Bumi mempunyai empat musim berbeza setiap tahun mengikut kawasan tertentu. Empat musim itu adalah musim bunga, musimpanas, musim luruh dan musim sejuk. Pun begitu, bukan semua tempat dalam bumi mengalami musim yang sama dengan tempat lain. Setiap musim akan berlaku selama 3 bulan dalam setahun.
- a) Ekuinoks Musim Bunga
– Matahari tengah hari tegak di Garisan Khatulistiwa
– Musim bunga di Hemisfera Utara
– Musim luruh di Hemisfera Selatan
– Siang dan malam sama panjang
- b) Solstis Musim Panas
– Matahari tengah hari tegak di atas Garisan Sartan
– Musim panas di Hemisfera Utara
– Musim sejuk di Hemisfera Selatan
– Siang lebih panjang di Hemisfera Selatan
– Matahari tengah malam di Kutub Utara
- c) Ekuinoks Musim Luruh
– Matahari tengah hari tegak di Garisan Khatulistiwa
– Musim luruh di Hemisfera Utara dan musim bunga di hemisfera Selatan
– Siang dan malam sama panjang di seluruh dunia
- d) Solstis Musim Sejuk
– Matahari tengah hari tegak di Garisan Jadi
– Musim Sejuk di Hemisfera Utara dan musim panas di Hemisfera Selatan
– Siang lebih panjang di Hemisfera Selatan
– Matahari tengah malam di Kutub Selatan
Admin kongsikan poster dan latihan ringkas, mudah dan menyeronokkan untuk dilakukan oleh anak-anak bersama bimbingan guru dan ibu bapa. Anda boleh muat turun dan cetak dokumen dalam bentuk pdf dan imej dengan mudah.
Semoga dengan perkongsian dari SGO ini dapat membantu memudahkan urusan para guru, ibu bapa dan terutamanya pelajar dalam menuntuk ilmu. Jangan lupa kongsikan bersama rakan-rakan yang lain dan follow kami di https://t.me/sistemguruonline untuk lebih banyak maklumat dan perkongsian menarik. Terima kasih.
MUAT TURUN SEKARANG :
- FourSeasonsPosterspluscoloringpage-1