Informasi Permohonan Kolej Vokasional Dan Sekolah Menengah Teknik 2024/2025

Permohonan Kolej Vokasional Dan Sekolah Menengah Teknik 2024/2025

1014
Cara Mohon Online: Kolej Vokasional Dan Sekolah Menengah Teknik 2024/2025
Permohonan Kolej Vokasional Dan Sekolah Menengah Teknik 2024/2025

Permohonan Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik 2024/2025 secara online kini dibuka. Pengkhususan program KV dan SMT (TVET) kini menjadi pilihan utama pelajar untuk meneruskan legasi menjadi peneraju utama industri. Tahukah anda apabila seorang pelajar telah menyambung pengajian di Kolej Vokasional atau di Sekolah Menengah Teknik mereka akan didedahkan dengan pembelajaran secara separa bekerja di industri yang akan menjadi permintaan tinggi di negara Malaysia.

Cara mohon online dan syarat kelayakkan kemasukkan 2024/2025 telah dikongsikan dengan lebih mendalam di artikel ini. Jom ketahui dengan lebih lanjut!

Permohonan Kolej Vokasional Dan Sekolah Menengah Teknik 2024/2025

Syarat Kelayakan Kemasukan

Permohonan Kolej Vokasional Dan Sekolah Menengah Teknik 2024/2025
Permohonan Kolej Vokasional Dan Sekolah Menengah Teknik 2024/2025

Berikut adalah syarat umum kelayakkan kemasukkan ke program KV dan SMT:-

  1. Calon adalah Warganegara Malaysia;
  2. Calon mestilah murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan / Sekolah Bantuan Kerajaan di bawah kelolaan KPM (Tingkatan 3) pada tahun 2023;
  3. Calon mendaftar dalam Modul Pengurusan Murid
  4. Calon menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus KPM (PKSK)
  5. Calon mengambil Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi)
  6. Calon sihat tubuh badan ;
  7. Calon mestilah tiada sebarang kecacatan atau kecederaan atau sejarah penyakit atau penyakit-penyakit yang mengehadkan, membataskan dan menyukarkan pelaksanaan kerja praktikal dan amali ;
  8. Calon mestilah TIDAK RABUN WARNA/BUTA WARNA ;
  9. Calon berminat dengan program dipohon

Cara Permohonan Kolej Vokasional Dan Sekolah Menengah Teknik 2024/2025 Online

Anda tidak tahu mahu rujuk siapa untuk membuat permohonan kemasukkan ke KV dan SMT secara online? Disini jika anda minat atau berkelayakkan untuk masuk anda boleh memohon di Website aplikasi permohonan KV dan SMT yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Permohonan

Sila klik sistem Borang Pengambilan Permohonan.

Selepas sahaja membuat permohonan colan-calon yang terpilih akan menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) yang bertempat di mana-mana pusat sekolah kerajaan. Calon akan menjalani beberapa ujian iaitu ujian kecerdasan insaniah dan kecerdasan intelektual secara dalam talian serta ujian artikulasi penulisan secara bertulis di pusat pentaksiran. Maklumat lanjut berhubung pentaksiran ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Cara Membuat Permohonan Kolej Vokasional Dan Sekolah Menengah Teknik 2024/2025

Terdapat beberapa cara permohonan online bagi aliran untuk kemasukkan ke KV dan SMT yang berkaitan dengan pemohon:

1. Pelajar Lepasan Pentaksiran Asas Vokasional PAV-Aliran PAV

Pemohon boleh menggunakan aplikasi yang telah dikongsikan di atas untuk memohon. Sebagai panduan mengisi borang supaya maklumat yang diberikan betul dan tepat, pemohon boleh merujuk panduan permohonan PAV. Pemohon juga boleh merujuk info kursus PAV untuk mengetahui tentang senarai kursus yang ditawarkan di Kolej Vokasional atau Sekolah Menengah Teknik.

2. Pelajar Lepasan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)-Aliran Perdana/Akademik/Agama

Bagi pelajar yang menduduki PBS yang merangkumi 4 komponen iaitu Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3), Pentaksiran Sekolah, Pentaksiran Psikometri (PPsi) dan Pentaksiran Jasmani Sukan dan Kokurikulum. Pemohon boleh merujuk Panduan Permohonan PBS untuk mengisi maklumat dalam borang permohonan.  Pemohon boleh merujuk info kursus PBS di Kolej Vokasional atau Sekolah Menengah Teknik sebagai rujukan kursus-kursus yang ditawarkan.

