Nota Nota Bahan Buangan Subjek Sains Tahun 6

Nota Bahan Buangan Subjek Sains Tahun 6

209
Nota Bahan Buangan Subjek Sains Tahun 6
Gambar hiasan Nota Bahan Buangan Subjek Sains Tahun 6

Memupuk sikap cintakan alam sekitar seharusnya bermula dari kecil lagi. Oleh yang demikian, perkingsian admin kali ini berkaitan tajuk nota bahan buangan dalam subjek sains bagi tahun 6. Setiap rumah akan menghasilkan bahan buangan setiap hari, namun dengan pengurusan yang baik kita mampu mencegah kesan buruk bahan buangan kepada diri kita.

Sekiranya bahan buangan diurus dengan baik oleh semua pihak, bahkan kita boleh dapatkan manfaat baru selepas proses tertentu. Hal ini dapat menyelesaikan masalah buruk yang disebabkan oleh bahan buangan yang tidak terurus. Mari kita fahami perkongsian kali ini macam mana mengurus bahan buangan dengan baik.

Nota Bahan Buangan

Maksud Bahan Buangan

Bahan buangan ialah bahan yang tidak diperlukan lagi dan tidak mahu disimpan. Bahan buangan terdiri daripada bahan buangan
organik dan bahan buangan bukan organik

  • Bahan buangan organik – sisa makanan,kertas (asal tumbuhan dan haiwan)
  • Bahan buangan bukan organik – kaca, tin, beg plastik (bahan yang dicipta oleh manusia )

Antara bahan buangan adalah seperti berikut:

Jenis bahan buanganContoh
Plastik *Terdiri daripada bahan sintetik
1. Bekas makanan
2. Botol
3. Bag plastik
Logam1. Tin makanan dan minuman
2. Perlatan elektronik
Kaca1. Pinggan mangkuk kaca,
2. tingkap kaca
Kertas1. Surat khabar
2. Buku
3. Kotak
Sisa makanan1. sisa tulang makanan
2. kulit buah
3. pembungkus makanan
Sisa toksik*Berasal daripada bahan kimia, bahan buangan industri dan sisa pertanian.
1.Botol aerosol
2. cecair pembasmi
3. serangga perosak
4.cecair bateri
5.asap kenderaan
Bahan kumuh dan tinja1. Air Kencing
2. Najis
Nota Bahan Buangan Subjek Sains Tahun 6
Contoh bahan buangan Nota Bahan Buangan Subjek Sains Tahun 6

Jangan lupa ikuti kami si telegram pendidikan untuk mendapatkan nota dan latihan bagi sekolah rendah melalui pautan berikut:

Terbiodegrasi

Apa itu Terbiodegrasi?

Bahan buangan yang boleh direputkan oleh mikroorganisma yang boleh dikatakan sebagai proses penguraian. Bahan buangan terbiodegrasikan ini akan mereput dan bertukar menjadi nutrien dan akan kembali ke dalam tanah.

Sebagai contoh:

  1. Sisa makanan
  2. Kertas
  3. Bahan kumuh
  • Biasanya bahan yang terbiodegrasi akan mereput dan digunakan sebagai baja.
Nota Bahan Buangan Subjek Sains Tahun 6
Nota Bahan Buangan Subjek Sains Tahun 6

Kesan Bahan Buangan Terbiodegrasikan

  1. Bahan buangan yang mereput akan menghasilkan bau yang busuk.
  2. Keadaaan persekitaran yang berbau busuk akan mewujudkan keadaan yang tidak selesa.
  3. Pereputan bahan buangan terbiodegrasikan akan melibatkan penggunaan oksigen.
  4. Jika berlaku di dalam air, hidupan akuatik akan mengalami kekurangan oksigen.
  5. Menghasilkan bahan beracun sekiranya meresap ke dalam punca air bersih.

Tidak Terbiodegrasi

Bahan buangan yang tidak reput. Contohnya:

  1. Kaca
  2. Logam
  3. Plastik
  4. Sisa toksik.
  • Jumlah bahan tidak terbiodegrasikan semakin meningkat kerana tidak diuruskan dengan baik.

Kempen 3 R

3R merupakan singkatan daripada bahasa inggeris daripada 3 perkara iaitu, “reduce”, “reuse” dan “recycle”. Ini adalah selogan untuk kitar semula barang yang perlu diterapkan dalam diri masyarakat untuk mencintai dan menjaga alam sekitar kita. berikut kami jelaskan maksud bagi 3 perkataan dalam 3 R:

PerkaraMaksud
R-ReduceMengurangkan penggunaan bahan buangan seperti beg plastik
R-ReuseGuna semula atau pelbagaikan penggunaan bahan buangan.
R-RecycleKitar semula bahan buangan menjadi produk yang baharu
Nota Bahan Buangan Subjek Sains Tahun 6
Nota Bahan Buangan Subjek Sains Tahun 6

Pengurusan Bahan Buangan Secara Terancang

  1. Bahan buangan yang dibawa ke pusat pelupusan sampah akan diasingkan mengikut jenisnya, iaitu boleh dikitar semula dan tidak boleh dikitar semula.
  2. Bahan buangan yang tidak boleh dikitar semula akan dibakar di dalam insinerator bersuhu tinggi.
  3. Bahan buangan yang dikitar semula akan dipadatkan untuk di hantar ke kilang pemprosesan bahan buangan untuk dijadikan bahan baharu.
Nota Bahan Buangan Subjek Sains Tahun 6
Nota Bahan Buangan Subjek Sains Tahun 6

Langkah-langkah Lain Mengawal Pembuangan Bahan Buangan

  • Menggalakkan orang ramai menaiki pengangkutan awam.
  • Menggunakan petrol tanpa plumbum.
  • Membina kilang jauh daripada kawasan penempatan.
  • Membakar sampah di tempat yang tertutup.
  • Menggunakan kawalan biologi

Dapatkan nota Bahan Buangan Subjek Sains Tahun 6 melalui pautan berikut:

Disediakan oleh: Allesandro Albert

Pemahaman

Bahagian 1

  1. Apakah yang dimaksudkan dengan bahan buangan?
  2. Nyatakan jenis bahan buangan yang telah dipelajari.
  3. Terangkan penggunaan beg plastik secara berleluasa.

Bahagian 2

  1. Terangkan kesan penggunaan beg plastik secara berleluasa?
  2. Nyatakan kesan pembuangan bahan buangan tidak terbiodegrasikan kepada alam sekitar.
  3. Apakah kesan pembuangan bahan buangan tidak terbiodegrasikan kepada kesihatan manusia?

Amalan Pengurusan Bahan Buangan

  • Nyatakan bagaimana cara melupuskan bahan buangan sisa makanan
  • Nyatakan 3 cara untuk melupuskan bahan buangan tidak terbiodegrasikan.
  • Nyatakan pengurusan bahan buangan yang perlu diamalkan.
  • Berikan contoh bahan buangan yang boleh diuruskan secara terancang.