Nota Mengenal Huruf Jawi Beserta Kaedah Menulis dan Membaca

Mengenal Huruf Jawi Beserta Kaedah Menulis dan Membaca

12685
Mengenal Huruf Jawi Beserta Kaedah Menulis dan Membaca

Admin bawakan kepada anda, tajuk mengenal huruf jawi beserta kaedah menulis dan membaca. Hal ini kerana, sekarang ini kurang digunakan kecuali pada buku pendidkan islam dan beberapa perkara tententu sahaja. Sebelum penggunaan tulisan rumi, tanah melayu atau dalam skop yang lebih besar nusantara menggunakan penulisan jawi sebagai tulisan perantara selepas tulisan sanskrit.

Kedatangan islam ke tanah melayu mewujudkan gaya penulis baru berteraskan huruf arab hijaiyah dan pertambahan beberapa huruf bagi menyesuaikan dengan bahasa tempatan. Apabila negara kita dijajah, banyak perkara telah mereka ubah antaranya penulisan kita tidak lagi menggunakan tulisan jawi bahkan tulisan rumi sehingga kini.

Oleh itu, mari kita bawa sinar yang lebih cerah bagi tulisan jawi bermula dari pelajar tahun satu lagi.

Mengenal Huruf Jawi

Pengenalan Huruf Jawi

Admin pasti ramai yang maklum tentang penulisan jawi adalah berasal daripada huruf arab hijaiyah yang asalnya mempunyai 29 huruf. Walaupun Jawi datang dari huruf hijaiyah, beberapa huruf telah ditambah yang menjadikan ia sesuai dengan bahasa tempatan . Pertambahan huruf itu menjadikan ia memiliki 36 huruf.

Berikut merupakan huruf hijaiyyah dan huruf jawi:

Huruf Hijaiyah

Mengenal Huruf Jawi Beserta Kaedah Menulis dan Membaca
Mengenal Huruf Jawi Beserta Kaedah Menulis dan Membaca

Huruf Jawi

Mengenal Huruf Jawi Beserta Kaedah Menulis dan Membaca
Mengenal Huruf Jawi Beserta Kaedah Menulis dan Membaca

Pertambahan huruf dalam jawi daripada huruf hijaiyyah adalah 6 huruf, huruf tersebut seperti berikut:

Mengenal Huruf Jawi Beserta Kaedah Menulis dan Membaca
Mengenal Huruf Jawi Beserta Kaedah Menulis dan Membaca

Bagi yang sudah biasa membaca Al-Quran, dengan mengenal huruf tambahan ini sahaja dia sudah boleh membaca tulisan jawi dengan baik. Namun, Untuk menulis jawi, seseorang perlu memahami kaedah-kaedahnya. Antara kaedah tersebut seperti,

  1. Setiap huruf mempunyai bentuk dan cara menulis tersendiri.
  2. Sama ada perlu tambah huruf alif, waw, ya atau tidak.

Jangan lupa, ikuti kami di Telegram bagi mendapatkan bahan nota dan latihan bagi sekolah rendah dengan mengikuti pautan berikut:

Cara Menulis Huruf Jawi

Dalam penulisan jawi, terdapat huruf yang apabila bergabung menjadi satu perkataan, ia akan berubah mengikut kedudukan dalam perkataan tersebut. Terdapat 3 jenis keadaan huruf apabila dalam satu perkataan, seperti:

  1. Boleh bersambung dengan huruf sebelum.
  2. Boleh bersambung dengan huruf sebelum dan selepasnya.
  3. Satu huruf khusus yang tidak dapat bersambung dengan huruf lain sebelum atau selepasnya iaitu huruf hamzah.
Mengenal Huruf Jawi Beserta Kaedah Menulis dan Membaca

*bagi huruf hamzah, ia perlukan rumah atau huruf lain sebagai tempatnya. Dengan adanya huruf tadi barulah hamzah boleh bersambung dengan huruf lain sama ada sebelum atau selepasnya. Contoh seperti gambar berikut:

Mengenal Huruf Jawi Beserta Kaedah Menulis dan Membaca

Setelah memahami jenis huruf di atas, mari kita lihat pula kategori huruf seperti berikut:

Tidak Boleh Dipotong Ekor Huruf

Tidak Boleh dipotong ekor hurufnya apabila begabung dengan huruf yang lain.

Mengenal Huruf Jawi Beserta Kaedah Menulis dan Membaca

Boleh Dipotong Ekor Huruf

Boleh dipotong ekor hurufnya apabila begabung dengan huruf yang lain.

Mengenal Huruf Jawi Beserta Kaedah Menulis dan Membaca
Mengenal Huruf Jawi Beserta Kaedah Menulis dan Membaca

Huruf Khusus

Terdapat beberapa huruf khusus apabila dipotong, bentuknya sedikit berubah. 

  • Huruf Ya (apabila bersambung ekor dan kepalanya dipotong, kecuali bila di belakang)
Mengenal Huruf Jawi Beserta Kaedah Menulis dan Membaca
  • Huruf ‘Ain dan huruf yang sama bentuk huruf ‘Ain (apabila berada tengah dan belakang)
Mengenal Huruf Jawi Beserta Kaedah Menulis dan Membaca
  • Huruf Ha Gulung (apabila berada di depan dan tengah)
Mengenal Huruf Jawi Beserta Kaedah Menulis dan Membaca

Dirujuk daripada blog: PDPC Pendidikan Sekolah Rendah

Bagi menguatkan lagi pemahaman dan kemahiran menulisjawi, mari dapatkan latihan suku kata jawi bermula dari huruf Alif sehingga huruf Nya melalui pautan berikut:

Mengenal Huruf Jawi Beserta Kaedah Menulis dan Membaca
Mengenal Huruf Jawi Beserta Kaedah Menulis dan Membaca
Mengenal Huruf Jawi Beserta Kaedah Menulis dan Membaca
Mengenal Huruf Jawi Beserta Kaedah Menulis dan Membaca

Disediakan Oleh: Ustazah Sofia

Cara Mengeja dalam Tulisan Jawi

Setelah mengenal huruf, mari kita cuba mengeja perkataan yang mudah mengikut suku kata sebagai pendahuluan seperti contoh berikut:

Contoh Perkataan Dua Suku Kata

Mengenal Huruf Jawi Beserta Kaedah Menulis dan Membaca

Contoh Perkataan Lebih Daripada Dua Suku Kata

Mengenal Huruf Jawi Beserta Kaedah Menulis dan Membaca

Ingat, dalam bahasa Jawi, suku kata tidak selalu memisahkan huruf-huruf, tetapi ini adalah cara untuk memahami cara mengeja dalam bahasa Jawi. Terus berlatih, dan Anda akan semakin terbiasa dengan tulisan Jawi.

Latihan Pemahaman

Semoga perkongsian kali ini, membantu anda mengenal, menulis dan membaca tulisan jawi dengan lebih baik.