Pra Sekolah Puzzle Game untuk Aktiviti Memotong dan Tampal Prasekolah

Puzzle Game untuk Aktiviti Memotong dan Tampal Prasekolah

1356

puzzle game aktiviti memotong dan menampal untuk prasekolah

Puzzle Game untuk Aktiviti Memotong dan Tampal Prasekolah ini boleh menjadi bahan bantu mengajar yang boleh digunakan oleh para guru dan ibu bapa dalam membantu perkembangan awal kanak-kanak.

Ibu bapa perlulah memainkan peranan dalam memberikan pendidikan dan memastikan perkembangan pendidikan anak-anak tidak ketinggalan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan.

Bagi mendidik anak-anak, ibu bapa perlulah menjadi kreatif seperti mengaplikasikan permainan dalam sesi pembelajaran. Terdapat pelbagai bahan bantu mengajar yang disediakan di dalam internet yang dapat membantu kanak-kanak mengenali asas nombor, huruf dan sebagainya.

Aktiviti Memotong dan menampal yang disediakan ini adalah bagus untuk kemahiran motor halus kanak-kanak kerana melibatkan pelbagai otot-otot halus. Aktiviti ini juga adalah bagi meningkatkan fokus kanak-kanak dalam menampal bahagian-bahagian haiwan bagi menghasilkan haiwan yang sempurna. Pada masa yang sama bahan ini juga dapat membantu meningkatkan tahap ingatan kanak-kanak kerana aktiviti ini memerlukan kanak-kanak untuk mengingati bahagian haiwan yang sempurna dalam mencantumkan bahagain yang lain.

Dapatkan “Puzzle Game untuk Aktiviti Memotong dan Tampal Prasekolah” di sini


Di sini kami sediakan bahan yang dapat membantu para guru dalam menyediakan bahan bantu mengajar kepada murid prasekolah. Ibu bapa juga boleh menggunakan bahan ini sebagai aktiviti bersama-sama anak-anak semasa berada di rumah.

Sila muat turun bahan melalui pautan yang disediakan di bawah.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : Puzzle Game

Kesimpulannya, terdapat pelbagai aktiviti permainan yang mengaplikasikan pendidikan dalam membantu perkembangan kanak-kanak. Walaupun ketika perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mengakibatkan prasekolah tidak dapat dibuka, ibu bapa boleh mengisi hari anak-anak dengan pelbagai aktiviti permainan yang bermanfaat untuk anak-anak.

Penutup

Diharapkan agar perkongsian mengenai Puzzle Game untuk Aktiviti Memotong dan Tampal Prasekolah ini dapat memberikan manfaat kepada para guru dan ibu bapa dalam menyediakan bahan bantu mengajar kepada murid dan anak-anak. Pada masa yang sama, diharapkan agar perkongsian ini dapat membantu dalam perkembangan kanak-kanak.

Sebelum ini, kami juga ada berkongsi beberapa bahan pendidikan yang dapat membantu murid prasekolah. Antaranya ialah:

Bagi mendapatkan pelbagai informasi terkini mengenai isu-isu semasa dan lebih banyak lagi bahan pendidikan yang bermanfaat untuk murid prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah, sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online.