SPM Perkara Penting Untuk Pelajar SPM 2020 Bagi Fasa Mengemaskini UPU

Perkara Penting Untuk Pelajar SPM 2020 Bagi Fasa Mengemaskini UPU

621

Upu Online

Perkara Penting Untuk Pelajar SPM 2020 Bagi Fasa Mengemaskini UPU. Pemohon kategori SPM 2020 dibenarkan untuk mengemaskini pilihan program pengajian setelah mendapat keputusan sebenar Sijil Pelajaran Malaysia 2020. Calon perlu mengemaskini berdasarkan keputusan sebenar yang diperoleh pada 10 Jun 2021.

Langkah-langkah yang dikongsikan di dalam artikel ini diperoleh daripada perkongsian Facebook Cikgu Suhada dan Cikgu Lenny daripada GBKSM SMK Paka, Terengganu.

Fasa Pengemaskinian

  • Pemohon perlu meneliti bidang pengajian bersesuaian dengan keputusan yang diterima.

Langkah 1

  • Pelajar perlu daftar masuk atau log in semula ke dalam sistem portal permohonan UPU Online seperti sebelum ini.
  • Pastikan pelajar memasukkan nombor kad pengenalan, maklumat diri dengan lengkap.

Langkah 2

  • Sebelum memilih bidang pengajian yang ingin diambil, pelajar diingatkan supaya menyemak semula syarat am dan syarat khas kelayakan bidang atau program yang telah dipilih sebelum ini.
  • Semak samada keputusan SPM yang anda diperoleh memenuhi syarat am dan syarat khas.

L3

  • Sebagai panduan untuk pelajar mengetahui samada layak atau tidak memohon program pengajian itu, pelajar perlu mengira MARKAH MERIT daripada keputusan SPM sebenar yang diperoleh.
  • Pelajar boleh melihat cara untuk mengira markah merit seperti di bawah:

L4

  • Di dalam portal UPU Online, pelajar boleh mengira markah merit melalui bahagian Kalkulator Merit.

  • Pelajar juga boleh menyemak tren penawaran.

  • Untuk membuat pengemaskinian, pelajar perlu layari lama web UPU untuk menukar atau membuat kemas kini bidang atau program pengajian yang telah dimohon sebelum ini.
  • Laman web UPU : https://online.mohe.gov.my/UPUOnline/login

  • Diingatkan kepada pelajar, dalam fasa pengemaskinian ini, hanya 475 program pengajian tidak bertemu duga sahaja yang dibenarkan untuk dikemas kini.
  • Bagi 30 program pengajian bertemu duga, pelajar tidak boleh mengemaskini pada fasa ini.

  • Lihat pada bahagian syarat am berdasarkan keputusan sebenar, sekiranya tidak layak pelajar perlu menukar kepada program pengajian yang lain.
  • Kekalkan program pengajian bertemuduga yang layak syarat kemasukan dan kemaskini program pengajian bertemuduga yang tidak layak.

  • Bagi program pengajian tidak bertemuduga, pelajar perlu mengemaskini sekiranya anda tidak layak atau melepasi syarat am program pengajian berdasarkan keputusan SPM sebenar.
  • Pelajar dinasihatkan menyusun pilihan program mengikut program pengajian yang diminati dahulu.

  • Bagi program pengajian yang layak dimohon, pelajar boleh mengekalkan pilihan program tersebut.

  • Untuk maklumat lebih lanjut, pelajar boleh melayari laman web ePANDUAN melalui pautan seperti berikut :https://online.mohe.gov.my/upu5/epanduan/
  • Pelajar perlu perlu ke ruangan tepi untuk memilih kategori dan melihat segala panduan yang telah disediakan.

Untuk pengetahuan anda, kami juga ada berkongsi beberapa informasi seperti Permohonan Program Diploma Kolej Profesional Mara, Permohonan Program Khas Jepun, Korea, Perancis dan Jerman yang bermanfaat kepada lepasan SPM 2020 diluar sana.

Perkongsian Bersama

Diharapkan dengan perkongsian mengenai Perkara Penting Untuk Pelajar SPM 2020 Bagi Fasa Mengemaskini UPU ini akan dapat menjadi panduan kepada para pelajar lepasan SPM 2020 untuk mengemaskini dan memilih program pengajian yang bersesuaian bagi menyambung pengajian ke Institut Pengajian Tinggi. Untuk mendapatkan lebih banyak lagi informasi terkini sila layari laman web kami Sistem Guru Online.