Latihan Latihan Uji Minda Topik Pecahan dan Skema Jawapan

Latihan Uji Minda Topik Pecahan dan Skema Jawapan

514

latihan uji minda topik pecahan

Latihan Uji Minda Topik Pecahan dan Skema Jawapan ini mengandungi soalan-soalan aras rendah dan sederhana bagi murid tahun 4, 5 dan 6. Selain daripada soalan berbentuk objektif, bahan ini juga mempunyai soalan subjektif yang jalan kerjanya boleh dilakukan di dalam kertas lain.

Semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, para ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam memastikan anak-anak mendapat bekalan bahan pendidikan dan rujukan yang sempurna. Jadi, ibu bapa perlu bersama-sama para guru dalam memastikan anak-anak tidak ketinggalan dalam pelajaran walaupun berada di rumah dalam jangka masa yang lama.

Untuk menguasai mata pelajaran Matematik, murid perlulah melakukan pelbagai inisiatif untuk mencapai tahap kefahaman mata pelajaran ini. Antaranya ialah sentiasa melakukan latihan pada setiap hari bagi menjadikan murid memahami corak konsep matematik pada setiap topik. Selain daripada itu, luangkan 10 minit untuk melakukan latihan berbentuk subjektif dimana memerlukan penulisan jalan kerja untuk mendapatkan jawapan.

Pastikan murid menguasai operasi penambahan dan penolakan kerana operasi ini merupakan asas kepada Matematik. Perkara ini akan menjadikan murid akan mudah untuk menyelesaikan sesuatu masalah jika operasi asas Matematik telah dikuasai.

Sifir merupakan jantung Matematik. Menghafal sifir akan mendatangkan pelbagai faedah dan kelebihan kepada murid kerana setiap operasi dalam latihan aras tinggi akan menggunakan sifir dan jika murid telah hafal setiap sifir, ianya akan memudahkan jalan kerja dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

Dapatkan “Latihan Uji Minda Topik Pecahan” di sini


Di sini kami akan kongsikan bahan tersebut. Para guru boleh menjadikan bahan ini sebagai latihan semasa proses pengajaran dan pembelajaran dan boleh digunakan sebagai latihan insentif untuk menambah kefahaman murid terhadap topik pecahan.

Ibu bapa turut boleh mencetak keluar bahan ini untuk dijadikan sebagai latihan tambahan bagi mengisi masa lapang anak-anak semasa berada di rumah. Sumber bahan daripada Cikgu Siti MA Share.

Sila muat turun bahan melalui pautan yang telah disediakan di bawah.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : LATIHAN UJI MINDA, TOPIK PECAHAN BESERTA SKEMA JAWAPAN

Diharapkan perkongsian mengenai Latihan Uji Minda Topik Pecahan ini akan dapat memberikan manfaat kepada para guru dan ibu bapa dalam menyediakan bahan bantu mengajar yang berkualiti serta bahan yang dapat membantu meningkatkan kefahaman murid dalam sesuatu topik.

Pada perkongsian yang lepas, kami juga ada berkongsi beberapa bahan pendidikan seperti:

Untuk mendapatkan informasi terkini dan lebih banyak lagi bahan pendidikan yang berkualiti, sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online.