Soalan Peperiksaan Bahan Peperiksaan Akhir Tahun Matematik Tahun 2

Bahan Peperiksaan Akhir Tahun Matematik Tahun 2

7957
Bahan Peperiksaan Akhir Tahun Matematik Tahun 2
Bahan Peperiksaan Akhir Tahun Matematik Tahun 2

Para guru yang mencari bahan peperiksaan akhir tahun matematik tahun 2 sebagai persediaan untuk pelajar boleh mendapatkan bahan di sini. Persediaan pelajar untuk menduduki peperiksaan bukan sekadar perkakas alat tulis tetapi penguasaan terhadap apa yang mereka pelajari untuk di terjemahkan dalam kertas jawapan nanti lebih penting.

Bukanlah untuk meletakkan ujian sebagai wadah penilaian hakiki, namun persediaan sebelum ujian dan ujian itu sendiri merupakan suatu proses pembelajaran untuk memahami dan mengingati ilmu.

Silibus Pembelajaran Matematik Tahun 2

Buku teks Matematik Tahun 2 ditulis berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Tahun 2, sejajar dengan kurikulum semakan yang dilaksanakan mulai tahun 2017. Penulisan buku teks ini disesuaikan dengan keperluan murid untuk memahami kemahiran asas matematik mengikut pemeringkatan daripada aras yang paling mudah sehingga abstrak. Pakej buku teks ini diterbitkan untuk melahirkan murid yang berupaya mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran matematik secara berkesan dan bertanggungjawab dalam kehidupan seharian. 

Berikut merupakan senarai tajuk yang di pelajari oleh pelajar tahun 2:

  1. Nombor Hingga 1 000
  2. Tambah Dan Tolak
  3. Pecahan
  4. Wang
  5. Masa Dan Waktu
  6. Panjang, Jisim Dan Isi Padu Cecair
  7. Bentuk
  8. Data

Modul Matematik Tahun 2

Dengan kesibukan yang melanda guru-guru berkaitan aktiviti luar bilik darjah, admin yakin ramai guru mencari modul rancangan pengajaran harian untuk memudahkan perancangan pembelajaran yang berkesan.

Modul PdP Matematik KSSR (Semakan 2017) Tahun 2

Panduan pengajaran dan pembelajaran matematik tahun 2 yang admin kongsikan kali ini merupakan hasil usaha kementerian pendidikan malaysia berdasarkan KSSR semakan 2017. Antara contoh rancangan pembelajaran yang terdapat dalam modul ini adalah seperti berikut.

PerkaraPerincian
Tajuk  Nombor Bulat hingga 1000
Standard Kandungan  1.1 Nilai Nombor.  
Standard Pembelajaran 1.1.1 Menamakan nilai nombor hingga 1000:  
(i) Membaca sebarang nombor yang diberi dalam perkataan.  
(ii) Menyebut sebarang nombor yang diberi dalam bentuk angka.  
(iii) Memadan angka dengan namanya dalam perkataan. 
Bahan Peperiksaan Akhir Tahun Matematik Tahun 2
Bahan Peperiksaan Akhir Tahun Matematik Tahun 2
Bahan Peperiksaan Akhir Tahun Matematik Tahun 2
Bahan Peperiksaan Akhir Tahun Matematik Tahun 2

Jangan lupa untuk anda dapatkan bahan Modul PdP Matematik KSSR (Semakan 2017) Tahun 2 dengan menekan pautan berikut:

Admin berharap dapat membantu guru meringankan beban merancang perjalanan pembelajaran harian di samping menyelesaikan tugasan yang lain.

Nota

Nota merupakan bahan yang boleh dirujuk apabila ingin membuat kepastian akan sesuatu perkara. Selain itu, ia boleh di dapati daripada ringkasan orang lain atau terjemahan pemahaman seseorang dalam bentuk penulisan atau gambar rajah dan sebagainya.

Nota Ringkas Tajuk Nombor dan Operasi

Nota ringkas berikut admin kongsikan daripada cikgu Norashikin daripada SK Sungai Liam Bakong , Miri.

Nota yang admin kongsikan kali ini menggunakan bahasa inggeris. Oleh itu, guru yang mengajar dengan bahasa inggeris boleh terus kongsikan namun, bagi guru yangmenggunakan bahasa melayu anda hanya perlu menerjemah beberapa perkataan sahaja.

Bahan Peperiksaan Akhir Tahun Matematik Tahun 2
Bahan Peperiksaan Akhir Tahun Matematik Tahun 2
Bahan Peperiksaan Akhir Tahun Matematik Tahun 2
Bahan Peperiksaan Akhir Tahun Matematik Tahun 2

Dapatkan bahan nota berikut dengan menekan pauatan di bawah:

Admin turut menyarankan para guru mengajak pelajar melihat video youtube pendidkan seperti berikut Asas Darab Tahun 2 sebagai rujukan membuat latihan.

Kuiz

Mari datangkan keseronokan sewaktu sesi pembelajaran dengan mengadakan beberapa aktiviti yang melibatakan pelajar berkaitan apa yang dipelajari selama beberapa minit dengan permainan kuiz.

Kuiz Online

Jom bermain ketok tikus mondok dengan mematuhi arahan yang diberikan berdasarkan tajuk pecahan dan perpuluhan.

Pop Kuiz

Admin pasti tugasan lain atau masalah luar kelas mengganggu sesi pembelajaran bersama pelajar. Sebagai cadangan kepada guru, mari dapatkan kuiz di bawah sebagai latih tubi yang boleh diselesaikan oleh pelajar sewaktu guru lain Sit in.

Bahan Peperiksaan Akhir Tahun Matematik Tahun 2
Bahan Peperiksaan Akhir Tahun Matematik Tahun 2

Dapatkan bahan kuiz pop atau modul latih tubi berikut dengan menekan pautan di bawah.

Diharap perkongsian ini dapat membantu guru membimbing pelajar menguasai matematik sebagai persiapan menduduki peperiksaan akhir tahun.

Bahan Peperiksaan Akhir Tahun Matematik Tahun 2

Bagi membiasakan pelajar menguasai rumus matematik dengan baik, antara cara terbaik adalah dengan menjawab soalan-soalan peperiksaan tahun lepas sebagai latih tubi.

Kertas Soalan Peperiksan Akhir Tahun Matematik Tahun 2

Kertas soalan matematik bagi tahun 2 mempunyai 2 kertas soalan dan pelajar diarahkan untuk menjawab semua soalan.

Kertas soalan peperiksaan
Soalan peperiksaan set 1
Soalan peperiksaan set 2
Soalan peperiksaan set 3
Soalan peperiksaan set 4
Soalan peperiksaan set 5