Informasi Permohonan Institut Pendidikan Guru PISMP 2021

Permohonan Institut Pendidikan Guru PISMP 2021

19401

Permohonan Institut Pendidikan Guru PISMP Dibuka 15 Mac

Permohonan Ke Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di Institut Pendidikan Guru 2021. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membuka permohonan  Institut Pendidikan Guru bagi sesi 2021. Permohonan boleh dibuat secara online melalui sistem Permohonan Pragram Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di Kementerian Pendidikan Malaysia.

KPM memaklumkan bahawa pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018, 2019 dan 2020 yang berminat untuk memasuki Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) boleh membuat permohonan terus kepada pihak KPM.

Pelajar yang terpilih dengan memenuhi kriteria ditetapkan mesti mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) selama dua semester atau setahun di mana-mana Institut Pendidikan Guru yang diberikan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia.

Tarikh Penting Permohonan

  • Tarikh Buka : 15 Mac 2021
  • Tarikh Tutup : 16 April 2021 (11.59pm)

Syarat Kelayakan Memohon IPG

  • Mestilah warganegara Malaysia
  • Calon hendaklah berumur tidak lebih 20 tahun pada 30 Jun 2021 (Sistem akan menapis terlebih dahulu berkenaan umur pemohon apabila tarikh permohonan sudah dibuka. Jika layak, calon akan dibenarkan meneruskan permohonan mereka di sistem online yang disediakan).
  • Memiliki tubuh badan yang sihat
  • Aktif dalam aktiviti kokurikulum
  • Sekurang-kurangnya memperoleh gred cemerlang (Gred  A+, A dan A-) dalam Sijil Pelajaran Malaysia bagi mana-mana 5 mata pelajaran
  • LULUS dan mendapat gred kepujian dalam mata pelajaran berikut:-
    • Bahasa Melayu
    • Sejarah
    • Bahasa Inggeris
  • Menepati kriteria-kriteria dalam bidang pengkhususan

CARA MEMOHON

  • Pemohon boleh membuat permohonan secara online dengan melayari Lawan Web Rasmi PISMP
  • Calon akan ditapis berdasarkan syarat dan kriteria yang telah ditetapkan.
  • Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) dikenakan kepada calon yang terpilih sahaja, dan mereka mesti LULUS sebelum layak dipanggil temuduga.
  • Calon hanya dibenarkan membuat SATU (1) permohonan sahaja dan boleh mengemaskini sebelum tarikh tutup.
  • Permohonan hendaklah disahkan dan dihantar sebelum tarikh tutup permohonan.

Sebelum mengakses sistem Borang Online PISMP, calon perlu mendaftar untuk kali pertama sebagai pengguna sistem itu.

  1. Pemohon perlu mengikut segala arahan, panduan yang disediakan di portal sistem permohonan online.
  2. Bagi pemohon baharu, anda perlu klik pada Daftar Akaun Baru untuk mendaftar diri sebagai pengguna sistem.
  3. Selanjutnya, pemohon perlu mengikuti segala arahan yang ditetapkan sehingga selesai proses permohonan
  4. Setelah selesai permohonan, pemohon perlu MENCETAK dan menyimpan NOMBOR RUJUKAN pengesahan permohonan untuk kegunaan kelak.

Maklumat Penting berkaitan PISMP

Kalendar Aktiviti PISMP 2021

KALENDAR PISMP 2021

MAKLUMAN SEMUA

Hanya calon yang berjaya diwajibkan untuk menjalani Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) secara atas talian bermula 1 April sehingga 25 April 2021.

  • Ujian Kelayakan Calon Guru (e-UKCG)
    • Calon MESTI menjawab Ujian (e-UKCG) ini dalam tempoh 45 minit, ia terdiri daripada dua bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Bahagian A mengandungi 120 soalan (selama 30 minit) dan bahagian B mengandungi 60 soalan (selama 15 minit).
    • Calon hanya dibenarkan menjawab sekali sahaja.

Perkongsian

Akhir kata, semoga perkongsian kami tentang Permohonan ke Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) ini dapat menjadi sumber rujukan kepada para pelajar yang berminat mahupun ibu bapa tentang cara membuat permohonan kemasukan ke dalam Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) ini.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengeluarkan dan memberikan maklumat dan panduan secara berterusan dalam memenuhi keperluan pendidikan rakyat.