Pra Sekolah Flashcard Mengenai Huruf dan Nombor Sesuai untuk Murid Prasekolah

Flashcard Mengenai Huruf dan Nombor Sesuai untuk Murid Prasekolah

1508

flashcard huruf dan nombor

Flashcard Mengenai Huruf dan Nombor Sesuai untuk Murid Prasekolah. Bahan ini boleh digunakan sebagai bahan bantu mengajar ketika sesi pembelajaran dan pembelajaran kerana bahan ini menggunakan kartun yang mengikut huruf-huruf.

Bahan ini dapat menarik perhatian kanak-kanak kerana penggunaan warna yang pelbagai dan saiz huruf yang besar memudahkan murid melihatnya. Bahan ini merupakan salah satu kaedah yang boleh digunakan oleh para ibu bapa semasa berada di rumah untuk mengajarkan anak-anak mengenai huruf dan nombor.

Selain daripada menggunakan bahan ini, ibu bapa juga boleh menggunakan permainan yang berasaskan pendidikan sebagai aktiviti pembelajaran di rumah. Antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah:

  1. Bermain dengan tanah liat. Tanah liat (playdoh) dapat membantu dalam kemahiran motor halus kanak-kanak serta meningkatkan tahap kreativiti mereka. Minta kanak-kanak untuk membina sesuatu dan lihat hasil binaan mereka.
  2. Sediakan beberapa bahan yang terdapat di sekeliling seperti pembaris, botol dan sebagainya. Minta kanak-kanak untuk mengasingkan setiap barang mengikut kelas warna yang tersendiri. Perkara ini akan dapat membantu mereka kekal fokus serta kebolehan mengenalpasti warna yang berbeza.
  3. Ajarkan anak-anak dengan origami. Origami merupakan hasil daripada sehelai kertas. Mulakan dengan bentuk yang mudah seperti kapal terbang dan tingkatkan tahap kesukaran mengikut keseuaian. Permainan ini dapat membantu mengekalkan fokus dan daya ingatan anak-anak dalam mengingati langkah-langkah pembuatan origami.

Dapatkan “Flashcard Mengenai Huruf dan Nombor Sesuai untuk Murid Prasekolah” di sini


Di sini kami sediakan bahan yang boleh digunakan oleh para guru sebagai bahan bantu mengajar semasa sesi pembelajaran dan pengajaran. Ibu bapa juga digalakkan untuk menggunakan bahan ini sebagai aktiviti tambahan semasa berada di rumah bersama-sama anak-anak.

Sila muat turun bahan melalui pautan yang disediakan di bawah.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : Flashcard Huruf dan Nombor

Kesimpulannya, terdapat pelbagai bahan dan kaedah yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk memberikan anak-anak pendidikan yang mencukupi. Walaupun berada di rumah, ibu bapa boleh memastikan perkembangan anak-anak tidak terhenti dengan pelaksaan Perintah Kawalan Pergerakan yang melarang prasekolah dibuka.

Penutup

Diharapkan agar perkongsian mengenai Flashcard Mengenai Huruf dan Nombor Sesuai untuk Murid Prasekolah ini akan dapat memberikan manfaat kepada para guru dan ibu bapa dalam menyediakan bahan pendidikan yang berkualiti kepada murid dan anak-anak. Pada masa yang sama, diharapkan agar bahan ini dapat membantu perkembangan kanak-kanak.

Di dalam perkongsian yang lepas, kami juga ada berkongsi beberapa bahan pendidikan yang berguna untuk murid prasekolah. Antaranya ialah:

Sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online untuk mendapatkan informasi terkini mengenai isu semasa dan pelbagai lagi bahan pendidikan yang berguna untuk murid prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah.