Permainan Senarai Permainan Bahasa ketika Kelas Atas Talian

Senarai Permainan Bahasa ketika Kelas Atas Talian

1222

permainan bahasa ketika kelas atas talian

Senarai Permainan Bahasa ketika Kelas Atas Talian yang dikongsikan ini membolehkan para guru menambahkan keseronokkan ketika menjalankan kelas secara atas talian bagi mengelakkan murid berasa bosan sepanjang sesi pembelajaran.

Berikutan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan ketika ini, proses pengajaran dan pembelajaran juga dilakukan secara atas talian bagi mengelakkan murid-murid dan guru daripada terdedah dengan penyakit covid-19 pada masa ini. Guru-guru perlulah mempelbagaikan kaedah pembelajaran agar topik yang diajar dapat disampaikan dengan berjaya. Terdapat beberapa cadangan yang boleh digunakan oleh para guru ketika menjalankan kelas secara atas talian, antaranya ialah permainan bahasa seperti yang disenaraikan di dalam perkongsian ini.

Senarai Permainan Bahasa

Antara permainan bahasa yang boleh dilakukan ialah:

  1.  Treasure Hunt. Para guru boleh meminta murid-murid untuk melihat di sekeliling dan carikan objek mengikut warna yang ditunjukkan oleh para guru atau objek yang berdekatan yang dimulai dengan huruf ‘A’. Berikan masa selama 1-2 minit bagi murid mencari objek di sekeliling mereka. Permainan ini mampu meningkatkan kemahiran mendengar dan berfikir murid-murid.
  2. Cari Objek Tersembunyi. Sebelum memulakan kelas, guru perlulah menyediakan sebuah gambar berkenaan dengan sesuatu situasi. Contohnya, gambar di Pusat Membeli-belah yang sesak beserta objek yang tersembunyi. Lalu, kongsikan gambar kepada murid-murid ketika kelas berlangsung, minta mereka untuk mencari objek yang tersembunyi. Para guru juga boleh memperincikan lagi arahan sepert “Cari botol minuman berwarna kuning”. Jika murid telah berjaya menjumpai objek tersebut, minta mereka untuk membulatkan objek bagi mengetahui lokasi objek yang tersembunyi. Permainan ini sesuai untuk mengajar murid berkenaan dengan kata nama (Nouns), kata adjektif (adjectives) dan Preposition of Place. 
  3. Lukis dan Teka. Para guru boleh menggunakan virtual whiteboard untuk melukis objek dan ditunjukkan kepada para murid semasa di dalam kelas. Murid hendaklah meneka objek yang dilukis oleh guru berdasarkan tema yang diberikan oleh guru. Misalnya, para guru menetapkan tema buah-buahan dan melukis buah delima. Permainan ini dapat menambahkan kosa kata murid berkenaan dengan sesuatu objek.
  4. ‘Give Me Five’. Senaraikan beberapa kategori di virtual whiteboard seperti tempat, haiwan dan makanan. Minta murid untuk memilih satu kategori, jika murid memilih kategori haiwan, minta murid untuk menyenaraikan 5 jenis haiwan. Untuk menambahkan tahap kesukaran permainan, guru boleh meminta murid untuk menyenaraikan 5 jenis haiwan yang bermula dengan huruf ‘K’.
  5. Rantai kata. Permainan ini membolehkan para guru menyemak cara sebutan sesuatu perkataan daripada murid-murid. Guru-guru hendaklah memberikan pilihan beberapa kategori kepada murid dan jika murid memilih kategori haiwan, guru boleh meminta murid pertama untuk menyebutkan nama haiwan seperti ‘Fish’ dan murid seterusnya perlu menyambung nama haiwan yang bermula dengan huruf terakhir yang disebutkan oleh murid sebelumnya. Contohnya murid kedua memilih haiwan ‘Horse’. Jika terdapat murid yang lambat menyambung perkataan, mereka akan terkeluar daripada permainan dan hanya memerhati rakan yang lain bermain.

Sumber: Cikgu Ainul 

Permainan Bahasa yang dikongsikan ini tidak tertumpu kepada pembelajaran Bahasa Melayu sahaja, para guru boleh menggunakan permainan bahasa ini mengikut pembelajaran bahasa yang diajar di dalam kelas. Selain daripada para guru, ibu bapa juga boleh menggunakan permainan-permainan ini sebagai idea dalam mengisi masa lapang bersama-sama dengan anak di rumah.

Diharapkan agar perkongsian mengenai Permainan Bahasa Ketika Kelas Atas Talian ini akan dapat memberikan manfaat kepada para guru dan ibu bapa dalam mempelbagaikan kaedah pembelajaran kepada murid dan anak-anak ketika tempoh PKP ini.

Sebelum ini, kami juga pernah berkongsi beberapa bahan pendidikan seperti:

Untuk mendapatkan informasi terkini dan lebih banyak lagi bahan pendidikan, sila lawati laman web rasmi Sistem Guru Online.