Nota Lengkap Pendidikan Islam Tingkatan 5 ini mengumpulkan nota-nota ringkas dan padat mengenai tajuk tilawah, hadis dan akidah sahaja. Nota ini dikumpulkan bagi memudahkan para guru, ibu bapa dan pelajar dalam mengakses bahan pendidikan.
Pendidikan Islam merupakan salah satu mata pelajaran wajib dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Mata pelajaran ini mempunyai banyak fakta mengenai sirah, ibadat dan sebagainya. Pelajar sering menganggap mata pelajaran ini tidak penting dan hanya fokus kepada mata pelajaran lain seperti Matematik dan Sains.
Mata pelajaran Pendidikan Islam boleh menjadi penyumbang dalam bilangan A dalam SPM kerana mata pelajaran ini senang untuk dikuasai walaupun mempunyai banyak fakta yang perlu diingati.
Kaedah Mudah Kuasai Pendidikan Islam SPM
- Kenalpasti kata tugas di dalam soalan. Misalnya soalan nyatakan, pelajar hanya perlu menyenaraikan isi penting tanpa menghuraikan setiap isi. Jika soalan melibatkan kata tugas Terangkan, pelajar perlulah memberikan isi penting serta huraian dalam setiap isi yang diberikan.
- Lakukan latihan yang mempunyai pelbagai bentuk soalan dengan kerap. Jika pelajar hanya fokus kepada satu bentuk soalan, pelajar akan kurang mahir untuk menjawan soalan yang lain.
- Jika terdapat kekeliruan dalam sesuatu topik, rujuk kepada guru-guru mata pelajaran.
Dapatkan “Nota Lengkap Pendidikan Islam Tingkatan 5” di sini
Di sini kami akan kongsikan nota pendidikan islam tingkatan 5. Para guru boleh menggunakan bahan ini sebagai bahan semasa proses pembelajaran dan pengajaran atau dijadikan sebagai nota ringkas yang dapat membantu pelajar mengulangkaji pelajaran untuk menghadapi peperiksaan.
Sila muat turun bahan melalui pautan yang disediakan di bawah.
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’
Download : Nota Lengkap Tajuk Tilawah
- Layanan Baik Terhadap Orang Bukan Islam
- Nabi Muhammad SAW Utusan Allah
- Batas-batas Pergaulan
- Hidayah Allah
- Peribadi Mukmin
- Kemuliaan Al-Quran
Download : Nota Lengkap Tajuk Hadis
Download : Nota Lengkap Tajuk Akidah
Diharapkan agar perkongsian mengenai Nota Lengkap Pendidikan Islam Tingkatan 5 (Tajuk Tilawah, Hadis dan Akidah) ini dapat memberikan manfaat kepada para guru, ibu bapa dan pelajar dalam proses penyediaan bahan pendidikan yang dapat membantu ulangkaji pelajar tingkatan 5.
Pada perkongsian lepas, kami ada juga kongsikan bahan pendidikan seperti:
- Koleksi Kuiz Online [Quizziz] Kimia Tingkatan 5
- Nota Tatabahasa Sekolah Rendah Padat dan Menarik
- 20 Set Kuiz Online Matematik Tahun 5
Untuk mendapatkan lebih banyak lagi bahan pendidikan seperti di atas, sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online. Pada masa yang sama, kami juga ada kongsikan informasi terkini berkenaan dengan Jawatan Kosong kerajaan, bantuan pendidikan serta bantuan kerajaan yang berguna untuk orang ramai.