Informasi Penilaian SEGAK 2021 dilaksanakan pada Ogos

Penilaian SEGAK 2021 dilaksanakan pada Ogos

2220

Penilaian SEGAK 2021 dilaksanakan pada Ogos

Penilaian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK) 2021 dilaksanakan pada bulan Ogos berikutan dengan kemasukan murid peringkat sekolah rendah dan menengah sepenuhnya untuk sesi persekolahan secara bersemuka pada bulan April 2021. Program penilaian SEGAK ini termasuk di dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan kenyataan umum bahawa ujian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK) 2021 telah ditunda ke bulan Ogos.

Kepentingan Ujian SEGAK

Penilaian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK) telah dilancarkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia secara sepenuhnya sejak tahun 2008 lagi. Dalam usaha melahirkan warganegara dan masyarakat Malaysia yang sihat dan cerdas, aktiviti melibatkan kesukanan perlulah diterapkan dari peringkat sekolah lagi.

Aktiviti kecergasan melibatkan beberapa prosedur yang terancang dan ditetapkan secara teliti. Bagi memastikan murid sentiasa dalam keadaan sihat, cerdas dari segi mental dan fizikal, penilaian standard perlu dilaksanakan.

Sebelum ini, kami ada berkongsi artikel mengenai Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan untuk Murid Sekolah. Segala maklumat lanjut berkaitan ujian SEGAK boleh didapati dalam artikel tersebut.

Dapatkan “Panduan Pelaksanaan SEGAK 2021” di sini

Anda boleh mendapatkan panduan pelaksanaan Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK) sesi 2021 di bawah ini. Hanya tekan pada pautan yang telah kami sediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’ dan ‘DOC’

Download : Link Download dibawah:-

Prosedur-prosedur yang perlu dipatuhi

Sebelum melaksanakan ujian penilaian ini, murid-murid perlu mengikut segala panduan yang telah ditetapkan. Setiap prosedur dan teknik ujian adalah mengikut peringkat umur, keupayaan murid dan segala kelengkapan peralatan yang terdapat di sekolah.

Penilaian SEGAK ini boleh dilaksanakan semasa waktu pengajaran ataupun selepas waktu pengajaran bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Penilaian haruslah dapat dilengkapkan dalam masa sehari. Lazimnya, penilaian dilaksanakan mengikut urutan seperti berikut:-

  • Naik Turun Bangku selama tiga (3) minit
  • Tekan Tubi selama satu (1) minit
  • Ringkuk Tubi selama satu (1) minit
  • Jangkauan Berlunjur

Selain itu, apabila dikaitkan dengan kesihatan tubuh badan, pengiraan Indeks Jisim Tubuh atau Body Mass Index (BMI) sangat penting bagi kesihatan fizikal badan. Indeks Jisim Tubuh adalah sebagai penanda aras tubuh badan seseorang itu berdasarkan nisbah berat badan dengan ketinggian mereka. Terdapat empat kategori yang dapat diketahui mengikut kiraan BMI setiap individu.

Formula pengiraan Body Mass Index (BMI)

bmi formula

Kategori BMI

Jadual dibawah menunjukkan kategori BMI mengikut piawaian yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Terdapat empat (4) kategori seperti dibawah:-

Nilai BMI (kg/m2)

Kategori

Kurang
dari 18.5

Kurang
Berat Badan (Underweight)

18.5 hingga 24.9

Normal/Ideal

5 hingga 30

Lebih Berat
Badan (Overweight)

Lebih dari
30

Obes

 

 

 

 

 

Faedah dan Manfaat Bersama

Oleh itu, diharapkan artikel kami ini berkaitan Pelaksanaan SEGAK pada bulan Ogos dapat memberikan maklumat kepada guru dalam menjalankan ujian SEGAK ini. Guru-guru mengajar Pendidikan Jasmani masih mempunyai masa dalam menyediakan segala persediaan dalam melaksanakan penilaian SEGAK ini. Semoga setiap masyarakat di negara ini dapat mengekalkan gaya hidup yang sihat.