Buku Panduan & Pengurusan Buku Pengurusan Pengawas Sekolah sesi 2021

Buku Pengurusan Pengawas Sekolah sesi 2021

6910

Buku Pengurusan Pengawas Sekolah sesi 2021

Buku Pengurusan Pengawas Sekolah ini dikongsikan kepada semua guru pengawas dan pengurusan pengawas sekolah sebagai contoh dan panduan untuk mereka menghasilkan buku pengurusan yang lengkap dan teratur.

Pengawas Sekolah

Pengawas sekolah adalah sebuah badan yang terdapat di sekolah tidak kira di peringkat sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Badan ini berfungsi sebagai penguatkuasaan undang-undang dan peraturan di sekolah, ianya dibawah penyeliaan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.

Pengawas sekolah terdiri daripada pelajar-pelajar yang dipilih khas oleh guru dan pihak pentadbiran sekolah. Ada beberapa ciri-ciri yang terdapat pada pengawas seperti:-

  • Mempunyai akhlas yang baik
  • Menunjukkan ketrampilan diri yang cemerlang
  • Aktif di dalam aktiviti kokurikulum
  • Memperoleh keputusan akademik yang cemerlang

Pengawas Sekolah juga hendaklah memakai pakaian uniform khas atau seragam khas yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Pakaian seragam pengawas sekolah adalah berbeza bagi setiap sekolah, daerah dan negeri. Ianya bergantung kepada pihak pengurusan dan pentadbiran sekolah itu sendiri.

Kebiasaannya, uniform mereka berwarna biru terang atau hijau, bertali leher dan memakai kot. Untuk pelajar sekolah agama pula, lazimnya mereka memakai uniform berwarna putih dan bertali leher berwarna hijau. Bagi kasut pengawas pula, selalunya berwarna hitam diperbuat dari kulit atau kanvas.

Tugas-tugas Pengawas Sekolah

Tujuan badan pengawas ini ditubuhkan adalah untuk menjalankan tugas-tugas yang diberikan oleh pihak sekolah dalam memastikan pelajar-pelajar lain sentiasa mematuhi peraturan.

Tugas pengawas sekolah terdiri daripada tugas-tugas harian dan tugas khas. Tugas khas selalunya dilakukan oleh exco-exco pengawas dan AJK Tertinggi Pengawas. Tugas-tugas khas adalah seperti:-

  • Melakukan ‘spot check’
  • Mengiringi pihak pentadbiran sekolah
  • Melatih pengawas baru

Tugas-tugas Pengawas:

  • Mengawasi disiplin diri dan pelajar sekolah yang lain
  • Memberikan teladan dan contoh yang baik kepada pengawas junior dan pelajar lain
  • Menjaga maruah dan nama baik sekolah
  • Menyampaikan informasi dan arahan daripada guru kepada semua pelajar sekolah lain
  • Mematuhi segala peraturan sekolah dan menguatkuasakannya
  • Memastikan pelajar-pelajar mematuhi peraturan dan mengenal pasti pelajar bermasalah
  • Memberikan bimbingan dan teguran kepada pelajar bermasalah agar kembali ke landasan betul
  • Merekodkan kesalahan pelajar
  • Datang ke sekolah lebih awal dan menjaga pagar sekolah
  • Memastikan diri sentiasa terlibat dalam aktiviti kokurikulum serta mendapat keputusan cemerlang dalam akademik

Ketua Pengawas:

  1.  Ketua pelajar dan wakil pelajar
  2. Merupakan ketua dan pemimpin di dalam organisasi badan pengawas sekolah
  3. Memaklumkan maklumat penting dari guru kepada pengawas lain dan pelajar
  4. Memastikan segala tugas-tugas pengawas berjalan lancar dan memerhati kerja setiap ahli pengawas
  5. Merangka dan menyediakan pembahagian tugas harian pengawas sekolah seperti menjaga pagar sekolah, rondaan kelas setiap pagi, waktu rehat dan balik.

Penolong Ketua Pengawas

  1. Menjadi pembantu kepada ketua pengawas
  2. Merupakan orang kanan ketua pengawas
  3. Pemangku segala tugas ketua pengawas apabila ketua pengawas tiada di sekolah
  4. Memastikan pengawas-pengawas menjalankan tugas seperti yang diarahkan oleh ketua pengawas

Dapatkan “Buku Pengurusan Pengawas Sekolah” di sini

Di sini kami ingin kongsikan Buku Pengurusan Pengawas Sekolah. Untuk memuat turun buku tersebut, sila klik pada link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘DOC’

Download : 

  • Contoh Buku Pengurusan Pengawas Sekolah 

Perkongsian Bermanfaat

Akhir kata, dengan perkongsian kami mengenai Buku Pengurusan Pengawas Sekolah dapat dijadikan panduan serta digunakan oleh guru dan pihak pentadbiran sekolah dalam menguruskan badan pengawas sekolah. Semoga para pengawas sekolah dapat menjalankan tugas dengan amanah, berdedikasi dan bertanggungjawab dan sentiasa menunjukkan contoh terbaik kepada pelajar lain.

Sebelum ini kami ada kongsikan berkaitan Buku Pengurusan Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) untuk kegunaan para guru pendidikan khas. Pelbagai informasi dan bahan program berkaitan pendidikan dan bantuan kerajaan boleh didapati di Portal kami.