Pra Sekolah HIMPUNAN POSTER MEWARNA BULAN RAMADHAN (PRA SEKOLAH/TAHAP 1)

HIMPUNAN POSTER MEWARNA BULAN RAMADHAN (PRA SEKOLAH/TAHAP 1)

337

HIMPUNAN POSTER MEWARNA BULAN RAMADHAN (PRA SEKOLAH/TAHAP 1),  Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan rahmat-Nya, kita masih diizinkan bernafas dan bertemu Ramadhan pada tahun ini. Ticer yakin, ramai adik-adik yang bersemangat untuk belajar berpuasa pada tahun ini bukan? Walaupun Ramadhan tahun ini agak mencabar dengan permulaan sesi persekolahan yang baharu serta keadaan cuaca yang tidak menentu di beberapa negeri, ada yang terlalu panas dan ada yang hujan. Walau apa pun, sgo doakan adik-adik serta ibu bapa dan guru dipermudahkan urusan untuk menjalani ibadah puasa pada tahun ini.

Oleh itu, Admin SGO sangat gembira untuk berkongsi himpunan poster-poster mewarna yang bertemakan bulan Ramadhan untuk para guru berikan pada pelajar bagi mengisi masa terluang atau sebagai kerja rumah untuk mata pelajaran seni.

Poster ini bukan sahaja menarik tetapi juga ia mudah untuk diwarnakan oleh lapisan umur pra sekolah dan tahap satu. Aktiviti ini juga dapat mengalih perhatian pelajar dari merasa lapar dan dahaga sepanjang tempoh berpuasa.

Sehingga jumpa lagi di lain perkongsian, SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA SEMUA!

MUAT TURUN POSTER MEWARNA BULAN RAMADHAN DI SINI :

HIMPUNAN POSTER MEWARNA BULAN RAMADHAN (PRA SEKOLAH/TAHAP 1)