Nota Nota Unit 5 Wang Subjek Matematik Tahun 6

Nota Unit 5 Wang Subjek Matematik Tahun 6

82
Nota Unit 5 Wang Subjek Matematik Tahun 6
Nota Unit 5 Wang Subjek Matematik Tahun 6

Mendepani era industri 4.0, peniagaan dalam talian semakin rancak melalui pelbagai saluran aplikasi. Disebabkan itu, nota unit 5 wang dalam subjek matematik tahun 6 kita akan membincangkan beberapa perkara berkaitan maklumat pengurusan perniagaan.

Dengan kemudahan teknologi sekarang, ramai yang menceburi bidang perniagaan sama ada sepenuh masa atau sebagai sampingan. Tidak dinafikan, terdapat peniaga muda yang turut terlibat walaupun masih bersekolah.

Apa yang banyak dikalangan peniaga terlepas pandang adalah mempunyai ilmu perniagaan dan mengaplikasikannya sewaktu bekerja. Hal ini menjadi faktor ramai dikalangan usahawan muda penyumbang peratus tertinggi bankrup dalam statistik di malaysia.

Nota unit 5 wang

Sebagai seorang peniaga, pengurusan kewangan amat penting bagi mendapatkan keuntungan yang lebih besar dan mengelakkan kerugian. Aspek modal dan untung bagi peniaga perlu diperhatikan untuk mengambil kira pusingan modal dan kos operasi. Oleh itu, perbincangan kita akan tertumpu kepada proses atau kaedah yang terdapat dalam perniagaan yang sewajarnya semua peniaga perlu ambil tahu.

Kenali Faedah, Komisyen, Dividen Dan Cukai Perkhidmatan.

(A) Faedah Mudah

  • Faedah mudah ialah wang tambahan yang diperoleh atas simpanan wang di bank dalam tempoh tertentu.
  • Formula faedah mudah dalam jadual berikut,
FormulaContohPenyelesaian
Peratus faedah x wang yang disimpan x tempohFauzi menyimpan wang sebanyak RM3 000 di dalam sebuah bank yang menawarkan faedah sebanyak 5% setahun. Hitung faedah yang diperolehinya selepas setahun.Faedah = 5% x RM3 000 × 1 tahun
= RM150

(B) Faedah Kompaun

  • Faedah kompaun ialah faedah yang diterima daripada wang yang disimpan dan faedah terkumpul pada setiap tahun.

(C) Komisyen

  • Komisyen ialah wang upah yang diterima oleh seseorang ejen ke atas jualan yang dibuat olehnya.
  • Komisyen = Jumlah nilai jualan peratus komisyen

(D) Dividen

  • Dividen ialah keuntungan yang dipulangkan kepada pemegang saham dalam sesebuah syarikat.
  • Dividen = Peratus dividen x Pelaburan

(E) Cukai Perkhidmatan

  • Cukai perkhidmatan ialah cukai yang perlu dibayar ke atas perkhidmatan yang disediakan oleh perniagaan tertentu seperti di hotel dan restoran makanan segera.

Jangan terlepas peluang untuk mendapat bahan nota dan latihan sekolah rendah melalui pautan berikut:

Penyelesaian Masalah

Penyelesaian masalah melibatkan harga jual, harga kos, untung dan rugi.

MasalahPenyelesaian
Harga Kos\ harga beli– Harga barang yang diperoleh peniaga sebelum jual.
Harga kos = Harga jual – Untung
Harga jualHarga sesuatu barang yang dijual kepada pembeli.
Harga Jual = Harga Kos + Untung
Keuntungan
*Peratus untung
– Harga jual lebih tinggi daripada harga kos
– Untung= Harga Jual + Harga Kos
– Peratus untung= Harga Kos \Nilai Untung × 100%
Kerugian
*Peratus rugi
– Harga kos lebih tinggi daripada harga jual
– Rugi = Harga Kos – Harga Jual
– Peratus rugi = Nilai Rugi\Harga Kos × 100%

Kenali Diskaun, Bil, Rebat, Invois, Aset, Liabiliti

PerkaraPenerangan
Diskaun1. Potongan harga atau nilai dikurangkan daripada harga asal sesuatu barang.
2. Nilai Diskaun= Harga asal – Harga jual
3. Peratus diskaun= Nilai Diskaun\ Harga Asal x 100%
BilPotongan penyata bertulis tentang pembelian sesuatu barang atau perkhidmatan yang diterima.
Rebat1. Potongan daripada sejumlah bayaran atau pemulangan sebahagian wang selepas pembelian barangan.
2. Harga baharu dicari dengan menolak harga asal dengan jumlah yang diberikan.
Invois1. Maklumat barangan atau perkhidmatan yang dibekalkan kepada pelanggan.
2. Jumlah yang perlu dibayar oleh pelanggan.
AsetHarta bernilai. Contohnya wang tunai, rumah, barang kemas, simpanan, pelaburan, kenderaan.
LiabilitiTanggungan kewangan atau hutang yang perlu dijelaskan. Contohnya ansuran kereta, ansuran rumah, hutang kad kredit, bil tertunggak dan cukai.

Dapatkan nota unit 5 wang melalui pautan berikut:

Nota Unit 5 Wang Subjek Matematik Tahun 6
Nota Unit 5 Wang Subjek Matematik Tahun 6
Nota Unit 5 Wang Subjek Matematik Tahun 6
Nota Unit 5 Wang Subjek Matematik Tahun 6

Disediakan oleh: Sekolah Kebangsaan Sijangkang Jaya

Pemahaman

1. Berikut adalah pernyataan Encik Hisham, seorang pemborong kamera.

“Harga beli sebuah kamera ialah RM1 289. Saya hendak mendapat keuntungan sebanyak RM350. Berapakah harga jual kamera itu?”

A RM939

B RMI 139

C RMI 639

D RMI 648

2. Rajah di bawah menunjukkan maklumat bagi dua barang.

Nota Unit 5 Wang Subjek Matematik Tahun 6

Antara berikut, yang manakah menunjukkan harga jualan yang betul bagi setiap barang itu?

A RM16.20

B RM16.40

C RM17.20

D RM18.10

3. Seorang peniaga menjual 50 buah buku dengan harga RM390 dan mendapat keuntungan sebanyak RM145. Antara berikut, yang manakah betul bagi pengiraan harga kos sebuah buku?

A (RM390 – RM145) + 50

B (RM390+ RM145) + 50

C RM390+ 50 RM145

D RM390 – RM145 x 50