Soalan Peperiksaan Dapatkan Bahan Soalan Peperiksaan Akhir Tahun PAT Sains Tahun 2

Dapatkan Bahan Soalan Peperiksaan Akhir Tahun PAT Sains Tahun 2

3471
Bahan Soalan Peperiksaan Akhir Tahun PAT Sains Tahun 2
Bahan Soalan Peperiksaan Akhir Tahun PAT Sains Tahun 2

Bagi persediaan pelajar menghadapi peperiksaan, Admin menyeru para guru dan ibu bapa dapatkan bahan Soalan Peperiksaan Akhir Tahun PAT sains tahun 2. Bimbingan ibu bapa amat diharapkan bagi membantu anak-anak menyelesaikan tugasan sumatif daripada guru bahkan membantu membuat latih tubi sebagai persediaan peperiksaan.

Penilaian pelajar bukan sekadar dalam ujian, tetapi ia juga dinilai berdasarkan latihan pemahaman mengikut unit atau bab yang di agihkan oleh guru-guru. Oleh itu, penting bimbingan daripada ibu bapa meningkatkan penguasaan anak-anak dalam pendidikan mereka terutamanya subjek sains.

Mata Pelajaran Sains Tahun 2

Silibus Mata Pelajaran Sains Tahun 2

Silibus mata pelajaran sains tahun dua kita boleh rujuk di kandungan Buku Teks Sains Tahun 2 SK. Buku ini ditulis dan dijelmakan berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) yang terdapat dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Sains Tahun 2. Penulisan buku teks ini bertujuan untuk memenuhi dasar baharu di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang mengintegrasikan pengetahuan. kemahiran dan nilai, memasukkan kemahiran pembelajaran Abad ke-21 dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) secara eksplisit. Kurikulum standard ini juga bertujuan untuk memberikan pendidikan yang setanding dengan pendidikan antarabangsa.

Buku teks ini mengandungi sepuluh unit yang merangkumi enam tema, iaitu Inkuri dalam Sains, Sains Hayat, Sains Fizikal. Sains Bahan, Bumi dan Angkasa, serta Teknologi dan Kehidupan Lestari. Penulisan buku teks ini telah disusun bertujuan untuk merangsang dan menarik minat murid untuk terus menghayati pembelajaran sama ada di dalam kelas atau pembelajaran kendiri.

Bagi anda sebagai guru dan ibu bapa yang prihatin akan kecemerlangan pelajar, mari dapatkan bahan nota dan latihan bagi sekolah rendah di saluran telegram melalui pautan berikut:

Bahan Nota Sains Tahun 2

Daripada 10 unit dalam silibus sains tahun 2, Admin bawakan 2 contoh nota ringkas sebagai bantuan bagi pelajar membuat rujukan dalam membuat latih tubi. Para guru dan ibu bapa boleh bimbing pelajar untuk menyelesaikan latih tubi dengan baik dengan memberi galakan dan bantuan memahami soalan.

Kemahiran Saintifik

  • 1. Memerhati (Observe)
  1. Melihat
  2. Bau
  3. Menyentuh
  4. Mendengar
  5. Merasa
  • 2. Mengelas (Classify)
  1. Similarities Persamaan
  2. Difference Perbezaan
  3. Separating Mengasingkan
  4. Grouping Mengumpul dalam kumpulan
  • 3. Mengukur dan menggunakan nombor (Measure and use numbers)
  1. Weight Jisim (Tool: Weighing scale)
  2. Length Panjang (Tool: Ruler, measuring tape)
  3. Volume of Liquid Isi padu cecair (Tool: Beaker, measuring cylinder)
  4. Communicate
  • 4. Komunikasi (Communicate)
  1. Penulisan
  2. Bacaan
  3. Gambar
  4. Carta
  5. Graf
  6. Model
  • 5. Kemahiran manipulatif (Manipulative skills)
  1. Mengguna dan mengendalikan radas dan bahan
  2. Mengendalikan spesimen
  3. Melakar spesimen, radas and bahan
  4. Mencuci radas
  5. Menyimpan radas dan bahan

Manusia

a) Manusia membiak dengan melahirkan anak

Peringkat Pertumbuhan Manusia

Bahan Soalan Peperiksaan Akhir Tahun PAT Sains Tahun 2
Bahan Soalan Peperiksaan Akhir Tahun PAT Sains Tahun 2

b) Perubahan pada Manusia sejak Lahir

  1. Pertambahan saiz
  2. Pertambahan ketinggian
  3. Pertambahan jisim

i) Peningkatan pada size

  1. Baju menjadi ketat
  2. Perlukan kasut lebih besar
  3. Tapak tangan jadi lebih besar

ii) Peningkatan pada ketinggian

  1. Semakin tinggi
  2. Perlukan seluar lebih panjang

c) Pewarisan

Ciri-ciri diwarisi daripada ibu bapa atau nenek moyang

  1. Warna kulit
  2. Warna iris
  3. Warna rambut
  4. Jenis rambut

Disediakan oleh: Norazlin Mohd Rusdin

Bahan Soalan Peperiksaan Akhir Tahun PAT Sains Tahun 2
Bahan Soalan Peperiksaan Akhir Tahun PAT Sains Tahun 2
Bahan Soalan Peperiksaan Akhir Tahun PAT Sains Tahun 2
Bahan Soalan Peperiksaan Akhir Tahun PAT Sains Tahun 2

Bahan nota kali ini berbentuk dwibahasa iaitu bahasa melayu dan bahasa inggeris. Untuk mendapatkan nota ini secara lengkap para guru dan ibu bapa boleh menekan pautan di bawah:

Bank Soalan Peperiksaan Akhir Tahun PAT Sains Tahun 2

Pembahagian dalam kertas soalan peperiksaan sains tahun 2 ini merangkumi bahagian A dan B dalam satu kertas. Para pelajar perlu menjawab semua soalan yang diberikan dalam bahagian A dan B dalam tempoh 1 jam 15 minit.

Koleksi soalan peperiksaan
Kertas soalan set 1
Kertas soalan set 2
Kertas soalan set 3
Kertas soalan set 4
Kertas soalan set 5
Kertas soalan set 6

Harapan admin daripada perkongsian kali ini, pelajar dapat menggunakan nota lengkap 10 unit sains tahun 2 sebagai rujukan menjawab soalan latih tubi berdasarkan peperiksaan akhir tahun PAT sains tahun 2. Di samping itu, hubungan kekeluargaan antara ibu bapa dan pelajar semakin erat dengan bimbingan yang diberikan dalam menyelesaikan tugasan.