
SPLKPM Sistem Pengurusan Latihan Guru, merupakan satu Sistem Pengurusan Latihan Kementerian Pendidikan Malaysia yang terkini. Sistem Pengurusan Latihan Guru dibangunkan bagi merekod kursus yang dihadiri oleh guru dan kakitangan pendidikan yang dahulunya dikenali sebagai SPLG KPM. Menerusi aplikasi ini diharapkan proses pengumpulan data dapat dilaksanakan dengan lebih cepat, tepat dan efisien.
Contents
SPLKPM: SISTEM PENGURUSAN LATIHAN GURU
Sistem ini diwujudkan bagi mengatasi masalah pertindihan data berkenaan latihan guru dan melancarkan proses pengumpulan maklumat di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) . Hal ini, bagi menguruskan rekod latihan guru secara dalam talian dan terus dihubungkan kepada Bahagian Pendidikan Guru (BPG) Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), dan juga Pejabat Pelajaran Daerah (PPD).
Untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan dengan aplikasi Modul Pengurusan Guru, yang terdapat dalam sistem pengurusan sekolah di bawah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pendidikan Malaysia, mari ikuti kami di Telegram Pendidikan melalui pautan di bawah:
Fungsi SPLKPM
Beberapa fungsi boleh didapati yang ada dalam sistem SPLKPM ini. Antara fungsi yang terkandung didalam sistem ini adalah seperti
- Senarai kursus
- Senarai webinar
- Latihan dalam perkhidmatan,
- Profesional Learning Walk(PLC)
Terdapat pelbagai jenis latihan yang boleh disertai termasuklah latihan bersemuka/konvensional, pembelajaran kendiri dan sesi pembelajaran PPB yang lainnya.
Disenaraikan secara ringkasnya fungsi yang banyak digunakan oleh guru-guru didalam aplikasi ini antaranya:
- Mendaftarkan kursus atau latihan dalam tempoh perkhidmatan
- Menyemak pelaporan bilangan hari bagi LADAP
- Menyemak pelaporan markah CPD
Sebagai peringatan, sistem ini semestinya sama sekali berbeza dengan sistem maklumat guru iaitu e-operasi. Laman ini iaitu Sistem Latihan Perkhidmatan KPM ini atau nama ringkasnya SPLKPM lebih menumpukan kepada latihan/ kursus yang diterima atau latihan yang diperlukan oleh guru sekolah seperti ulasan buku, kajian tindakan atau penyelidikan, kolokium, lawatan kerja, bengkel, seminar, portal e-guru dan sebagainya.
Cara Login SPLKPM Individu
Jika anda sebagai guru dan telah mengambil kursus, anda perlu login ke SPLKPM untuk mendaftarkan dan mengemaskini latihan atau pembelajaran yang telah disertai. Di bawah ini kami kongsikan bagaimana cara untuk anda masuk ke SPLKPM modul individu :
- Layari laman web rasmi SPLKPM di sini: Laman web rasmi SPLKPM
- Pastikan buat pilihan Log Masuk Modul Individu
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan dengan lengkap tanpa sempang (-) atau dash
- Masukkan Kata Laluan
- Jika anda terlupa Kata Laluan, sila tekan Lupa kata laluan di bagian bawah
- Masukkan kod warna biru yang dipaparkan dalam rajah.
- Pastikan tidak memasukkan kod berwarna merah untuk masuk.
- Tekan Masuk
- Anda kini berada di dalam sistem SPLKPM Modul Individu

Kelebihan SPL KPM
Dengan adanya sistem ini, ini akan dapat memberikan beberapa kelebihan seperti berikut:
- Dapat melaksanakan pemantauan guru dengan lebih berkesan.
- Maklumat dapat diterima dalam tempoh yang singkat.
- Sistem ini dapat digunakan di mana sahaja.
- Masa dan kos pemantauan dapat dijimatkan.
- Bilangan latihan yang dihadiri oleh guru-guru dapat diperolehi dengan cepat dan tepat.
Modul SPL KPM
Sistem ini dibahagikan kepada dua modul utama iaitu Modul SULDP dan Modul Individu:
i) Modul SULDP
Modul ini dibangunkan bagi proses merekod LDP/ PPB dilaksanakan oleh penganjur LDP/ PPB. Kaedah ini diharap mampu menyelaras pelaksanaan latihan staf di organisasi masing-masing.
