Apakah yang dimaksudkan oleh UASA? UASA adalah Ujian Akhir Sesi Akademik yang telah ditetapkan oleh KPM bagi menggantikan peperiksaan akhir Ujian Penilaian Sekolah Rendah UPSR dan Penilaian TingkatanTiga atau PT3.
Ujian ini mula diperkenalkan pada Januari 2023 dan bakal bermula pada minggu ketiga bulan Januari. UASA akan diduduki oleh calon pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Sekolah rendah terdiri daripada pelajar darjah empat, lima dan enam. Manakala untuk pelajar sekolah menengah pula terdiri daripada pelajar tingkatan satu, dua dan tiga.
Peperiksaan ini mempunyai format dan tahap penilaian yang telah ditetapkan oleh pihak KPM bagi memudahkan pendidik untuk memberi pendedahan dan membuat persediaan kepada murid sebelum menduduki peperiksaan UASA.
Ujian Akhir Sesi Akademik mempunyai subjek berbeza untuk sekolah rendah dan sekolah menengah.
SUBJEK PEPERIKSAAN UASA SEKOLAH RENDAH :
- BAHASA MELAYU
- BAHASA INGGERIS
- MATEMATIK
- SAINS
- SEJARAH
SUBJEK PEPERIKSAAN UASA SEKOLAH MENENGAH :
- BAHASA MELAYU
- BAHASA INGGERIS
- BAHASA ARAB
- BAHASA CINA
- BAHASA TAMIL
- BAHASA KADAZAN DUSUN
- BAHASA IBAN
- BAHASA PUNJABI
- BAHASA SEMAI
- MATEMATIK
- SAINS
- SEJARAH
- GEOGRAFI
- PENDIDIKAN ISLAM
- PENDIDIKAN MORAL
- REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI
- MAHARAT AL-QURAN
- AL-LUGHAH,AL-ARABIAH,AL-MUA’SIRAH,AL-SYARIAH
- USUL AL-DIN
Semoga dengan perkongsian dari SGO ini dapat membantu memudahkan urusan para guru, ibu bapa dan terutamanya pelajar dalam menuntuk ilmu. Jangan lupa kongsikan bersama rakan-rakan yang lain dan follow kami di https://t.me/sistemguruonline untuk lebih banyak maklumat dan perkongsian menarik. Terima kasih.