Persediaan peperiksaan akhir tahun bahasa melayu tahun 3 admin kongsikan, bagi meningkatkan persediaan pelajar menguasai bahasa melayu dengan lebih baik. Penguasaan pelajar dalam bahasa melayu dapat ditingkatkan dengan membuat banyak latih tubi sebagai latihan.
Contents
Mata Pelajaran Bahasa Melayu Tahun 3
Silibus Pembelajaran Bahasa Melayu Tahun 3
Silibus pembelajaran Bahasa Melayu Tahun 3 boleh dirujuk pada buku teks. Buku teks ini mengandungi dua komponen, iaitu Buku Teks. Kandungan buku ini ditulis berpandukan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP), Kurikulum Standard Sekolah Rendah (Semakan 2017) yang disediakan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), Kementerian Pendidikan Malaysia. Buku ini dihasilkan dengan tujuan untuk melahirkan murid Tahun 3 yang dapat menguasai kemahiran berbahasa, kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi serta kemahiran pelbagai, selaras dengan transformasi pendidikan negara yang menekankan konsep Pembelajaran Abad ke-21.
Silibus pembelajaran Bahasa Melayu Tahun 3 mempunyai lapan tema dan 24 unit iaitu:
Tema | Unit |
---|---|
1. Kekeluargaan | Unit 1 Keluarga Cergas Unit 2 Kejayaan Keluarga Unit 3 Kenangan Manis |
2. Kesihatan dan Kebersihan | Unit 4 Saya Sihat dan Bertenaga Unit 5 Kebersihan Tanggungjawab Bersama Unit 6 Minda Positif Badan Aktif |
3. Keselamatan | Unit 7 Keselamatan di Rumah Unit 8 Rekreasi Selamat Unit 9 Alatan Keselamatan |
4. Perpaduan | Unit 10 Toleransi Kukuhkan Perpaduan Unit 11 Hormat-menghormati Budaya Kita Unit 12 Kerjasama Asas Kesejahtera |
5. Kebudayaan, Kesenian dan Estetika | Unit 13 Kekalkan Warisan Kita Unit 14 Kenali Kesenian Kita Unit 15 Indahnya Seni dan Budaya Kita |
6. Kelestarian Alam | Unit 16 Pengurusan Sisa Pepejal Unit 17 Sumbangan Kita Unit 18 Tahukah Kamu? |
7. Pertanian dan Penternakan | Unit 19 Pertanian Sumber Pendapatan Unit 20 Inovasi dalam Penternakan Unit 21 Bumi Bertuah |
8. Ekonomi, Keusahawanan dan Kewangan | Unit 22 Bijak Ekonomi Unit 23 Budaya Usahawan Unit 24 Bijak Mengurus Kewangan |
Modul Bahasa Melayu Tahun 3
Modul Praktis Penulisan Bahasa Melayu Tahap 1
Admin kongsikan latihan penulisan yang boleh digunakan oleh pelajar tahun 3 sebagai persediaan mendududki peperiksaan akhir tahun.
Mari dapatkan modul praktis penulisan bahasa melayu tahap 1 dengan menekan pautan berikut:
Disediakan oleh: cikgu Rose
Diharap modul yang admin kongsikan membantu guru meningkatkan kemahiran pelajar dalam penulisan bahasa melayu.
Nota Bahasa Melayu Tahun 3
Nota bahasa melayu sangat bermanfaat bagi pelajar untuk meningkatkan keelokan tatabahasa bahkan membantu dalam penulisan mereka lebih jelas.
Peta Minda Kata Nama
Bagi meningkatkan pemahaman pelajar dalam mengenal pasti perbezaan kata nama am dan khas, Admin kongsikan peta minda kata nama yang disediakan oleh Bayu Sepi.
Muat Turun Nota Bahasa Melayu Tahun 3 Kata Nama Am Dan Khas
Para guru yang mencari nota bahasa melayu tahun 3 kata nama am dan khas yang padat dengan huraian, boleh muat turun bahan yang admin kongsikan yang disediakan oleh Andy Kong.
Dapatkan nota lengkap berikut dengan menekan pautan di bawah:
admin turut sediakan link video bagi mempelbagaikan kaedah guru menerangkan apa itu kata nama am dan khas kepada pelajar. Para guru boleh ikut link berikut yang dikongsikan oleh cikgu Erin, Kata Nama Am : Bahasa Melayu Tahun 3 yang berbentuk animasi.
Kuiz Bahasa Melayu Tahun 3
Para guru boleh membuat selingan dengan membuat kuiz sebagai cara menarik perhatian pelajar untuk memulakan penerangan seterusnya sewaktu sesi pembelajaran.
Kuiz Dalam Talian Benar Atau Palsu
Para guru boleh menggunakan kuiz dalam talian berikut yang mengarahakan pelajar memilih sama ada benar atau salah berkaitan kata nama atau khas.
Download Kuiz Kata Nama
Bagi guru yang mencari kuiz untuk membuat pertandingan atau aktiviti dalam kelas, boleh gunakan bahan yang admin kongsiakan daripada Raudhah MD Rasip.
Persediaan Peperiksaan Akhir Tahun Bahasa Melayu Tahun 3
Peperiksaan akhir tahun bagi tahap 1 sekolah rendah masih tetap digubal oleh sekolah masing-masing berbeza dengan tahap 2.
Soalan Peperiksaan Akhir Tahun Bahasa Melayu Tahun 3 yang lepas
Para guru boleh melihat soalan tahun-tahun lepas sebagai contoh kertas soalan yang boleh digubal untuk peperiksaan akhir tahun akan datang. Di samping itu, ia juga boleh jadi bahan latih tubi dalam kelas atau kerja rumah bagi pelajar untuk menguasai pemahaman dan penulisan dalam bahasa melayu.
Kertas soalan peperiksaan |
---|
Kertas soalan set 1 |
Kertas soalan set 2 |
Kertas soalan set 3 |
Kertas soalan set 4 |
Kertas soalan set 5 |
Kertas soalan set 6 |
Kertas soalan set 7 |