Berikut adalah cara permohonan online dari channel Cikgu Haziq Azree berkaitan permohonan ke KV dan SMT:-

Tarikh check tawaran dan pentaksiran yang akan dilaksanakan:

  • Semakan Pusat Pentaksiran: 25 September – 13 Oktober 2023
  • Pelaksanaan Pentaksiran: 2 – 13 Oktober 2023
  • Keputusan tawaran 2024: 1 Mac 2024
  • Pendaftaran pelajar: 18 Mac 2024

Panduan Cara Permohonan Kolej Vokasional Dan Sekolah Menengah Teknik 2024/2025

Panduan permohonan terbahagi kepada dua iaitu panduan am dan panduan khusus:

Panduan Am

Panduan Am
1. Borang permohonan hendaklah diisi oleh pemohon dengan BIMBINGAN IBUBAPA/PENJAGA/GURU. Pemohon TIDAK DIGALAKKAN mengisi borang secara bersendirian.
2. Pemohon dikehendaki mengisi semua MAKLUMAT yang diperlukan dengan BETUL dan TEPAT.
3. Kesilapan mengisi borang permohonan adalah tanggungjawab pemohon DAN BOLEH MENYEBABKAN PERMOHONAN TIDAK DIPERTIMBANGKAN.
4. PENGEMASKINIAN BOLEH DILAKUKAN SEHINGGA TARIKH TUTUP PERMOHONAN. Pemohon dikehendaki menyemak semua maklumat dengan teliti sebelum mencetak.
5. Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) akan dilaksanakan kepada semua murid yang memohon sebagai syarat UTAMA kemasukan ke Sekolah Khusus (SBP/ SMKA/ SMT/ KV/ MTD). PKSK Tingkatan 4 akan dilaksanakan dalam tempoh 02 Oktober 2023 hingga 13 Oktober 2023.

Panduan Khusus

Panduan Khusus
1. Pemohon dikehendaki memasukkan No. MyKad Murid dan No. MyKad/ No. Pengenalan Diri Penjaga Utama/ Penjaga Kedua kemudian tekan Log Masuk.
2. Maklumat pemohon yang telah dipaparkan adalah maklumat padanan daripada Modul Pengurusan Murid. Jika terdapat maklumat yang tidak tepat, sila kemaskini maklumat di portal SPATKPM di pautan public.moe.gov.my. Seterusnya, sila berhubung dengan guru kelas sekolah asal untuk pengesahan pindaan maklumat. Pindaan maklumat yang telah disahkan oleh guru kelas akan dikemaskini dalam sistem permohonan ini secara automatik.
3. PENYAKIT/ ALAHAN
Sila nyatakan penyakit/ alahan pemohon dengan memilih maklumat berkaitan berdasarkan butiran yang dipaparkan.

>Alahan (Allergy)
>Asma
>Darah Tinggi
>Kencing Manis
>Lemah Jantung
>Mental
>Sawan (epilepsy)
>Lain-lain
>Tiada
4. E-MEL
Sila masukkan alamat e-mel pemohon/ ibu/ bapa/ penjaga utama yang aktif.
5. TAHAP PENGUASAAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD)
Sila lengkapkan maklumat tahap penguasaan bagi mata pelajaran Tingkatan 3 yang berkaitan seperti dalam Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah Pertengahan Sesi Akademik 2023/2024.
6. AKTIVITI JASMANI, SUKAN DAN KOKURIKULUM
6.1 MAKLUMAT KEPIMPINAN
Maklumat kepimpinan akan dipadankan dengan sistem Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum (PAJSK).
6.2 KEGIATAN KO-KURIKULUM
Kegiatan kokurikulum akan dipadankan dengan sistem Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum (PAJSK).
7. PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK (PPsi)
Pelaporan Pentaksiran Psikometrik akan dipadankan dengan sistem e-Profil Kerjaya Murid.
PILIHAN SEKOLAH KHUSUS 1
(Maklumat Pilihan Sekolah 1 adalah WAJIB diisi)
7.1 JENIS SEKOLAH KHUSUS
Sila pilih jenis sekolah khusus seperti;

Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
Sekolah Menengah Teknik (SMT)
Kolej Vokasional (KV)
Maktab Tentera Diraja (MTD)

Maklumat Penting Permohonan Kolej Vokasional Dan Sekolah Menengah Teknik 2024/2025

Berikut adalah nota penting permohonan kemasukan yang perlu diambil cakna oleh pemohon. Sila isi kesemua maklumat yang diminta dalam borang permohonan tersebut.

