Kertas Lukisan PRINTABLE POSTER/BOOKLET SCIENCE PRE SCHOOL/STANDARD 1-3 (LIVING AND NON-LIVING THINGS)

PRINTABLE POSTER/BOOKLET SCIENCE PRE SCHOOL/STANDARD 1-3 (LIVING AND NON-LIVING THINGS)

30

Mempelajari tentang benda hidup dan benda bukan hidup adalah sangat penting bagi kanak-kanak supaya mereka dapat membezakan apa yang hidup dan apa yang tidak hidup. Ini penting kerana mereka bukan sahaja dapat mengenalpasti benda hidup dan tidak hidup, mereka juga akan mempelajari keperluan benda hidup dan tidak hidup.

Pembelajaran ini adalah pembelajaran asas yang boleh dimulakan dari rumah dari usia yang muda. Ibu bapa boleh memainkan peranan dengan mengajar anak-anak asas tentang benda hidup dan benda tidak hidup seperti haiwan, tumbuh-tumbuhan, permainan, kenderaan dan sebagainya.

Apabila anak-anak memasuki alam persekolahan, mereka akan lebih mudah menerima pembelajaran dan memahami apa yang dipelajari dengan baik kerana telah didedahkan dari usia awal.

Admin kongsikan poster dan latihan ringkas, mudah dan menyeronokkan untuk dilakukan oleh anak-anak bersama bimbingan guru dan ibu bapa. Anda boleh muat turun dan cetak dokumen dalam bentuk pdf dan imej dengan mudah.

Semoga dengan perkongsian dari SGO ini dapat membantu memudahkan urusan para guru, ibu bapa dan terutamanya pelajar dalam menuntuk ilmu. Jangan lupa kongsikan bersama rakan-rakan yang lain dan follow kami di https://t.me/sistemguruonline  untuk lebih banyak maklumat dan perkongsian menarik. Terima kasih.

MUAT TURUN SEKARANG :

  • 105191430191019881001
  • LivingandNonlivingPoster-1