Permohonan Program Khas Jepun, Korea, Perancis, dan Jerman Tahun 2021 kini dibuka. Sukacita Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempelawa pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2020 yang berminat dan memenuhi syarat untuk memohon penajaan Program Khas Jepun, Korea, Perancis dan Jerman (JKPJ) tahun 2021. Permohonan adalah secara dalam talian bermula 10 Jun 2021 (jam 5.00 petang) sehingga 23 Jun 2021 (jam 5.00 petang).
Program ini merupakan program penajaan JPA berbentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU) kepada pelajar lepasan SPM tahun 2020 dalam bidang kejuruteraan, sains dan teknologi (S&T) dan sains sosial ke negara Jepun, Korea, Perancis dan Jerman. Pelajar akan ditaja untuk mengikuti pengajian peringkat persediaan sebelum melanjutkan pengajian peringkat Diploma atau Ijazah Pertama di negara-negara berkenaan.
Contents
Syarat Umum Permohonan Program Khas JKPJ 2021
- Warganegara Malaysia;
- Mempunyai kesihatan yang baik;
- Ibu/bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang JPA;
- Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk peringkat pengajian yang sama;
- Menduduki peperiksaan SPM 2021 buat pertama kali; dan
- Umur belum mencapai 19 tahun (20 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki.
Struktur Pengajian Program Khas JKPJ
1. Program Kejuruteraan Teknikal Jepun
- Pelajar yang berjaya ditawarkan penajaan Program Kejuruteraan Teknikal Jepun akan mengikuti kursus persediaan selama 24 bulan di Pusat Persediaan Kajian Teknikal Jepun di INTEC Education College, Shah Alam.
- Pelajar-pelajar akan menduduki peperiksaan yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan, Kebudayaan, Sukan, Sains dan Teknologi Jepun (MEXT) pada akhir tahun dua (2) kursus persediaan.
- Pelajar yang lulus peperiksaan tersebut dan memenuhi syarat kemasukan ke kolej-kolej teknikal di Jepun serta memenuhi syarat yang ditetapkan oleh JPA akan meneruskan pengajian kejuruteraan peringkat Diploma selama tiga (3) tahun di Kolej Teknikal di Jepun.
- Pelajar berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Pertama dengan tajaan JPA sekiranya menunjukkan prestasi yang cemerlang di peringkat Diploma dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh JPA serta diterima masuk ke universiti di Jepun.
- Tempoh pengajian bagi peringkat Ijazah Pertama di Jepun ialah dua (2) tahun.
2. Program Khas Korea
- Pelajar yang berjaya ditawarkan penajaan di bawah program ini akan mengikuti program persediaan selama sembilan (9) bulan di INTEC Education College, Shah Alam sebelum melanjutkan pengajian peringkat persediaan dan Sijil Bahasa selama 12 bulan di Pusat Pengajian Bahasa yang ditetapkan iaitu Seoul National University (SNU), Korea.
- Pelajar yang melepasi Had Kecemerlangan Akademik (HKA) yang ditetapkan Kerajaan akan diteruskan penajaan dalam bidang Kejuruteraan dan Sains dan Teknologi (S&T) melalui dua (2) kaedah iaitu pelajar yang mendapat CGPA 3.75 dan ke atas akan ditawarkan pengajian terus ke peringkat Ijazah Pertama selama empat (4) tahun.
- manakala pelajar yang mendapat CGPA 3.74 dan ke bawah akan ditawarkan pengajian ke peringkat Diploma selama 2 tahun dan Ijazah Pertama 2 tahun.
3. Program Khas Perancis
- Pelajar yang berjaya ditawarkan penajaan Program Kejuruteraan Perancis akan mengikuti kursus persediaan sama ada di INTEC Education College bagi bidang Kejuruteraan atau di Universiti Kuala Lumpur – Malaysia France Institute (UniKL-MFI) bagi bidang Sains Sosial.
- Pelajar yang mengikuti bidang Kejuruteraan akan ditempatkan di INTEC Education College untuk mengikuti kursus persediaan di INTEC selama sebulan dan seterusnya menyambung pengajian persediaan di Perancis selama 12 bulan di Institut Universitaire deTechnologie (IUT) yang ditetapkan.
- Program ini dijalankan dengan kerjasama pihak Société Française d’Exportation des Ressources Educatives (SFERE), iaitu wakil yang dilantik oleh Kerajaan Perancis.
- Prestasi pelajar semasa kursus persediaan di Perancis akan menentukan sama ada pelajar layak atau tidak untuk meneruskan pengajian peringkat Ijazah Pertama selama lima (5) tahun di universiti-universiti terkemuka di Perancis (Grand Ecole) atau di IUT.
- Bagi pelajar yang berjaya ditawarkan penajaan bagi bidang Sains Sosial, pelajar akan mengikuti kursus persediaan di UniKL-MFI selama 13 bulan dan seterusnya mengikuti bridging program di Perancis selama dua bulan.
- Prestasi pelajar semasa kursus persediaan akan menentukan sama ada pelajar layak atau tidak untuk meneruskan pengajian peringkat Ijazah Pertama selama tiga (3) hingga empat (4) tahun di universiti-universiti terkemuka dalam bidang sains sosial di Perancis (Sciences Po, Grenoble Ecole de Management dan SKEMA Business School) dalam bidang seperti Hubungan Antarabangsa, Ekonomi, Statistik, Human Resource, Sains Politik, Perniagaan Antarabangsa atau Pengurusan Global.
4. Program Khas Jerman
- Pelajar yang berjaya ditawarkan penajaan Program Khas Jerman akan mengikuti kursus persediaan sama ada di INTEC Education College atau Sunway College.
- Di INTEC, pelajar mengikuti program A-Level Jerman selama 22 bulan, manakala di Sunway College, pelajar mengikuti program Australian Matriculation (AUSMAT) Jerman selama 18 bulan. Pelajar juga akan mempelajari Bahasa Jerman Tahap A1 sehingga B2 dalam tempoh ini.
- Seterusnya, pelajar akan mengikuti program persediaan bahasa (bridging course) selama 6 hingga 8 bulan di Jerman iaitu di Carl Duisberg Centren (CDC) bagi pelajar Sunway College atau Institut Für Internationale Kommunikation (IIK) bagi pelajar INTEC. Pelajar akan mempelajari Bahasa Jerman Tahap C1 dan akan menduduki peperiksaan TestDaf di akhir bridging course sebagai penilaian penguasaan Bahasa Jerman. Keputusan TestDaf merupakan syarat kemasukan bagi pengajian peringkat Bachelor di universiti-universiti Jerman.
- Semua pelajar yang lulus dengan jayanya kursus persediaan seterusnya akan ditaja untuk mengikuti pengajian peringkat Bachelor selama tiga (3) tahun di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Jerman bagi bidang Kejuruteraan dan S&T.
- Pelajar turut berpeluang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Master di Jerman sekiranya menunjukkan prestasi yang cemerlang di 6 peringkat Bachelor dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Tempoh pengajian peringkat Master adalah selama dua (2) tahun.
- Bagi bidang S&T, pelajar boleh memilih bidang-bidang yang berkaitan dengan Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) seperti Artificial Intelligence, Big Data, Internet of Things, atau Computer Science.
Dapatkan “Iklan dan Syarat Khusus Program” di sini
Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’
Download:
Cara Permohonan
- Permohonan dibuka secara dalam talian (online) di http://esilav2.jpa.gov.my/
selama 14 hari bermula 10 Jun 2021 (Khamis) hingga 23 Jun 2021 (Rabu). Permohonan ditutup pada 23 Jun 2021, jam 5.00 petang. Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan. - Calon dibenarkan mendaftar, mengemas kini / meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya pindaan yang terkini sahaja diambil kira untuk tujuan penyimpanan data. Calon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak Slip Pengesahan Permohonan Program Khas JKPJ Tahun 2021 sebagai bukti permohonan telah dibuat.
Maklumat Lanjut
- Pertanyaan mengenai program tajaan dan masalah teknikal boleh dibuat dengan mengemukakan pertanyaan menerusi emel [email protected] (emel ini hanya aktif dalam tempoh permohonan dibuka sahaja iaitu mulai 10 sehingga 23 Jun 2021).
- Sesi soal jawab secara langsung berkenaan permohonan Program Khas JKPJ tahun 2021 akan diadakan sepanjang tempoh permohonan:
Tarikh: 11 sehingga 23 Jun 2021 (kecuali Sabtu, Ahad & cuti umum)
Masa : 10.00 – 11.00 pagi (sesi pertama), dan 2.30 – 3.30 petang (sesi kedua)
Pautan google meet: https://meet.google.com/axz-ojpu-fwe.
Selain itu, anda juga mungkin berminat dengan perkongsian lain seperti berikut:
- Permohonan Penangguhan Bayaran Balik PTPTN (PKP 3.0)
- Pemilihan Awal Perajurit Muda Tentera Darat Lelaki Siri 194 dan Wanita Siri 47 Tahun 2021
- Pengambilan Perajurit Muda Tentera Laut Diraja Malaysia Siri 223/22
- Senarai Bantuan Pakej Ransangan Ekonomi (PRE) Ihsan Johor 3.0
- Pakej Kita Selangor 2.0 (25 Inisiatif Bantuan Terkini)
- Bantuan Prihatin Rakyat Tambahan RM500, RM300, dan RM100
- Geran Khas Prihatin Tambahan RM500
- Kelonggaran RENEW Lesen Memandu dan Roadtax Sehingga 31 Julai 2021
Diharapkan agar pelajar lepasan SPM bagi tahun 2020 yang berkelayakan dapat merebut peluang Permohonan Program Khas Jepun, Korea, Perancis, dan Jerman Tahun 2021 ini sementara masih dibuka. Ayuh mohon segera dan selamat maju jaya!