Sebagai tempat pengumpulan soalan-soalan peperiksaan di bawah kementerian pendidikan Malaysia, lembaga peperiksaan telah mewujudkan aplikasi APPI login iaitu singkatan bagi aplikasi pengumpulan dan pemasangan instrumen. Aplikasi ini terbahagi kepada dua iaitu APPI sekolah rendah dan APPI menengah rendah.
Contents
- 1 APPI Login: Aplikasi Pengumpulan Pemasangan Instrumen KPM
- 1.1 Apa Itu APPI?
- 1.2 Kategori Aplikasi
- 1.3 Pengguna dan Peranan Pengguna
- 1.4 Peranan JPN dan PPD
- 1.5 Proses Aplikasi Pengumpulan dan Pemasangan Instrumen
- 1.6 Jadual Spesifikasi Ujian JSU
- 1.7 Log Masuk
- 1.8 Panduan Muat Turun Instrumen APPI SR dan APPI MR
- 1.9 Garis Panduan Pentadbiran Ujian Akhir Sesi Akademik
- 2 MAKLUMAT LANJUT
APPI Login: Aplikasi Pengumpulan Pemasangan Instrumen KPM
Apa Itu APPI?
Aplikasi pengumpulan dan pemasangan instrumen iaitu APPI di bawah kementerian pendidikan Malaysia merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh Lembaga peperiksaan yang berfungsi sebagai bank soalan dan penjanaan soalan yang standard. Daripada aplikasi ini, guru besar atau pengetua akan memuat turun soalan bagi ujian akhir sesi akademik UASA yang menyeragamkan soalan seluruh malaysia.
Sistem ini dibangunkan bagi membantu pengumpulan item serta pemasangan dan penjanaan instrumen yang standard di peringkat sekolah yang melibatkan
- Instrumen berkualiti tinggi
- Item dikawal mutu oleh panel berkepakaran
- Instrumen dijana berdasarkan Jadual Spesifikasi Ujian
- Item disumbang oleh guru
- Instrumen berbeza, setara standard
Ikuti kami di saluran Telegram untuk mendapatkan nota dan latihan bagi sekolah rendah:
Kategori Aplikasi
Aplikasi APPI mempunyai dua kategori iaitu
- Aplikasi Pengumpulan dan Pemasangan Instrumen Sekolah Rendah (APPI SR)
- Bagi kategori APPI SR melibatkan pelajar sekolah rendah tahap dua iaitu tahun 4,5 dan 6.
- Capaian bagi APPI SR seperti berikut: https://appisr.moe.gov.my/login
- Instrumen atau soalan yang disediakan dalam aplikasi ini bagi sekolah rendah merangkumi 5 mata pelajaran sahaja. Bagi mata pelajaran lain yang tidak tersenarai dalam aplikasi tersebut, akan disediakan oleh pihak sekolah. Mata pelajaran yang disediakan adalah seperti berikut:
- Aplikasi Pengumpulan dan Pemasangan Instrumen Menengah Rendah (APPI SR)
- Untuk kategori sekolah menengah melibatkan menengah rendah yang terdiri daripada tinkatan 1,2 dan 3.
- Capaian APPI MR melalui pautan berikut: https://appimr.moe.gov.my/login
- Bagi sekolah menengah, terdapat 20 mata pelajaran yang disediakan dalam pilihan instrumen atau soalan bagi ujian UASA. 20 mata pelajran tersebut adalah seperti berikut:
Pengguna dan Peranan Pengguna
Terdapat 5 golongan atau peringkat pengguna yang menggunakan aplikasi ini.
