Nota Kata-kata Hikmah Berdasarkan Al-Quran, Hadis dan Tokoh

Kata-kata Hikmah Berdasarkan Al-Quran, Hadis dan Tokoh

1164
Kata-kata Hikmah Berdasarkan Al-Quran, Hadis dan Tokoh

Mari kita hayati kata-kata hikmah pada perkongsian kali ini sebagai peringatan dan nasihat buat diri kita. Bagi para pelajar, anda boleh gunakan kata-kata hikmah tersebut dalam penulisan dan ucapan umum.

Pengalaman dan keilmuan seseorang tokoh sangat berharga sebagai nasihat dan panduan bagi kita mencapai kejayaan yang kita impikan.

Kata-kata Hikmah

Apa Maksud Kata-kata Hikmah?

Hikmah daripada kamus dewan edisi keempat bermaksud,

  1. Kebijaksanaan drpd Allah dan kecerdikan.
  2. Rahsia, kelebihan atau tujuan sebenar di sebalik sesuatu perkara ,kejadian, hal lain.

Manakala daripada kamus dewan edisi keempat kata-kata hikmah bermaksud perkataan orang bijak pandai yang mengandungi pengertian yang tinggi.

Dengan keilmuan dan pengalaman tokoh-tokoh tertentu, menjadikan kata-kata mereka umpama ubat penyembuh luka dan sinar harapan. Dalam Al-quran dan hadis juga terdapat kata hikmah yang boleh diambil bahkan menjamin kejayaan dunia akhirat.

Suatu perkara yang sebaiknya kita ketahui sebelum menyampaikan sesuatu kata-kata hikmah atau mutiara kata, alangkah baiknya kalau kita tahu dari mana sesuatu ungkapan itu dipetik. Hal ini mengelakkan berlakunya perkara seperti peribahasa sapi punya susu, lembu dapat nama.

Contoh Kata-kata Hikmah

Kata-kata hikmahTokoh
“Apakah maknanya simpati dan kesedihan kita, jika nikmat yang dirasai di negara sendiri tidak kita hargai”.Tun Dr. Mahathir Mohamad, 30 Ogos 1982, Kuala Lumpur (Perutusan Hari Kebangsaan Ke-25)
“Marilah kita semua rakyat Malaysia, tanpa perlu rasa rendah, tanpa perlu rasa terpinggir, tanpa mengira bangsa dan agama bangun menjadi negarawan di bumi sendiri”.Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi
(BH 26 Ogos 2009)

Pastikan anda tidak terlepas peluang untuk mendapatkan bahan nota dan latihan bagi sekolah rendah di saluran telegram pendidikan kami melalui pautan berikut:

Jenis Kata-kata Hikmah

Kata-kata Hikmah Dalam Al-Quran

Terjemahan ayatNama dan nombor ayat
1. “Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan,”
Al-Baqarah
ayat 152
2. “Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.”AL-baqarah Ayat 216
3. “Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.”Al-Baqarah
ayat 286
4. “Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman.”Ali-Imran
139
5. “Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.”Ar-Ra’d
ayat 11
6. “Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) doa.”Ibrahim
ayat 39
7. “Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu.”Al-Fatir
ayat 28
8. “Dan kamu tidak mampu (menempuh jalan itu), kecuali bila dikehendaki Allah. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.”Al-Insan
ayat 30
9. “Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan,sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.”Al-Insyirah (ayat 5-6)

Kata-kata Hikmah Dalam Hadis

Terjemahan HadisRiwayat
“Tidaklah menimpa seseorang Muslim sama ada letih, sakit, kerisauan, kesedihan, kesusahan atau kebimbangan bahkan tusukan duri sekali pun melainkan Allah SWT akan menjadikan semua itu sebagai kifarah kepada dosa-dosanya.”Sahih Bukhari no 5642
Sahih Muslim
no 2573
“Yang terbaik di antara kamu adalah mereka yang memiliki perilaku terbaik dan karakter terbaik.”Sahih Bukhari
6029
“Sesiapa yang tidak mengasihi, maka dia tidak akan dikasihi.”Sahih Bukhari
no 5997
“Demi Allah, tidaklah dunia dibandingkan akhirat kecuali seperti seseorang dari kalian mencelupkan jarinya ke laut, maka lihatlah apa yang tersisa di jarinya jika ia keluarkan dari laut?”Sahih Muslim no 2868)
“Bukanlah daripada kalangan kami orang yang tidak menyayangi orang yang lebih muda daripada kami dan menghormati orang yang lebih berusia daripada kami.”Sunan Tirmidzi
no 1919

Kata-kata Hikmah Tokoh Berkaitan Perpaduan

TokohKata-kata Hikmah
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj (BH 1&3 Ogos 2009)

“Kemerdekaan ibarat obor yang menyala. Marilah kita julang obor ini setinggi-tingginya dengan bangga supaya cahayanya dapat menerangi sekitar alam.”
Tun Abdul Razak (BH 9 Ogos 2009)“Kita memikir apakah sumbangan yang patut kita beri kepada negara dan janganlah kita semata-mata memikirkan apa faedah kita patut dapat daripada kerajaan dan negara”.
Tun Hussein Onn (BH 18 Ogos 2009)“Di mana ada harapan di situ ada usaha, di mana tiada keadilan, tidak akan ada keamanan, keharmonian dan muhibah.”
Tun Dr. Mahathir Mohamad (BH 25 Ogos 2005)“Tiada ada sesuatu yang lebih melemahkan semangat daripada kurang pengetahuan.Kita tidak mahu rakyat Malaysia lemah semangat sehingga mudah ditawan”.
Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi (BH 27 Ogos 2009)“Kita mampu menjadi yang cemerlang, gemilang dan yang terbilang. Bersatulah tanpa mengira bangsa dan agama, melalui segala onak dan ranjau membangunkan negara”.
Dato’ Sri Mohd. Najib Bin Tun Haji Abdul Razak (BH 30 Ogos 2009)“ Tiada guna jika negara mempunyai ramai cerdik pandai, hasil bumi yang banyak dan memiliki teknologi tinggi jika tidak berpaksikan pada kesatuan dan perpaduan”.

Mari dapatkan himpunan kata-kata hikmah tokoh dan kata-kata hikmah untuk karangan melalui pautan berikut:

Kata-kata Hikmah Berdasarkan Al-Quran, Hadis dan Tokoh

Disediakan oleh: Ct Zanariah

Kata-kata Hikmah Berdasarkan Al-Quran, Hadis dan Tokoh

Disediakan oleh: Anis Aziz

Semoga perkongsian kali ini, dapat memberi manfaat kepada anda mengenal tokoh dan kata-kata hikmahnya sebagai kata semangat bahkan memberi semangat kepada orang lain.