Informasi Penganjuran Lebih Banyak Program Turun Padang Bantu Rakyat – Kementerian Kewangan

Penganjuran Lebih Banyak Program Turun Padang Bantu Rakyat – Kementerian Kewangan

68

MoF cadang anjur lebih banyak program bantuan rakyat

Kementerian Kewangan bakal anjur lebih banyak program bantuan turun padang

Tujuan utama Kementerian Kewangan melakukan lebih banyak program bantuan turun padang ini adalah untuk lebih memahami keperluan rakyat terutamanya golongan yang terjejas akibat wabak covid-19 ini.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata beliau kerap bersama dengan pegawai-pegawainya mengadakan sesi turun padang untuk mengetahui, memahami dan merumuskan inisiatif-inisiatif kerajaan supaya terdapat lebih banyak bantuan yang dapat disalurkan kepada rakyat.

“Apa yang kita tonton di televisyen adalah berbeza daripada anda bercakap terus dengan golongan terkesan. Saya juga berpeluang untuk berjumpa dengan beberapa keluarga di Program Perumahan Rakyat di Lembah Pantai yang terkesan, mereka menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat”, kata Tengku Zafrul menerusi satu video yang disiarkan di laman rasmi Facebook Tengku Zafrul.

Impak daripada lawatan turun padang ini ternyata memberikan kesan yang berbeza daripada hanya mendengar atau hanya menonton di kaca televisyen sahaja kerana apabila melawati golongan yang terjejas, secara tidak langsung memberikan pengalaman atau menimbulkan perasaan yang sama jika diletakkan dalam golongan yang terkesan ini.

Antara sebab mengapa masih lagi terdapat golongan yang tercicir, tidak menerima bantuan setelah ianya diumumkan adalah kerana kurang kesedaran mengenai pakej-pakej yang telah diumumkan, ujar Tengku Zafrul.

“Dalam lawatan saya semenjak memegang jawatan Menteri Kewangan, saya telah berjumpa dengan ramai orang. Saya berjumpa dengan peniaga-peniaga kecil, peniaga besar dan juga rakyat yang terkesan dengan pandemik COVID-19. Saya pergi ke Sarawak, Sabah dan Pahang. Contohnya di Pahang, kita telah melihat kawasan-kawasan yang terkesan akibat banjir baru-baru ini”, katanya di dalam video yang disiarkan.

Setakat ini, Kementerian Kewangan telah mengumumkan beberapa pakej rangsangan ekonomi yang berjumlah RM305 bilion termasuk Bantuan Prihatin Rakyat dan Pelan Jana Semula Ekonomi (PENJANA). Bagi memantau pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi 2020, Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA) telah ditubuhkan.

Terdapat beberapa spekulasi yang menyatakan aktiviti turun padang yang dilakukan oleh Tengku Zafrul ini adalah berunsurkan politik dan Tengku Zafrul telah menafikan kenyataan tersebut dan menerangkan bahawa tujuan utama lawatan turun padang ini adalah untuk membantu rakyat dan tidak berunsurkan politik.

Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, apa yang telah dilakukan setakat ini masih tidak mencukupi dan pada tahun 2021 ini, lebih banyak sesi turun padang akan dianjurkan.”Ada diantara mereka yang memerlukan bantuan lebih kerana telah kehilangan pekerjaan. Kerajaan akan membantu golongan ini. Pakej bantuan dan inisiatif sedia ada mungkin tidak dapat membantu mereka” katanya.

Pencapaian Utama Kementerian Kewangan

  • Pakej-pakej rangsangan ekonomi seperti PRIHATIN, PENJANA, KitaPrihatin, PrihatinPKS.
  • Penubuhan Agensi LAKSANA.
  • Nilai Susuk Prihatin patuh Syariah digital pertama, menjangkau sasaran langganan asal
  • RM100 bilion nilai moratorium pinjaman automatik untuk semua Rakyat dan Perniagaan selama 6 bulan.
  • Peruntukan sebanyak RM100 juta kepada Kementerian Kesihatan Malaysia bagi penyelidikan penyakit berjangkit.
  • Peruntukan RM10 bilion bagi Kemudahan Bantuan Khas (SRF) untuk PKS.
  • RM3 bilion bagi peruntukan Bantuan Sara Hidup (BSH).
  • Peruntukan lebih RM17 bilion terhadap Nilai Bantuan Prihatin Nasional (BPN) kepada 10 juta penerima di seluruh negara.
  • RM6.5 bilion untuk Nilai Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) kepada lebih 8.5 juta rakyat golongan B40.
  • RM20 bilion berkaitan dengan penyelesaian 1MDB.
  • Peruntukan RM3.55 bilion Geran Khas Prithatin kepada 900,000 penerima perniagaan mikro, kecil dan sederhana.

Sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online untuk mendapatkan informasi terkini.