Modul Modul Bahasa Inggeris (CEFR) Tahun 1: What’s For Lunch?

Modul Bahasa Inggeris (CEFR) Tahun 1: What’s For Lunch?

618

modul bahasa inggeris (cefr) tahun 1

Modul Bahasa Inggeris (CEFR) Tahun 1: What’s For Lunch? ini merupakan salah satu bahan yang dikongsikan bagi membantu para guru mendapatkan bahan bantu mengajar yang selari dengan silibus pembelajaran.

Bahasa kedua negara ini perlulah didedahkan kepada kanak-kanak di awal usia. Hal ini adalah bagi mengajarkan kanak-kanak mengenai Bahasa Inggeris dan pada masa yang sama tidak melupakan Bahasa Melayu.

Antara tips yang boleh digunakan oleh para ibu bapa dalam mendidik anak-anak mengenai Bahasa Inggeris di awal usia ialah:

  1. Ibu bapa boleh membacakan bahan bacaan yang ringkas kepada anak-anak seawal usia 6 bulan. Walaupun mereka tidak memahami perkataan yang diucapkan, mereka masih boleh mendengar dan anak-anak di awal usia mempunyai daya ingatan yang lebih tajam daripada dewasa. Melalui pembacaan buku-buku Bahasa Inggeris kepada anak-anak, mereka dapat mempelajari intonasi setiap perkataan dan membiasakan cara sebutan sesuatu perkataan.
  2. Gunakan ucapan ringkas berbahasa inggeris di dalam rutin harian. Misalnya, ketika mengajak anak-anak untuk makan tengahari, ucap ‘Let’s eat’ berbanding dengan ‘Jom makan’. Ucapan ringkas seperti ini akan membuatkan anak-anak menghafal dan memahami perkataan tersebut.
  3. Galakkan anak-anak untuk menonton kartun di dalam Bahasa Inggeris. Hal ini kerana, kanak-kanak gemar menonton kartun dan gunakan ini sebagai peluang untuk membiasakan mereka dengan perkataan-perkataan Bahasa Inggeris.

Dapatkan “Modul Bahasa Inggeris (CEFR) Tahun 1: What’s For Lunch?” di sini


Di sini kami kongsikan bahan yang dapat digunakan oleh para guru sebagai bahan bantu mengajar semasa sesi pembelajaran dan pengajaran. Ibu bapa juga boleh menggunakan bahan ini sebagai latihan insentif kepada anak-anak semasa berada di rumah.

Sila muat turun bahan melalui pautan yang disediakan di bawah.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : MODUL TAHUN 1 – WHATS FOR LUNCH

Kesimpulannya, Bahasa Inggeris mendatangkan pelbagai manfaat dan kelebihan kepada sesiapa yang mempelajarinya. Ibu bapa perlulah mendedahkan kepada anak-anak mengenai Bahasa Inggeris di awal usia bagi memudahkan bagi mereka mengenal konsep asas.

Penutup

Diharapkan agar perkongsian mengenai Modul Bahasa Inggeris (CEFR) Tahun 1: What’s For Lunch? ini dapat memberikan manfaat kepada para guru dan ibu bapa dalam menyediakan bahan bantu mengajar kepada murid dan anak-anak. Pada masa yang sama, diharapkan agar bahan ini membantu murid menguasai Bahasa Inggeris.

Sebelum ini, kami juga ada berkongsi beberapa bahan pendidikan seperti:

Sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online untuk mendapatkan informasi terkini mengenai isu semasa dan bahan-bahan pendidikan yang bermanfaat untuk prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah.