dengan isu kenaikan harga ini, KPDNHEP meminta pengguna untuk menyalurkan maklumat berhubung salah laku peniaga melalui talian 1-800-886-800 atau menerusi aplikasi Whatsapp di talian 019-279 4317.

Pengguna juga dinasihatkan supaya tidak melakukan pembelian panik telur yang boleh memberikan gangguan terhadap bekalan telur di negara ini susulan daripada laporan pihak Singapura menarik balik pengeluaran telur di sebuah syarikat Malaysia.

Sebelum ini, kami ada kongsikan berkenaan dengan Koleksi Lengkap Modul Latihan Sukan Kokurikulum dan juga berkenaan dengan Evidens SKPMg2 yang berguna untuk para guru.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi terkini, sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online.