Mendekati ambang peperiksaan, dapatkan persediaan ujian akhir sesi akademik UASA matematik tahun 5 berdasarkan bahan yang admin kongsikan di bawah. Pastikan pelajar menguasai rumus pengiraan dengan menjawab latih tubi sebanyak mungkin.
Contents
Subjek Matematik Tahun 5
Silibus Pembelajaran Matematik Tahun 5
Kandungan buku teks Matematik Tahun 5 SK ini dimuatkan secara terancang dalam lapan unit agar memenuhi kehendak Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Matematik Tahun 5 SK yang digubal oleh pihak Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Buku teks ini menekankan konsep dan kemahiran yang terkandung dalam Standard Pembelajaran yang mengutamakan penglibatan murid dalam pembelajaran. Soalan penaakulan dalam aktiviti pembelajaran diharapkan dapat menjana idea murid dan menggalakkan komunikasi dua hala antara murid dengan guru dan rakan.
Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) bermatlamat melahirkan murid pintar yang mampu bersaing dalam penarafan antarabangsa.
Berikut merupakan silibus pelajaran bagi matematik tahun 5 yang terdapat dalam buku teks.
Unit | Perkara |
---|---|
Unit 1 | Nombor Dan Operasi |
Unit 2 | Pecahan, Perpuluhan Dan Peratus |
Unit 3 | Wang |
Unit 4 | Masa Dan Waktu |
Unit 5 | Panjang, Jisim Dan Isi Padu Cecair |
Unit 6 | Ruang |
Unit 7 | Koordinat, Nisbah Dan Kadaran |
Unit 8 | Pengurusan Data |
Nota Matematik Tahun 5
Nota merupakan bahan yang disediakan atau yang dicatan oleh pelajar sendiri sebagai rujukan dan proses mengingat rumus.
Nota Ringkas Gambar Rajah
Para guru dan ibu bapa boleh mendapatkan nota matematik di bawah sebagai rujukan bagi pelajar menyelesaikan latih tubi bagi menguasai rumus matematik sebagai persediaan menduduki ujian akhir sesi akademik UASA matematik tahun 5.
Selain itu, Para guru juga boleh menggunakan nota berikut sebagai nota yang disalin oleh pelajar ke dalam buku nota masing-masing.
Disediakan oleh : Cikgu Azlia Noor
Para guru dan ibu bapa boleh dapatkan nota ringkas berikut dengan lengkap melalui pauatan di bawah.
Bagi yang mencari penerangan langkah pengiraan berupa video, boleh ikuti sesi pengajaran channel Youtube budak matematik berikut: Darab pecahan Tahun 5 | pdpr
Admin berharap nota berikut dapat membantu menjawab soalan latih tubi dengan baik.
Kuiz Matematik Tahun 5
Keseronokkan dalam belajar boleh diwujudkan dengan pelbagai cara antaranya membuat kuiz, bercrita dan banyak lagi. Oleh itu, menjawab kuiz dengan bersama pelajar yang admin kongsikan kali ini diharap dapat mewujudkan suasana ceria sewaktu sesi pembelajaran dijalankan.
Kuiz Dalam Talian
Mari kita bermain pagar sesat dengan mengenal pasti nombor ganjil dalam petak yang dinyatakan. Bagi admin, permaian kuiz juga sebahagian dari pembelajaran kerana pelajar akan berusaha memahami soalan dan cuba menjawab dengan sebaik mungkin.
Pop Kuiz Matematik Tahun 5
Para guru juga boleh menggunakan pop kuiz berikut sebagai latih tubi ringkas pelajar bahkan boleh menjadi tugasan bagi pelajar sewaktu Sit-in.
Disediakan oleh: Nurul
Dengan menjawab soalan kuiz berikut diharap penguasaan pelajar berkaitan matematik tahun 5 akan jadi lebih baik dari sebelumnya.
Soalan Persediaan Ujian Akhir Sesi Akademik UASA Matematik Tahun 5
Bagi membiasakan pelajar menjawab soalan dengan format peperiksaan yang sebenar, para pelajar perlu membiasakan diri dengan menjawab soalan-soalan yang lepas sebagai latih tubi.
Penguasaan matematik bukan hanya menghafal rumus tetapi bagama menggunakan rumus matematik dengan baik supaya mendapat jawapan yang sebenar. Bahkan dengan latih tubi juga membiasakan pelajar menjawab soalan dan mengelakkan pelajar membuang masa menjawab soalan yang mudah.
Koleksi Soalan Peperiksaan Matematik Tahun 5 yang Lepas
Berikut merupakan kertas soalan peperiksaan matematik tahun 5 bagi kertas 1 dan 2. Para pelajar diminta menjawab semua soalan yang diberikan dalam kertas soalan.
Semoga perkongsian kali ini meningkatkan penguasaan pelajar berkaitan rumus matematik tahun 5 dan persediaan menduduki Ujian Akhir Sesi Akademik UASA Matematik Tahun 5.