10,000 anggota APM digerak sukarela bantu Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK). Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) akan menggerakkan anggota dengan serta merta bagi membantu memastikan kelancaran Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).
Menurut Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof merangkap Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) mengatakan anggota Angkatan Pertahanan Malaysia ini berperanan sebagai penyampai maklumat berkaitan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kepada masyarakat luar bandar khusunya agar mereka lebih memahami tujuan program itu dilaksanakan.
Beliau berkata sukarelawan yang digerakkan akan menyalurkan bantuan dari segi menyampaikan maklumat berkaitan vaksin serta membantu masyarakat dalam proses pendaftaran Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan menerusi aplikasi MySejahtera atau terus mendaftar di pusat-pusat kesihatan daerah.
Mereka juga bertanggungjawab membantu golongan yang memerlukan bantuan untuk pergi ke pusat kesihatan daerah. Antara golongan tersebut ialah :
- Orang kurang upaya (OKU)
- Orang tua atau warga emas
- Orang yang tinggal berjauhan dari pusat kesihatan
Di samping itu, Datuk Redzuan berkata dengan penuh keyakinan bahawa langkah yang diambil dalam menggerakkan anggota dan sukarelawan daripada Angkatan Pertahanan Malaysia ini dapat meningkatkan jumlah pengambilan suntikan vaksin Covid-19 dalam kalangan rakyat di negara ini. Usaha ini dilakukan bagi memastikan matlamat Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan dapat dicapai dengan jayanya.
Dengan pelbagai aset yang dimiliki oleh Angkatan Pertahanan Malaysia seperti kereta atau kenderaan pengangkutan lain, mereka dapat menyampaikan maklumat terperinci kepada masyarakat luar bandar yang tiada bekalan capaian internet dan membawa mereka ke pusat kesihatan daerah.
Contents
Cara Mendapat Maklumat Vaksin Covid-19
Pelbagai platform telah disediakan oleh pihak kerajaan dalam usaha menyebarkan maklumat berkaitan Covid-19 dan vaksinasi.
Menurut Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan, Dr Mahesh Appannan berkata setelah diperhatikan, medium atau platform penyebaran maklumat berikut sangat berkesan dalam menyebarkan maklumat kepada masyarakat. Antaranya ialah:-
- Aplikasi Mysejahtera
- Media sosial seperti akaun rasmi Kementerian Facebook, Twitter atau
- Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV).
Selain menggunakan platform di atas, kaedah lain yang boleh digunakan adalah secara manual, orang ramai boleh hadir di klinik kesihatan awam dan swasta.
Fasa-Fasa Penerima Suntikan Vaksin Covid-19
Seperti kita sedia maklum terdapat tiga fasa-fasa yang terdapat di dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan. Fasa-fasa ini telah dilaksanakan sejak Februari 2021 untuk individu yang layak menerima suntikan vaksin Covid-19 secara berperingkat mengikut jadual yang ditentukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Berikut adalah fasa-fasanya:
Fasa Pertama:
- Bermula dari bulan Februari hingga bulan April adalah kumpulan petugas-petugas barisan hadapan pertama yang terdiri daripada 500 ribu orang yang menjalani tugas yang penting menempuhi berdepan dengan orang ramai untuk memerangi wabak itu.
Fasa Kedua:
- Bermula dari bulan April hingga bulan Ogos dimana fasa ini terdiri daripada kumpulan-kumpulan yang berisiko tinggi iaitu mempunyai masalah penyakit kronik seperti diabetes, penyakit jantung, tekanan darah tinggi, obesiti dan lain-lain penyakit . Golongan orang kurang upaya (OKU) juga tergolong dalam suntikan vaksin fasa kedua ini.
Fasa Ketiga:
- Untuk fasa ketiga, bermula dari bulan Mei hingga bulan Februari 2021. Fasa ini terdiri daripada golongan dewasa 18 tahun ke atas yang sudah mendaftar dan bersedia mendapatnya apabila fasa ini sudah dibuka untuk menyedarkan suntikan.
Perkongsian Bersama
Diharapkan perkongsian artikel mengenai 10,000 anggota APM digerak sukarela bantu Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dapat membuka mata dan minda kita tentang inisiatif yang dijalankan oleh semua pihak untuk menjayakan Program Imunisasi Covid-10 Kebangsaan ini.
Sebelum ini kami ada kongsikan artikel berkaitan Sijil Vaksinasi akan Diberikan Kepada Individu Sudah Disuntik. Semoga lebih ramai lagi masyarakat mendaftar dan rela untuk menerima suntikan vaksin ini.
Untuk mengetahui info berkaitan pendidikan khususnya, bantuan kerajaan dan info semasa kerajaan anda boleh melayari laman web kami di Sistem Guru Online.