
Adakah anda mencari bahan matematik darjah 3? Admin kongsikan persediaan peperiksaan akhir tahun matematik darjah 3 sebagai bantuan kepada para guru dan pelajar sebelum menduduki peperiksaan. Peperiksaan merupakan suatu kaedah penilaian formatif yang dijalankan bagi menilai tahap kefahaman pelajar.
Dalam perkongsian kali ini, admin kongsikan modul matematik darjah 3 sebagai bantuan persiapan rancangan pembelajaran harian guru dan ia juga boleh dijalakan oleh ibu bapa di rumah.
Contents
Subjek Matematik Darjah 3
Matematik merupakan wadah terbaik untuk mengembangkan profisiensi intelektual individu dalam membuat penaakulan logik, visualisasi ruang, analisis dan pemikiran abstrak. Murid mengembangkan kemahiran numerasi, penaakulan, cara berfikir dan menyelesaikan masalah melalui pembelajaran dan aplikasi matematik.
Pembelajaran Matematik menyediakan peluang untuk murid melaksanakan tugasan kreatif dan mengalami keseronokan dan teruja apabila mengetahui sesuatu yang baru. Pengalaman sedemikian meningkatkan minat dan menjadi daya penggerak murid mempelajari matematik di luar bilik darjah dan di peringkat pengajian yang lebih tinggi.
Ikuti kami di saluran telegram untuk mendapatkan nota dan latihan peperiksaan akhir tahun dengan menekan pautan berikut:
Modul Matematik darjah 3
Para guru dan ibu bapa pastikan anda dapatkan modul matematik yang admin kongsikan pada kali ini sebagai latih tubi yang sangat efektif bagi pelajar. Modul ini disediakan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Ranau, Sabah.
1) Silibus dalam modul
Modul ini mengandungi 395 muka surat yang melibatkan unit-unit dalam mata pelajaran matematik tahun 3 seperti berikut:
a) Bidang: nombor dan operasi
1. Nombor bulat hingga 10 000
2. Operasi asas
3. Pecahan, Perpuluhan dan Peratus
4. Wang
b) Bidang: Sukatan dan Geometri
5. Masa dan Waktu
6. Ukuran dan Sukatan
7. Ruang
Bidang : Perkaitan dan Algebra
8. Koordinat
Bidang: Statistik dan kebarangkalian
9. Pengurusan Data
2) Rancangan pengajaran harian
Dalam modul ini juga terdapat rancangan pengajaran harian bagi setiap unit yang boleh membantu guru menyediakan bahan pengajaran harian. Contoh rancangan pengajaran harian dalam jadual berikut:
Perkara | Perincian |
---|---|
Tajuk | 1.0 Nombor Bulat Hingga 10 000 |
Standard Kandungan | 1.1 Nilai nombor |
Standard Pembelajaran | Murid boleh: 1.1.1 Menamakan nombor hingga 10 000: Membaca sebarang nombor yang diberi dalam perkataan. Menyebut sebarang nombor yang diberi dalam bentuk angka. Memadan angka dengan namanya dalam perkataan. |
Objektif Pembelajaran | Pada akhir PDPR, murid dapat: Menyelesaikan sekurang-kurangnya 5 daripada 10 soalan melibatkan nilai nombor hingga 10 000 |
Tempoh | Pembelajaran 60 minit |
Video/ Bahan Sokongan | https://www.youtube.com/watch?v=y-Zjhvzdd0Y |
Nota



Pentaksiran:
A. Padankan nombor dengan perkataan di bawah:

B. Padankan perkataan dengan nombor di bawah:

Perhatian kepada para guru, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan modul lengkap matematik tahun 3 ini dengan menekan pautan berikut:
Sebagai bahan tambahan daripada modul di atas, dapatkan juga nota dan modul latihan matematik tahun 3 di bawah:
Bank Soalan Peperiksaan Akhir Tahun Matematik Darjah 3
Kertas soalan peperiksaan matematik darjah 3 terbahagi kepada kertas 1 dan 2. Bagi kertas 1 terbahagi kepada bahagian A dan B, manakala kertas 2 tiada pembahagian. Setiap kertas pelajar diarahkan untuk menjawab keseluruhan soalan dalam tempoh 1 jam.
Kertas soalan peperiksaan |
---|
Kertas soalan set 1 |
Kertas soalan set 2 |
Kertas soalan set 3 |
Kertas soalan set 4 |
Kertas soalan set 5 |
Kertas soalan set 6 |
Kertas soalan set 7 |
Tips Untuk Belajar Secara Berkesan
Berdasarkan kepada kenyataan Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah yang merupakan antara pakar motivasi terkemuka di Malaysia berkongsi tip untuk belajar secara berkesan. Berikut merupakan anatra tips belajar secara berkesan yang beliau kongsian:
1. Menggunakan pembelajaran untuk merangsang kesemua deria. Berdasarkan keputusan kajian bahawa:
- Kita ingat 10% apa yang dibaca
- Kita ingat 20% apa yang didengar
- Kita ingat 50% apa yang didengar dan dilihat
- Kita ingat 70% apa yang dicakapkan
- Kita ingat 90% setelah dipraktikkan
2. Membuat jadual waktu belajar yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Di samping itu, pastikan tahu waktu yang sesuai untuk belajar sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-Quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.