Mari tingkatkan persediaan ujian akhir sesi akademik UASA matematik tahun 4 bagi pelajar. Menjawab soalan latih tubi yang admin sediakan di bawah dapat menjimatkan masa pelajar berada pada soalan yang mudah terlalu lama.
Contents
Mata Pelajaran Matematik Tahun 4
Sukatan Pelajaran Matematik Tahun 4
Penerbitan buku teks Kurikulum Standard Sekolah Rendah (Semakan 2017) telah beralih ke tahap dua dengan penerbitan buku teks Matematik Tahun 4 Sekolah Kebangsaan (SK). Penulisan buku teks Matematik Tahun 4 SK adalah berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Dasar Pendidikan Kebangsaan serta Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Kandungan buku teks Matematik Tahun 4 SK ini mengandungi lapan tajuk yang dimuatkan secara terancang agar memenuhi kehendak Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Matematik Tahun 4 SK yang digubal oleh pihak Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Buku teks ini menekankan konsep dan kemahiran yang terkandung dalam Standard Pembelajaran yang mengutamakan penglibatan murid dalam pembelajaran. Soalan penaakulan dalam aktiviti pembelajaran diharapkan dapat menjanakan idea murid dan menggalakkan komunikasi dua hala antara murid dengan guru dan rakan. Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) pula bermatlamat untuk melahirkan murid pintar yang mampu bersaing dalam penarafan antarabangsa.
Berikut merupakan sukatan pelajaran yang terdapat dalam buku teks matematik tahun 4 merangkumi 8 unit.
Unit | Perkara |
---|---|
Unit 1 | Nombor Dan Operasi |
Unit 2 | Pecahan, Perpuluhan Dan Peratus |
Unit 3 | Wang |
Unit 4 | Masa Dan Waktu |
Unit 5 | Panjang, Jisim Dan Isi Padu Cecair |
Unit 6 | Ruang |
Unit 7 | Koordinat, Nisbah Dan Kadaran |
Unit 8 | Pengurusan Data |
Modul Matematik Tahun 4
Modul Matematik Tahun 4 Tajuk Nombor dan Operasi
Sebagai bantuan menyediakan rancangan pengajaran harian kepada para guru, Admin sediakan Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik (Sekolah Kebangsaan) Tahun 4 2013 yang disediakan oleh kementerian pela
Perkara | Penerangan |
---|---|
Bidang | Nombor dan Operasi |
Tajuk | Nombor Bulat hingga 100 000 |
Standard Kandungan: Murid dibimbing untuk: | 1.1 Mengetahui nilai nombor. |
Standard Pembelajaran:Murid berkeupayaan untuk: | (iv) Menentukan nilai nombor hingga 100 000 dengan menyusun nombor mengikut tertib menaik dan tertib menurun. |
Masa | 60 minit |
Dapatkan bahan Modul Pengajaran dan Pembelajaran Matematik Tahun 4 KSSR dengan muat turun bahan di bawah:
Diharap perkongsian modul ini sedikit sebanyak membantu guru menyediakan RPH dengan sebaik mungkin.
Nota Matematik Tahun 4
Nota Matematik Tahun 4 Tajuk Masa dan Waktu
Bagi membantu pelajar menguasai tajuk masa dan waktu, Admin kongsikan nota bergambar tajuk masa dan wktu yang disediakan oleh cikgu Naimah Suratin. Penguasaan terhadap pengiraan masa dan waktu ini boleh menjadikan pelajar yang mementingkan masa sebaik mungkin apabila boleh merancang sesuatu perkara dengan tempoh yang ditetapkan.
Bagi mendapatkan penerangan berkaitan nota berikut daripada cikgu Naimah Suratin di Youtube dengan link berikut : Tukar Masa | Jam Dan Minit |matematik Tahun 4
dapatakan bahan Nota Masa dan Waktu Matematik Tahun 4 melalui pauatan di bawah:
Kuiz Matematik Tahun 4
Bagi mengelakkan tekanan dalam diri pelajar dan guru, mari kita bermain sebentar bersama kuiz online sambil meningkatkan pemahaman pelajar dan ingatan dalam sesuatu tajuk.
Kuiz Online Tajuk Masa dan Waktu
Admin kongsikan tajuk kali ini berkaitan masa dan waktu berdasarkan nota yang admin sediakan di atas.
Soalan Persediaan Ujian Akhir Sesi Akademik UASA Matematik Tahun 4
Soalan Peperiksaan Matematik Tahun 4 yang Lepas
Kertas soalan peperiksaan matematik tahun 4 bagi tahun-tahun lepas admin bawakan di bawah sebagai latih tubi bagi persediaan pelajar menhadapi ujian akhir sesi akademik UASA matematik tahun 4 akan datang. Bagi menjadikan pelajar menggunakan tempoh masa ujian sebaik mungkin adalah dengan menguasai rumus matematik melalui latih tubi yang disediakan.
Bagi kertas peperiksaan matematik tahun 4 terbahagi kepada 2 kertas dan dua waktu jawab soalan. Pelajar diarahkan untuk menjawab semua soalan yang disediakan.