Pengguna | Peranan |
---|---|
Lembaga Peperiksaan | 1. Menetapkan format pentaksiran UASA 2. Format UASA dibangunkan dan mendapat kelulusan daripada mesyuarat pengurusan tertinggi Kementerian Pendidikan Malaysia. 3. Setelah format UASA diluluskan, lembaga peperiksaan akan membangunkan Jadual spesifikasi ujian JSU dan standard instrumen. |
Penyumbang Item | Terdiri daripada guru-guru yang terlatih (Guru-guru yang telah dilatih oleh lembaga peperiksaan bagi menyumbang item ke dalam bank soalan KPM) |
Ketua Penyumbang Item | 1. Terdiri daripada kalangan penyumbang item yang mengetuai kumpulan penyumbang item. 2. Tugasnya adalah untuk mengesahkan itam yang disumbangkan oleh penyumbang item. |
JPN\PPD | 1. Bahagian sektor peperiksaan dan pentaksiran 2. Menyelenggara maklumat mata pelajaran. 3. Menyelenggara maklumat sekolah. |
Pengetua\ Guru Besar | Memuat turun instrumen |
Peranan JPN dan PPD
Perinkat | Peranan |
---|---|
JPN | 1. Pendaftaran dan kemas kini akaun PPD. 2. Pendaftaran dan kemas kini akaun pengetua/guru besar sekolah. 3. Pendaftaran dan kemas kini maklumat sekolah 4. Kemas kini pakej mata pelajaran sekolah. 5. Memantau status muat turun instrumen. |
PPD | 1. Pendaftaran dan kemas kini akaun pengetua sekolah 2. Kemas kini pakej mata pelajaran sekolah. 3. Memantau status muat turun instrumen |
Proses Aplikasi Pengumpulan dan Pemasangan Instrumen
Proses | Penerangan |
---|---|
1. Penetapan Fomat Standard | 1. Peranan Lembaga Peperiksaan membangunkan Jadual spesifikasi ujian JSU yang terdapat di dalamnya konteks, konstruk dan aras kesukaran. |
2. Pengagihan Tugasan | 1. Diagihkan oleh Pegawai Subjek/ KPI 2. Kepada KPI/ Pi |
3. Bina dan Sahkan Item | 1. Bina Item – KPI/ PI 2. Sahkan item oleh Pegawai Subjek/KPI 3. Item sah -> Bank Item |
4. Jana Instrumen | Janaan secara rawak |
5. JPN/PPD | Selenggara maklumat mata pelajaran dan sekolah |
6. Muat turun Instrumen | Bergantung kepada mata pelajaran yang didaftar |
Jadual Spesifikasi Ujian JSU
Perkara ini menagndungi 3 perkara iaitu:
- Konteks
Mewakili Sukatan Pelajaran Keseluruhan
- Pengetahuan
- Kemahiran.
- Nilai
- Kostruk
Aras kemahiran kognitif Bloom memastikan taburan aras kesukaran adalah tepat dan adil
- Aras kesukaran
Aras kesukaran kemahiran menstabilkan aras kesukaran ujian dari tahun ke tahun.
Log Masuk
Ikuti langkah berikut:
- Capaian bagi APPI SR seperti berikut: https://appisr.moe.gov.my/login
- Capaian APPI MR melalui pautan berikut: https://appimr.moe.gov.my/login
- Masukkan alamat e-mel dan kata laluan dengan betul untuk log masuk.
- Klik butang Log Masuk
*Nota
- Hanya guru besar yang boleh memuat turun instrumen, tetapi guru besar juga boleh menurunkan kuasa kepada setiausaha peperiksaan untuk berbuat demikian.
- Untuk mendapatkan user ID dan kata laluan, boleh berhubung kepada pentadbiran lembaga peperiksaan atau jabatan pendidikan negeri JPN dan akan diberikan melalui email pengetua yang telah dimasukkan dalam sistem.
Panduan Muat Turun Instrumen APPI SR dan APPI MR
Pada senarai instrumen akan dipaparkan mata pelajaran yang ditawarkan di sekolah berkenaan sahaja.
- klik butang hijau untuk memuat turun instrumen.
- klik butang biru untuk memuat turun panduan penskoran.
*Nota
- Sekiranya ada instrumen atau soalan yang memerlukan font khas seperti bahasa Arab, Tamil dan Punjab, mereka perlu memuat turun dahulu font berkenaan baru boleh muat turun soalan.
- Sekiranya terdapat mata pelajaran yang tidak tersedia, boleh rujuk PPD atau JPN.
- Pastikan untuk menyimpan dahulu instrumen dalam dokumen, selepas itu barulah mencetaknya. hal ini kerana, pihak sekolah hanya dibenarkan memuat turun sekali sahaja mana-mana instrument.
Garis Panduan Pentadbiran Ujian Akhir Sesi Akademik
Untuk murujuk garis panduan ini, anda boleh memuat turun melalui pautan di bawah:
MAKLUMAT LANJUT
Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai APPI KPM (APPI SR dan APPI MR), anda boleh melayari portal rasmi Lembaga Peperiksaan KPM di pautan :