Permainan Puzzle Bahasa Inggeris Tentang 5 Deria Manusia

Puzzle Bahasa Inggeris Tentang 5 Deria Manusia

337

puzzle bahasa inggeris

Puzzle Bahasa Inggeris Tentang 5 Deria Manusia ini sesuai untuk dijadikan bahan bantu mengajar kepada murid prasekolah, tahun 1,2 dan 3 dalam mengenalkan asas mata pelajaran Sains.

Bahan ini perlulah dicetak dan dipotong lalu biarkan anak-anak padankan setiap kepingan mengikut kesesuaian deria yang ditunjukkan. Aktiviti ini sesuai untuk dilakukan bersama-sama dengan anak-anak semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan. Jadikan tempoh PKP ini sebagai masa bersama keluarga dengan melaksanakan aktiviti berfaedah seperti ini. Selain daripada meluangkan masa bersama, anak-anak juga dapat mempelajari sesuatu di rumah dan masa yang ada tidak dibazirkan dengan perkara yang tidak bermanfaat.

Dapatkan “Puzzle Bahasa Inggeris Tentang 5 Deria Manusia” di sini


Di sini kami ingin kongsikan bahan yang dapat memudahkan urusan para guru dan ibu bapa dalam menyediakan bahan pendidikan yang berkualiti kepada murid dan anak-anak. Sumber bahan adalah daripada Cikgu Share.

Sila muat turun melalui pautan yang telah disediakan di bawah.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : Puzzle Bahasa Inggeris 5 Deria Manusia

Terdapat pelbagai aktiviti sains yang boleh dilakukan di rumah bersama-sama dengan anak-anak. Bahan-bahan yang diperlukan juga mudah untuk didapati. Antara aktiviti sains yang boleh dilakukan adalah seperti:

  1. Tin telefon dimana ibu bapa hanya perlu menyediakan tin kosong dan tali panjang. Ibu bapa perlulah menebuk terlebih dahulu di bahagian permukaan bawah tin untuk memasukkan tali. Hubungkan kedua-dua tin dan tegangkan dengan cara menjauhkan kedua-dua tin yang telah terhubung dengan tali. Dengan cara ini, anak-anak dapat mempelajari bahawa suara memerlukan medium untuk bergerak.
  2. Air muzik boleh menjelaskan bagaimana getaran dan resonan dapat menghasilkan bunyi yang berbeza. Bahan yang diperlukan hanyalah beberapa buah gelas dan gelas. Seterusnya, isikan setiap gelas dengan paras air yang berbeza dan biarkan anak-anak memukul setiap gelas menghasilkan bunyi yang berbeza.

Terdapat pelbagai aktiviti lain yang boleh dilakukan di rumah kerana bahan yang diperlukan untuk melakukan aktiviti Sains adalah sangat mudah untuk didapati.

Diharapkan dengan perkongsian mengenai Puzzle Bahasa Inggeris mengenai 5 Deria Manusia ini akan dapat memberikan manfaat kepada para guru, ibu bapa dan pelajar untuk memahami konsep Sains dengan lebih mendalam.

Sebelum ini, kami juga ada berkongsi beberapa bahan pendidikan yang lain. Seperti:

Untuk mendapatkan lebih banyak lagi bahan pendidikan seperti yang dikongsikan, sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online.