Soalan Peperiksaan Ujian Diagnostik Matematik UPSR Kertas 1 dan Kertas 2

Ujian Diagnostik Matematik UPSR Kertas 1 dan Kertas 2

2874

Ujian Diagnostik Matematik UPSR Kertas 1 dan Kertas 2

Ujian Diagnostik Matematik UPSR Kertas 1 ini dikongsikan kepada para guru bagi menilai prestasi murid. Lazimnya, ujian diagnostik akan dilaksanakan ke semua murid dari Tahun Satu (1) hingga Tahun Enam (6).

Tujuan Ujian Diagnostik dilaksanakan adalah untuk menilai tahap penguasaan atau prestasi awal murid. Bagi calon UPSR, selepas pihak sekolah menilai prestasi awal mereka, pihak sekolah akan menetapkan penanda aras, target atau Key Performance Indicator (KPI) sekolah dalam pencapaian Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Penanda aras yang ditetapkan sekolah adalah sebagai kayu pengukur prestasi sekolah bagi melihat samada pelajar mampu ataupun tidak dalam mencapai penanda aras yang ditetapkan oleh sekolah. Sebelum ini kami ada kongsikan artikel berkaitan Pentingnya Ujian Diagnostik Matematik dalam membantu pelajar Sekolah Rendah.

Dapatkan “Contoh Ujian Diagnostik Matematik Kertas 1 & 2” di sini

Berkongsian contoh ujian diagnostik ini telah digubal berdasarkan format UPSR terkini bagi menilai tahap prestasi murid. Contoh ujian diagnostik yang dikongsi terdiri daripada Matematik Kertas 1 dan Matematik Kertas 2 bagi tahun 2016. Untuk Matematik Kertas 1, ia mengandungi 40 soalan objektif aneka pilihan yang merangkumi semua aras kesukaran.

Jika anda ingin memuat turun dokumen, sila klik pada link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : 

  • Contoh 1 Ujian Diagnostik Matematik Kertas 1 UPSR
  • Contoh 1 Ujian Diagnostik Matematik Kertas 2 UPSR
  • Contoh 2 Ujian Diagnostik Matematik Kertas 1 UPSR
  • Contoh 2 Ujian Diagnostik Matematik Kertas 2 UPSR

Teknik Menjawab Matematik Kertas 1 & 2

Matematik Kertas 1 UPSR

  • Pelajar perlu menggunakan masa yang diberikan dengan baik dan sistematik. Pastikan ketika menjawab 1 soalan tidak melebihi 1 minit 30 saat.
  • Melakukan banyak latihan dan set masa, menjawab 1 soalab hingga 20 soalan dalam masa 10 minit
  • Menjawab soalan yang mudah terlebih dahulu, jawab soalan yang sukar kemudian.
  • Pelajar perlu mendapatkan kefahaman dan mengingati konsep atau format menjawab Matematik dengan betul
  • Membaca soalan dengan teliti dan ‘highlight‘ kehendak soalan, nombor-nombor yang dinyatakan dan cari perkataan atau ‘keyword‘ penting.

Matematik Kertas 2 UPSR

  • Pelajar perlu membaca soalan dengan teliti dan mesti memahami kehendak soalan. Baca berulang kali jika perlu
  • Menjawab soalan mengikut urutan supaya lebih mudah kerana setiap soalan mempunyai kaitan. Contoh urutan soalan seperti :-
    • Jawab dari soalan (a) ke (b) dan seterusnya.
  • Untuk soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), pelajar perlu membaca dan berfikir secara meluas dan mendalam. Jangan tergesa-gesa menjawab
  • Menunjukkan jalan penyelesaian, menulis unit dan ayat matematik dengan teratur dan tepat
  • Tulisan mestilah boleh dibaca dan nombor ditulis dengan jelas dan terang

Persediaan Menghadapi Ujian

Pelajar mestilah perlu melakukan persediaan awal untuk menghadapi peperiksaan ataupun ujian. Mereka perlu membuat latihan, jadual waktu pembelajaran dan sebagainya. Berikut adalah antara tips persediaan sebelum peperiksaan:-

  1. Pelajar mesti ELAKKAN belajar atau ulangkaji saat akhir
    • Melakukan ulangkaji sekurang-kurangnya seminggu awal untuk memahami topik dengan lebih jelas
  2. Belajar secara berkumpulan
    • Pelajar boleh berbincang dengan rakan sekelas bab atau topik yang mereka lemah dan kurang fahami. Saling tolong menolong mengajar sesama rakan serta dapat meningkatkan tahap pemahaman dan daya ingatan apabila kita mengajar rakan lain
  3. Membuat nota ringkas atau nota poket
    • Menyenaraikan isi-isi penting sahaja. Menggunakan pelbagai pen warna supaya dapat merangsang minda dan meningkatkan daya ingatan
  4. Menjaga kesihatan dan pemakanan
    • Mengambil pemakanan yang seimbang dan sihat. Elakkan mengambil makanan ringan, jeruk atau makanan yang boleh memudaratkan kesihatan
  5. Kurangkan penggunaan telefon bimbit dan sosial media
    • Fokus sepenuhnya dengan ulangkaji, elakkan membuka sosial media seperti Youtube, Facebook, Instagram dan lain-lain kerana ia merupakan satu gangguan ketika belajar.
  6. Berdoa dan memohon restu orang tua
    • Berdoa kepada Allah S.W.T agar segala urusan dipermudahkan dan meminta restu ibu bapa agar semua perkara yang dipelajari mudah difahami

Perkongsian Bermanfaat

Akhir kata, dengan perkongsian Ujian Diagnostik Matematik UPSR Kertas 1 dapat membantu guru dan murid-murid dalam menghadapi ujian atau peperiksaan mendatang. Semoga para guru dapat menjadikan contoh ujian diagnostik ini dalam menilai tahap penguasaan dan prestasi awal murid.

Sebelum ini kami ada kongsikan mengambilan Permohonan Tingkatan 6 Sekolah Tinggi Agama Malaysia di KISAS untuk pelajar lepasa sekolah menengah agama. Selain itu, kami juga kongsikan Permohonan Pendaftaran Sekolah Rendah Agama (SRA) JAWI.