Nota Komsas Tingkatan 3 Tajuk Syair Burung Nuri Karya Rahman Kaeh

Komsas Tingkatan 3 Tajuk Syair Burung Nuri Karya Rahman Kaeh

1247
Komsas Tingkatan 3 Tajuk Syair Burung Nuri Karya Rahman Kaeh
Gambar hiasanKomsas Tingkatan 3 Tajuk Syair Burung Nuri Karya Rahman Kaeh

Anda mencari KOMSAS tingkatan 3 tajuk syair Burung Nuri karya Rahman Kaeh?

Pilihan bijak untuk anda terus membaca pekongsian kali ini sehingga akhir. Admin kongsikan komponen sastera sebagai rujukan anda dan untuk meningkatkan pemahaman, admin kongsikan soalan berkaitan syair ini.

Syair Burung Nuri

Maksud Setiap Rangkap

RangkapSyairMaksud Syair
Rangkap 1Bermula warkah surat rencana,
Ikatan fakir yang sangat hina,
Sajak dan nazam banyak tak kena,
Daripada pendapat kurang sempurna.
Penyair meluahkan hasrat untuk menyampaikan sesuatu idea melalui syair meskipun sedar karyanya itu punya banyak kelemahan.
Rangkap 2Gerangan sungguh amatlah leta,
Perinya akal gelap-gelita,
Hemat pun rendah daif berserta,
Tambahan badan miskin dan nista.
Penyair dengan rendah diri mengaku bahawa dia seorang yang serba kekurangan, tidak pandai malah miskin dan tidak berharta.
Rangkap 3Beribu ampun kiranya tuan,
Atasnya hulu fakir nistawan,
Daripada masyghul gundah merawan,
Terperilah madah patik nin tuan.
Penyair memohon maaf atas kekurangan dan kelemahan yang terdapat dalam karyanya.
Rangkap 4Dituliskan sahifah supaya nyata,
Barang yang ghairah di dalamcinta,
Terfikir-fikir bukan menderita,
Dakwat dan kertas tempat berkata.
Penyair menyatakan yang dia menggunakan syair sebagai wadah/medium untuk menyuarakan apa-apa yang tersirat di hati.
Rangkap 5Sudahlah nasib untung yangmalang,
Mengambah lautan berulang-ulang,
Mudaratnya bukan lagi kepalang,
Senantiasa di dalam nasib dan walang.
Penyair berkongsi dengan pembaca tentang nasibnya yang kerap dirundung malang,
Rangkap 6Hanyutlah badan ke sana kemari,
Segenap pesisir desa negeri,
Bertambahlah pula sopan dannegeri,
Santap nan tidak minum pun kari.
Penyair menceritakan pengalamannya pergi merantau ke seluruh pelosok negeri dalam keadaan lapar dan dahaga.
Rangkap 7Bangun terjunun badan suatu,
Gundahlah fikir tiada tertentu,
Laksana cermin jatuh ke batu,
Remuk dan redam hancur di situ.
Penyair berasa sangat sedih mengenangkan keadaan hidupnya yang serba kekurangan.
Rangkap 8Remuk dan redam rasanya hati,
Lenyaplah fikir budi pekerti,
Jikalau kiranya hamba turuti,
Daripada hidup sebaiknya mati.
Terbawa-bawa akan kesedihannya, penulis merasakan lebih baik dia mati daripada terus hidup.

Ikuti kami di saluran Telegram bagi mendapatkan nota dan latihan bagi sekolah rendah melaui pautan berikut:

Tema

Adab dalam kehidupan seseorang yang sering ditempuhi.

Persoalan

(a) Kepentingan memiliki ilmu pengetahuan dan berakhlak mulia.

(b) Kekecewaan yang boleh merosakkan kehidupan seseorang.

(c) Kebijaksanaan dalam mengawal diri ketika bercinta.

(d) Rasional dalam berfikir dan membuat tindakan.

