Nota Nota dan Latihan Bahasa Inggeris (Irregular verb)

Nota dan Latihan Bahasa Inggeris (Irregular verb)

576

nota dan latihan bahasa inggeris

Nota dan Latihan Bahasa Inggeris (Irregular verb) ini sesuai untuk digunakan sebagai bahan bantu mengajar kepada murid tahun 1, 2 dan 3 dalam menguasai penggunaan irregular verbs dalam Bahasa Inggeris.

Dalam Bahasa Inggeris, kata kerja yang telah berlaku (past tense) umumnya akan meletakkan -ed pada hujung kata kerja. Tetapi terdapat beberapa perkataan yang tidak menambah -ed pada hujung perkataan, malah mengubah keseluruhan kata kerja seperti kata kerja bagi menulis (write) apabila digunakan untuk menunjukkan perbuatan yang telah dilakukan (past tense), ia menjadi (wrote) dimana perkataan ini tidak diletakkan -ed di hujung. Perkataan seperti ini dikenali sebagai irregular verbs yang perlu diambil perhatian oleh setiap murid ketika menulis karangan berkenaan perkara yang telah berlaku agar perkataan ini tidak disalahgunakan.

Selain latihan insentif yang diberikan kepada kanak-kanak dalam menguasai sesuatu topik, ibu bapa juga boleh menggunakan kaedah penggunaan kad imbasan (flashcard) untuk membantu kanak-kanak mengingati kata kerja irregular verbs dengan lebih mudah dan menarik. Penggunaan kad imbasan (flashcard) juga dapat menjadikan kanak-kanak dan ibu bapa meluangkan bersama-sama.

Dapatkan “Nota dan Latihan Bahasa Inggeris” di sini


Di sini kami ingin kongsikan bahan pendidikan yang boleh digunakan oleh para guru dan ibu bapa dalam membekalkan bahan bantu mengajar yang berkualiti kepada murid dan anak-anak. Sumber bahan ini adalah daripada Cikgu Share. 

Sila muat turun bahan ini melalui pautan yang telah disediakan di bawah.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download :

  1. NOTA BAHASA INGGERIS IRREGULAR VERBS
  2. LATIHAN IRREGULAR VERBS

Bahan yang dikongsikan adalah berupa kad imbasan (flashcard) dimana ianya merupakan kaedah mengajar yang dapat membantu menguatkan ingatan para pelajar. Terdapat pelbagai kaedah pembelajaran dan pengajaran kreatif yang boleh dilaksanakan oleh para guru dan ibu bapa. Kaedah PdP yang kreatif dapat menarik minat murid dan tidak menimbulkan perasaan bosan dalam diri mereka ketika mempelajari sesuatu mata pelajaran.

Diharapkan agar perkongsian mengenai Nota dan Latihan Bahasa Inggeris ini akan dapat memberikan manfaat kepada para guru dan ibu bapa dalam usaha untuk meningkatkan kefahaman murid dan anak-anak terhadap Bahasa Inggeris.

Sebelum ini, kami juga ada berkongsi beberapa bahan pendidikan seperti:

Untuk mendapatkan lebih banyak bahan pendidikan yang bermanfaat, sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online. Pada masa yang sama, dapatkan informasi berkenaan jawatan kosong kerajaan dan lain-lain di laman web rasmi kami.