  1. Sila pastikan semua yang bertanda * diisi
  2. Panduan bagi maklumat yang perlu dirujuk untuk pengisian data
  3. Klik simpan dan pergi ke muka surat yang seterusnya
  4. “Checking” dan klik kemaskini untuk mengemaskini permohonan. Kemaskini permohonan dapat dilakukan sehingga tarikh tutup permohonan sahaja
  5. Cetak permohonan untuk simpanan pemohon

Makluman Permohonan Kolej Vokasional Dan Sekolah Menengah Teknik 2024/2025

Makluman berkaitan proses permohonan adalah seperti berikut:

  • Jika calon gagal mengekses sistem, sila kemaskini Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) melalui guru kelas di SMK
  • Kursus tertakluk kepada perubahan semasa
  • Permohonan secara atas talian hanya dibuka kepada pelajar yang bersekolah di Sekolah Menengah Kerajaan atau Sekolah Menengah Bantuan atas kelolaan KPM

Semakan Keputusan KV & SMT 2024 Secara Online

Cara Mohon Online: Kolej Vokasional Dan Sekolah Menengah Teknik 2024/2025
Permohonan Kolej Vokasional Dan Sekolah Menengah Teknik 2024/2025

Semakan online tawaran program ke Kolej Vokasional(KV) & Sekolah Menengah Teknik(SMT) adalah seperti tarikh yang telah ditetapkan. Tarikh keputusan tawaran adalah pada 1 Mac 2024 dan pelajar akan mula pendaftaran pada 18 Mac 2024. Sebarang permohonan yang tidak berjaya boleh membuat rayuan dan borang rayuan perlu disertakan untuk proses kemaskini.

Kepada calon yang tidak berjaya ditawarkan ke KV & SMT, anda boleh membuat rayuan menerusi aplikasi application. Keputusan rayuan anda boleh disemak melalui Semakan Keputusan Rayuan Atas Talian. Calon juga boleh hadir terus atau hubungi pihak institusi yang berkenaan untuk mulai membuat rayuan pada;

  • tarikh membuat rayuan- 1 Mac 2024

Cara Membuat Rayuan KV & SMT 2024

Kepada mereka yang tidak terima tawaran masuk ke KV & SMT, boleh membuat rayuan dengan terus datang (walk in) ke mana-mana institusi yang dipohon dan tiada borang e-rayuan yang boleh dibuat. Berikut adalah panduan kepada pelajar yang gagal mendapat permohonan untuk masuk ke KV & SMT bagi tahun 2024.

  • Dokumen rayuan yang lengkap hendaklah dikepilkan bersama appeal letter ke KV atau SMT
  • Isi borang rayuan terkini di pejabat sekolah tempat anda merayu
  • Kad pengenalan dan salinan kad pengenalan murid (telah disahkan)
  • Salinan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) tahun 2022 yang merangkumi Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi)
  • Sijil-sijil asal penglibatan murid dalam aktiviti di sekolah
  • Alat tulis

Etika pemakaian: Pakaian rasmi sekolah, berkasut dan bersopan.

Contoh Surat Rayuan KV & SMT

Surat rayuan untuk KV & SMT yang telah siap ditanda tangani harus disertakan dengan dokumen-dokumen yang di atas semasa pelajar datang ke KV atau SMT yang berkaitan. Berikut adalah contoh surat rayuan (surat rasmi) ke KV & SMT:

Cara Mohon Online: Kolej Vokasional Dan Sekolah Menengah Teknik 2024/2025
Permohonan Kolej Vokasional Dan Sekolah Menengah Teknik 2024/2025

Soalan FAQs Tentang Kemasukan KV & SMT

1. Apakah KV & SMT menyediakan penginapan asrama ?

Ya, setiap KV & SMT telah menyediakan asrama percuma kepada pelajar.

2. Siapakah perlu dirujuk apabila tawaran kemasukan ditolak ?

Pelajar boleh hubungi pihak institusi yang berkaitan untuk membuat rayuan.

3. Dimanakah pelajar akan menjalani ujian PKSK ?

Tempat ujian PKSK akan ditentukan oleh pihak kemasukan di mana-mana sekolah kebangsaan.

4. Bilakah tarikh daftar diri ke KV & SMT bagi 2024 ?

Bertarikh 18 Mac 2024.

5. Berapakah yuran pendaftaran pelajar baru ?

Yuran pendaftaran berbeza tertakluk pada setiap institusi yang dipohon.