Gaya Bahasa dan Keindahan Bunyi

(a) Inversi. Contohnya, Dituliskan sahifah supaya nyata.

(b) Simile. Contohnya, Laksana cermin jatuh ke batu.

(c) Sinkope. Contohnya, Sajak dan nazam banyak tak kena.

(d) Repetisi. Contohnya, Hanyutlah badan ke sana ke mari.

(e) Asonansi. Contohnya, Bermula warkah surat rencana. (perulangan vokal a)

(f) Aliterasi. Contohnya, Gundahlah fikir tiada tertentu. (perulangan konsonan t).

Nilai

(a) Kesedaran.

(b) Merendah diri.

(c) Rasional.

(d) Hemah tinggi.

Pengajaran

(a) Kita sepatutnya bersikap merendah diri.

(b) Kita haruslah insaf akan kesalahan yang telah dilakukan.

(c) Kita janganlah mementingkan percintaan dalam kehidupan.

(d) Kita tidak boleh berputus asa.

(e) Kita janganlah bertindak mengikut kata hati.

Dapatkan nota dan latihan bagi Komsas Tingkatan 3 Tajuk Syair Burung Nuri Karya Rahman Kaeh melalui pautan berikut:

Komsas Tingkatan 3 Tajuk Syair Burung Nuri Karya Rahman Kaeh
Contoh nota Komsas Tingkatan 3 Tajuk Syair Burung Nuri Karya Rahman Kaeh
Komsas Tingkatan 3 Tajuk Syair Burung Nuri Karya Rahman Kaeh
Contoh soalan Komsas Tingkatan 3 Tajuk Syair Burung Nuri Karya Rahman Kaeh

Disediakan oleh: Anonymous Cpciyp

Pemahaman

Contoh Soalan

Soalan 1

Kurus dan kering akan tubuhnya,
Daripada sangat menahankan rindunya,
Tiada sedar makan dan minumnya,
Mengenangkan cempaka dalam mimpinya.

Dipetik daripada Seuntai Kasih Secebis Harapan

Terangkan maksud rangkap syair di atas.

Jawapan :

Soalan 2

Murai menyahut sambil bermadah,
Ayuh tuanku muda yang gundah,
jangan diturut hati yang gundah,
Jadi tersedarlah ayah dan bonda.
 
Dipetik daripada Seuntai Kasih Secebis Harapan

Berdasarkan rangkap di atas, nyatakan pengajarannya.

Jawapan

i:

ii:

Soalan 3

Bermadah pula kepada Punai,
Apalah sudahi dengan begini,
Hati dan jantung bagaikan fani,
Baiklah terbang dari sini.
 
Dipetik daripada Seuntai Kasih Secebis Harapan

Nyatakan bentuk petikan syair di atas.

Jawapan

1.

ii.

iii.

iv.

Skema Jawapan

Jawapan soalan 1

Akibat terlalu rindu akan Cempaka Dadu, Nuri jatuh sakit dan kurus kering. Dia tidak berselera untuk makan. Nuri sentiasa  teringat akan mimpinya bertemu dengan Cempaka Dadu.

Jawapan soalan 2

i. Apabila seseorang menghadapi masalah, kita hendaklah cuba menasihatinya.

ii. Janganlah kita terlalu tertekan apabila menghadapi sesuatu masalah.

Jawapan soalan 3

i. 4-5 patah perkataan sebaris

ii. 9-11 suku kata sebaris

iii. Rima akhir aaaa

iv. Terikat dengan puisi tradisional.

Semoga perkongsian kali ini berkaitan Komsas Tingkatan 3 Tajuk Syair Burung Nuri Karya Rahman Kaeh dapat membantu anda memahami dan menghayati maksud tersirat syair ini. Diharap juga dapat mebantu dalam menjawab soalan berdasarkan contoh soalan dan jawapan yang admin sediakan.