KOLEKSI LATIH TUBI TATABAHASA BERSAMA NOTA, Seperti kita sedia maklum, tatabahasa Bahasa Melayu merangkumi dua bahagian iaitu morfologi dan sintaksis. Morfologi adalah kajian tentang kata dan pembentukan kata, kelas kata dan imbuhan manakala sintaksis pula membawa maksud kajian tentang pembinaan ayat dan pendapat.
Bagi menghasilkan sesuatu ayat, pelajar perlu memahami konsep yang terkandung dalam tatabahasa bagi mengenalpasti perkataan dan ayat yang bersesuaian digunakan mengikut situasi dalam jalan penceritaan sama ada ringkas atau sebaliknya. Terdapat beberapa jenis tatabahasa dalam koleksi tatabahasa Bahasa Melayu seperti antonym, sinonim, kata adjektif, kata seru, kata sendi, peribahasa, imbuhan, kata ganda dan banyak lagi.
Ada pelajar yang masih lemah dalam meletakkan penggunaan imbuhan pada kata kerja yang bersesuaian, serta ada yang masih membuat kesilapan dalam penggunaan kata ganda. Menghasilkan sesuatu ayat mengikut konsep tatabahasa yang bersesuaian amatlah penting untuk memastikan penceritaan yang dibawa sampai dan dapat difahami dengan mudah oleh sesiapa yang membaca.
Berikut adalah koleksi nota dan latih tubi tatabahasa yang boleh guru berikan kepada pelajar untuk memantapkan lagi pemahaman mereka mengenai tatabahasa dan membantu pelajar menghasilkan ayat mengikut kata dan struktur ayat yang betul.
Di sini admin kongsikan beberapa tips mudah untuk pelajar terapkan dalam proses membina ayat.
- Kenalpasti atau fahami pembahagian jenis tatabahasa supaya mudah mengaturkan ayat mengikut perkataan bersesuaian.
- Sekiranya membina ayat berdasarkan gambar, kenalpasti 5 perkara iaitu :
- Siapa
- Aktiviti
- Lokasi
- Alatan/Masa
- Keterangan/Kerana/Sebab
- Pastikan penggunaan huruf dan tanda baca dengan betul seperti kata nama khas, ayat seru dan kata tanya.
klik dan download latih tubi di bawah :-
- Antonim
- Ayat-sama-maksud
- Kata-adjektif
- kata-bantu
- kata-bilangan
- kata-hubung
- kata-kerja
- kata-nama
- kata-pemeri
- kata-penguat
- kata-sendi
- kata-seru
- kata-tepat
- penanda-wacana
- penggandaan
- pengimbuhan
- penjodoh-bilangan
- peribahasa
- sinonim