Maklumat asas Pegawai yang berkhidmat di Bahagian/ JPN/ Kolej Matrikulasi/ Institut Pendidikan Guru/ Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri dan PPD perlu dikemaskini oleh SULDP/ Penyelaras latihan bagi membolehkan induvidu mengakses ke aplikasi SPLKPM dan eProfil.
SULDP/ Penyelaras juga boleh melihat analisis LDP yang dihadiri di organisasi, menjana sijil on-line, matrik kompitensi & TNA, tawaran kursus serta modul kewangan.
ii) Modul Individu
Modul individu SPLKPM dibangunkan bagi kegunaan Pegawai dan Anggota Kumpulan Pelaksana dibwah Kementerian Pendidikan untuk merekod aktiviti LDP/ Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB) yang dilaksanakan di luar KPM disamping merekod aktiviti Pembelajaran Kendiri.
LDP/ PPB yang didaftarkan menerusi modul ini perlu disemak dan disahkan diperingkat SULDP bagi membolehkan ianya dikira sebagai bilangan hadir berkursus bagi tahun semasa.
Pegawai yang berkhidmat di Bahagian/ JPN/ Kolej Matrikulasi/ Institut Pendidikan Guru/ Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri dan PPD perlu mengemaskini profil masing menerusi pangkalan data SPL KPM. Manakala Pegawai & AKP yang berada sekolah perlu mengemaskini profil masing-masing menerusi pangkalan Data eOperasi.
Semua Individu juga diminta menjawab training needs analysis TNA atau matrik kompitensi yang disediakan bagi nmembolehkan pihak pengurusan merancang LDP yang diperlukan.
MyPBB (Mata Kredit Pembangunan Profesionalisme Berterusan)
Objektif utama sistem ini adalah untuk membantu mengiktiraf penyertaan PPP serta PPB dengan memberikan mata kredit bagi setiap aktiviti yang dijalankan (khususnya buat para pendidik).
Ianya juga menggalakkan pihak yang terlibat untuk meneroka lebih banyak platform yang bersesuaian dengan profesion dan kemampuan diri sendiri, seterusnya secara tidak langsung meningkatkan kualiti perkhidmatan mereka.

Aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan untuk mendapatkan mata kredit tersebut, termasuklah seperti berikut:
- Kursus, bengkel atau seminar
- E-Pembelajaran
- Wacana ilmu, taklimat atau perkongsian
- Peningkatan akademik
- Bimbingan dan pementoran
- Lawatan penanda aras
- Pembacaan buku
- PLC
- Inovasi
- Penyelidikan
- Program sangkutan
- Penulisan dan pengkaryaan
- Sumbangan-sumbangan lain
Senarai Kursus Online SPLKPM
Terdapat pelbagai senarai kursus dan webinar yang boleh anda kemaskini di SPLKPM.
Antaranya ialah:
1. Kursus SPL KPM AKPK
- KURSUS SPL KPM EPSA
- Link Kursus EPSA : https://www.epsa.gov.my/
- KURSUS AKPK
- Hemah Bicara Hemat Belanja (KPM) – Anjuran AKPK, anda akan diberikan Sijil setelah selesai, untuk menyertainya sila ke: https://bit.ly/2veRTsJ
- KURSUS RUMAHKU
- Rumahku – Anjuran AKPK, RUMAHKU adalah modul online khas yang bertujuan membantu bakal pembeli rumah pertama membuat perancangan kewangan yang bijak. Untuk menyertainya boleh ke: https://learn.akpk.org.my/courses/rumahku
- DAFTAR WEBINAR
- Latihan Melalui E-Pembelajaran melalui Webinar, Plc dalam talian termasuk kursus lain dalam pelantar E-Pembelajaran boleh di daftar terus dalam SPLKPM melalui Modul Individu
- KURSUS GOOGLE EDUCATION
- Google Malaysia ada menawarkan kursus yang boleh anda belajar sesuatu baru berdasarkan kepakaran dan pengalaman mereka dalam industri.
