Latihan LATIH TUBI BAHASA INGGERIS TAHUN 3 (SET 1 – 3)

LATIH TUBI BAHASA INGGERIS TAHUN 3 (SET 1 – 3)

2466

Menguasai Bahasa yang lain selain dari Bahasa Melayu bukanlah sesuatu yang sukar sekiranya penggunaan Bahasa tersebut sering dibiasakan dari usia muda. Zaman ini, menggunakan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa kedua dalam komunikasi di kalangan anak muda adalah perkara yang bukan lagi jarang-jarang kita dengar.

Bahkan, ada kanak-kanak seawal usia 3tahun sudah mampu menguasai Bahasa Inggeris peringkat awal dan mengenalpasti beberapa perkataan dan objek yang mudah.

Bahasa Inggeris, seperti Bahasa Melayu mempunyai tatabahasanya yang tersendiri. Pelajar perlu memahami istilah plural, singular, past tense, present tense, untuk membentuk dan menghasilkan ayat yang betul.

Walaubagaimanapun, bukanlah sesuatu yang sukar untuk mempelajari dan memahami suatu istilah itu jika guru menggunakan teknik yang betul dan pelajar memberikan perhatian yang baik ketika proses pembelajaran berlaku.

Sebelum admin kongsikan latih tubi yang boleh guru lakukan bersama pelajar, admin kongsikan juga beberapa tips atau cara mudah untuk pelajar memahami Bahasa Inggeris peringkat awal.

5 LANGKAH MUDAH BELAJAR BAHASA INGGERIS :

  1. Buat buku kosakata / vocabulary Senaraikan perkataan dan maksudnya bersama. Perkataan itu boleh didapati dari pelbagai cara seperti membaca artikel atau buku Bahasa Inggeris, mendengar lagu atau menonton cerita Bahasa Inggeris. Tambahkan perkataan baru setiap hari bersama ertinya.
  2. Biasakan diri mendengar,menonton video yang berbahasa Inggeris tanpa menggunakan sarikata.
  3. Gunakan Bahasa Inggeris dalam percakapan seharian.
  4. Berkawan rapat dengan kamus!
  5. Jangan takut jika salah, teruskan belajar.

Semoga dengan perkongsian ini dapat memudahkan proses para guru memberi tunjuk ajar kepada anak murid serta dapat membantu murid memahami dengan lebih pantas dan senang sesuatu topik yang dipelajari. Ikut kami di T.me/sistemguruonline untuk koleksi bahan bantu mengajar yang terkini. Terima kasih.

(ARTIKEL LAIN YANG MENARIK : KOLEKSI LATIH TUBI TOPIKAL MATEMATIK TAHUN 1)

Klik dan muat turun latih tubi Bahasa Inggeris :-

  • Set 1 :

Latih-Tubi-Soalan-Latihan-Bahasa-Inggeris-Tahun-3-Cuti-Bulan-Mac-1

bahasa-inggeris-tahun-3

  • Set 2 :

Latih-Tubi-Soalan-Latihan-Bahasa-Inggeris-Tahun-3-Cuti-Bulan-Mac-2

bahasa-inggeris-tahun-3-kertas-2

  • Set 3

Latih-Tubi-Soalan-Latihan-Bahasa-Inggeris-Tahun-3-Cuti-Bulan-Mac-3

Soalan-Bahasa-Inggeris-Tahun-3