RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN RPT 2023 SEKOLAH RENDAH, Sesi baharu persekolahan telah bermula, ini membawa maksud para guru perlu membuat RPT atau Rancangan Pengajaran Tahunan. Rancangan Pengajaran Tahunan bertindak sebagai garis panduan kepada para pendidik dalam membuat perancangan proses pengajaran dan pembelajaran sepanjang tahun. Rancangan pengajaran tahunan ini dibina berdasarkan huraian sukatan pelajaran sepanjang tahun mengikut kesesuaian kelas dan tahap pencapaian murid.
Setiap mata pelajaran mempunyai rancangan pengajarannya yang tersendiri dan disimpan oleh guru. Penghasilan rancangan pengajaran ini amat perlu kerana ia menjadi garis panduan terhadap pembelajaran yang berlaku supaya guru dapat memastikan setiap topik yang terkandung dalam setiap mata pelajaran telah diajarkan dengan sepenuhnya.
Rancangan pengajaran ini juga perlu disemak terlebih dahulu oleh Penolong Kanan Pentadbiran atau Guru Besar/Pengetua sendiri bagi memastikan ianya lengkap dengan maklumat pengajaran.
Dengan kewujudan rancangan pengajaran ini, guru akan lebih mudah menyampaikan ilmu kerana proses pengajaran akan lebih teratur dan terancang. Ia juga dapat memastikan keberkesanan proses pembelajaran yang telah dijalankan.
Di sini, sgo kongsikan koleksi RPT Sekolah Rendah bagi sesi 2023 yang telah dikongsikan oleh para guru yang lain. Semoga kebaikan mereka berkongsi RPT ini diberkati oleh Allah swt.
MUAT TURUN RPT SEKOLAH RENDAH DI SINI :