- KURSUS MICROSOFT EDUCATION
- Microsoft Education menawarkan beberapa kursus dengan sijil penyertaan. Sila daftar hadir secara online di sini, https://education.microsoft.com/en-us
- KURSUS DIGITAL CLASSROOM
- Melalui Digital Classroom Malaysia, ada banyak kursus webinar live streaming online untuk anda hadir dan pelajari yang boleh daftar.
- E-DIDIK MALAYSIA
- eDidik Malaysia sering promosi bengkel / kursus percuma yang sering melalui https://sites.google.com/edidik.edu.my/edidik-malaysia/laman-utama.
Diharapkan perkongsian cara daftar dan kemaskini SPLKPM login modul individu ini dapat membantu anda menambah dan memaksima mata kredit terkumpul dalam sistem, sekaligus menambah ilmu untuk diaplikasikan semasa berkhidmat nanti.
Adakah Hanya guru perlu kemaskini SPL KPM?
SPLKPM Bukan sahaja perlu dikemaskini bagi guru bahkan pegawai -pegawai yang berkhidmat di bawah KPM.
Pegawai yang berkhidmat di bahagian seperti di bawah ini dikehendaki kemaskini profil masing-masing menerusi pangkalan data:
- Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)
- Kolej Matrikulasi
- Institut Pendidikan Guru (IPG)
- Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN)
- Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)
Manakala Pegawai dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) yang berada di sekolah perlu kemaskini profil masing-masing menerusi pangkalan data eOperasi.
Semua individu juga diminta menjawab Training Needs Analysis (TNA) atau matriks kompetensi yang disediakan bagai membolehkan pihak pengurusan merancang LDP yang diperlukan.
Pelaksanaan SPL KPM
Pelaksanaan sistem dalam KPM merangkumi tanggungjawab dan peranan mengikut peringkat pengguna seperti berikut:
a) Tanggungjawab dan peranan Pentadbir Sistem Pentadbir sistem bertanggungjawab ke atas ketersediaan sistem kepada pengguna.
b) Tanggungjawab dan peranan Penyelaras Sistem
i) Peringkat Bahagian KPM
Penyelaras bertanggungjawab untuk mengurus pelaksanaan sistemdi peringkat Bahagian masing-masing termasuk memantau pelaksanaan di institusi (Kolej/ Sekolah/ Cawangan/ Kampus) di bawah seliaan. Ini merangkumi.
- Memastikan semua maklumat asas pegawai dalam sistem sentiasa dikemaskini.
- Memastikan semua maklumat latihan direkodkan, senarai kehadiran peserta dan status pelaksanaan dikemaskini menerusi Modul Penyelaras.
- Mencalonkan pegawai bagi latihan yang ditawarkan (tawaran latihan terhad) dengan kebenaran Ketua Jabatan.
- Menyebarluas maklumat penggunaan sistem kepada pegawai dalam organisasi.
- Menyemak dan menyokong latihan anjuran luar KPM, sesi pembelajaran serta pembelajaran kendiri yang didaftarkan menerusi Modul Individu pegawai masing-masing.
- Menyemak dan menyokong rekod aktiviti Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB) pegawai.
- Memastikan pegawai mengisi instrumen Analisis Keperluan Latihan (TNA)/ Matrik Kompetensi melalui Modul Individu.
- Menganalisis keperluan latihan melalui instrumen TNA/ Matrik Kompetensi.
- Menyediakan laporan prestasi kehadiran latihan warga kerja organisasi masing-masing.
- Mengambil tindakan susulan bagi memastikan sasaran prestasi kehadiran latihan yang ditetapkan dapat dipenuhi.
- Memantau prestasi kehadiran latihan bagi organisasi di bawah seliaan.
ii) Peringkat Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)
Penyelaras sistem bertanggungjawab untuk mengurus pelaksanaan sistem di peringkat JPN dan memantau pelaksanaan di peringkat PPD dan sekolah. Ini merangkumi:
- Memastikan semua maklumat asas pegawai dalam sistem sentiasa dikemaskini.
- Memastikan semua maklumat latihan direkodkan, senarai kehadiran peserta dan status pelaksanaan dikemaskini menerusi Modul Penyelaras.
- Mencalonkan pegawai bagi latihan yang ditawarkan (tawaran latihan terhad) dengan kebenaran Ketua Jabatan.
- Menyebarluas maklumat penggunaan sistem kepada pegawai dalam organisasi.
- Menyemak dan menyokong latihan anjuran luar KPM, sesi pembelajaran serta pembelajaran kendiri yang didaftarkan menerusi Modul Individu pegawai masing-masing.
- Menyemak dan menyokong rekod aktiviti Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB) pegawai.
- Memastikan pegawai mengisi instrumen Analisis Keperluan Latihan (TNA) melalui Modul Individu.
- Menganalisis keperluan latihan melalui instrumen TNA.
- Menyediakan laporan prestasi kehadiran latihan warga kerja organisasi masing-masing.
- Mengambil tindakan susulan bagi memastikan sasaran prestasi kehadiran latihan yang ditetapkan dapat dipenuhi.
- Memantau prestasi kehadiran latihan bagi organisasi di peringkat PPD dan sekolah.
iii) Peringkat Sekolah/ Kolej Vokasional
Penyelaras sekolah/ Kolej Vokasional bertanggungjawab mengurus pelaksanaan sistem di sekolah/ Kolej Vokasional. Ini merangkumi:
- Memastikan semua maklumat asas pegawai yang dipaparkan dalam sistem sentiasa terkini (pengemaskinian dalam sistem e-Operasi).
- Memastikan semua maklumat latihan direkodkan, senarai kehadiran peserta dan status pelaksanaan dikemaskini menerusi Modul Penyelaras sistem.
- Mencalonkan pegawai bagi latihan yang ditawarkan (tawaran latihan terhad) dengan kebenaran Ketua Jabatan.
- Menyebarluas maklumat penggunaan sistem kepada pegawai dalam organisasi.
- Menyemak dan menyokong latihan anjuran luar KPM, sesi pembelajaran serta pembelajaran kendiri yang didaftarkan menerusi Modul Individu pegawai masing-masing.
- Menyemak dan menyokong rekod aktiviti Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB) pegawai.
- Memastikan pegawai mengisi instrumen Analisis Keperluan Latihan (TNA) melalui Modul Individu.
- Menganalisis keperluan latihan melalui instrumen TNA.
- Menyediakan laporan prestasi kehadiran latihan warga kerja organisasi masing-masing; dan
- Mengambil tindakan susulan bagi memastikan sasaran prestasi kehadiran latihan yang ditetapkan dapat dipenuhi.
BORANG ULASAN WEBINAR SPLKPM
Berikut adalah cara isi borang ulasan webinar:

SPLKPM ULASAN BUKU (BOOK REVIEW)
Anda juga boleh buat ulasan buku, iaitu sinopsis mana-mana buku yang dibaca.
Perlu login SPLKPM untuk isi maklumat untuk buat book review termasuk:
- Tajuk buku
- Penulis buku
- Bahasa buku
- Bilangan mukasurat
- Sinopsis buku
- Tarikh pembacaan
- Pembentangan
- Perlu diingatkan, anda perlu isi Borang Sinopsis Individu di Sekolah sebagai bukti pembacaan anda.
Maklumat Lanjut Berkenaan SPLKPM
Sebarang pertanyaan atau rujukan anda boleh hubungi Penyelaras SPLKPM Negeri seperti di bawah:
Senarai JPN Mengikut Negeri | No Untuk Dihubungi |
ADMIN JPN JOHOR | 07-2311402 |
ADMIN JPN KEDAH | 04-7404209 |
ADMIN JPN KELANTAN | 09-7418377 |
ADMIN JPN MELAKA | 06-2327179 |
ADMIN JPN NEGERI SEMBILAN | 06-7653201 |
ADMIN JPN PAHANG | 09-5715700 |
ADMIN JPN PERAK | 05-5015026 |
ADMIN JPN PERLIS | 04-9737663 |
ADMIN JPN PULAU PINANG | 04-5757640 |
ADMIN JPN SABAH | 08-8537010 |
ADMIN JPN SARAWAK | 08-2473410 |
ADMIN JPN SELANGOR | 03-55121958 |
ADMIN JPN TERENGGANU | 09-6213329 |
ADMIN JPN WP KUALA LUMPUR | 03-62036287 |
ADMIN JPN WP LABUAN | 087-583351 |
ADMIN JPN WP PUTRAJAYA | 03-88903070 |